Malang Tidak Berbau. Kalau Berbau Pun Tak Sempat Tutup Hidung.

Salah sebuah motor kawan yang kemalangan.

Semester ni, boleh aku katakan semester malang buat aku dan rakan-rakan. Lapan orang termasuk aku telah mengalami kemalangan jalan raya pada waktu berlainan. Alhamdulillah, kami semua selamat daripada cedera parah ataupun kritikal. Walaupun ada beberapa kawan aku yang motornya agak teruk tapi yang penting badan selamat. Patah fork takper bro jangan patah kaki. Huhu..

Malang tidak berbau. Dan kita tak boleh jangka. Kadang-kadang kita dah bawak elok-elok pun tapi kalau nak eksiden, eksiden gak. Apapun, langkah keselamatan perlu diambil kira lagi-lagi penunggang motosikal. Alhamdulillah, semasa kemalangan berlaku aku pakai helmet berkualiti, glove tangan, kasut highcut, sweater dan seluar jeans. Kawan-kawan aku pun gitu gak. Aku rasa kalau aku cuma pakai t-shirt, seluar track, selipar dengan helmet buruk entah-entah dah kat hospital agaknya. Huhu..

Korang semua janganlah sayang duit beli safety gear. Walaupun kemalangan tak boleh nak dielak, sekurang-kurangnya kecederaan dapat dikurangkan. Berhati-hati semasa menunggang ketika hujan. Punca aku eksiden brek tak makan masa hujan. Terus tergolek. Huh!

Oklah, kepada semua geng rider hati-hatilah menunggang yer. Kalau hujan janganlah gatal-gatal nak pergi meleper kat Fraser ke, Cameron ke, Genting ke... Masa hujan lebih baik tidur kat bilik. Selamat pun selamat. Hehehe..

*berita terbaru, rakan aku eksiden di jalan Cameron Highland. Nasib baik takder paper. Harap lepas ni tidak ada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku. Peace!


Kesan calar di helmet aku.

Comments

cikgu amie said…
huuu...btol2...rmy sgguh dak afzan yg eksiden sem nih.....
hans said…
macam aku ari tu hampir2 eksiden
tiba2 moto xdapat kawal
nasib xjatuh
transform said…
ape pon syukur ko ok...

pengalaman tu...
duniajam said…
Alhamdulillah... asalkan ko selamat ok lah. Moto boleh repair... jiwa raga tak dapat repair...

Cakap pasal eksiden dengan moto... aku rasa dah banyak kali sangat dah pengalaman... rasanya cukuplah dengan pengalaman dulu... aku takmau dah apa2 pegalaman tambahan lagi pasni.... moga2 Allah sentiasa lindungi aku....
ayisy said…
cikgu amie, tau takper. Harap sem depan takde lagi berlaku kemalangan mcm sem ni. huhu..

hans, bawak motor elok2 bro. lagi2 time hujan lg la bahaya. huhu..

eila, Yup! pengalaman yg pahit. Nasib baik ok lagi. :)

duniajam, Yup! Mtor bleh repair, tp kalau badan walaupun dah repair mst lain rasanya. Lepas jek eksiden hari tu terus aku tak boleh bawa laju2. Rasa tak selamat jek. Hehe... Kalau tak eksiden, makin nak laju jek. :)
hans said…
aku bawa slow la ayish
time tu nak belok sebab roundbout
tiba2 moto aku hilang kawalan
cuak gila aku
nasib tak jatuh
ayisy said…
noor afzan, Benda dh nak jadi, terpaksa la terima. Huhu..

hans, syukur kau tak jatuh. Kadang2 mtor kita ni buat hal, tak semena-mena hilang kawalan. Mcm aku jatuh hari tulah, brek terus hilang kawalan. Huhu..
.ShazaSulaiman. said…
erk..agk bahaya.
alhamdulillah sume xde pape.
hati2 k.
be4 nk strt merempit tuh bc bismillah n ayt kursi k.
moga sume nye jln lncr.
:)
ayisy said…
shaza, Mmg bahaya tp alhamdulillah semua selamat. :) Sy tak merempit. Hihihi...
musafir said…
Hohohoho..ak pn prnah gak accident mtor dlu..ak jtuh mniarap kat atas jlan mcam superman..truk gak ak kne..terlantr 3mggu kt rumah..smpai ptah gigi dan sampai skrg ak tak tau kat ne gigi tu menghilang..mungkin msuk dlam prut kot..hu3..pe pn adat tu kalu naik mtor..kalu xjatuh mmang xsah la..btul x..pe pn kalu nk mrmpit sklpn..kne safety first..okeh
ayisy said…
adlanadil, Jatuh mcm superman? Uhh! Senak perut. Masa sy jatuh mengiring. hehe.. Mmg kalau naik mtor tak sah kalau tak pernah jatuh. Nak bawak laju2 pun tgok keadaan. Jangan main tibai jek. bahaya. Huhu..
duniajam said…
Dulu aku pantang nampak koner. Aku memang layan. Koner sampai cecah lutut. Kwn2 memang bagi 'line' bila nampak aku di belakang. Di kalangan kawan2 memang aku gila koner. Tapi bukan mat rempit... jgn silap lak...

Tapi sejak cecah koner cecah lutut dua2 belah kaki... siap jadi superman lagi... ekekeke... aku dah kecut perut dengan koner. Moto sport pun dah bertukar jadi street bike.... Slow & steady je. Sekarang dah jual moto tu... pakai skuter je. Wah, wah, wah....

Selagi tak kena, kita tak beringat. Bila dah kena... barulah beringat. Biasalah dulu... darah muda....
ayisy said…
duniajam, Huhuhu... Bro pun layan koner rupanya. Tp sy takdelah sampai cecah lutut. Tak berani :P

Tapi layan koner sampai sagat futress biasalah. Tengok tayar melecet terasa puas. :)

Skrg lepas eksiden, masih trauma lg nak main korner2 ni. Hehe..
duniajam said…
Dulu la. Masa dok layan moto. Geng moto pun ramai. Konvoi sana, konvoi sini, layan koner, layan trek, perjumpaan mingguan.... Skrg team dah berkubur. Masing2 bawa haluan sendiri. Semua dah berumur.... tumpuan dah beralih kepada yg lebih penting.

Bila ingat balik. Kenangan manis betul waktu tu. Tp bab jatuh moto tu kenangan pahit la. Wakakaka...
ayisy said…
Owh.. Huhuhu. Jatuh motor mmg kenangan pahit. Susah nak dilupakan. Lagi2 kalau teringat masa jatuh tu camne. Sampaikan aku tak boleh ingat Cameron Highland, terus rasa sedih. Hehe..
duniajam said…
Paling selamat layan koner kat trek je. Memang konfiden gila. Tak takut langsung. Masa ni la nak tenyeh lutut kaw2. Hehehe...

Layan koner kat jalan raya langsung tak berbaloi. Tak jadi apa2, takpa. Kalau jadi sekali, parahnya kita. Dulu aku tak pikir pun hal ni. Pikir seronok je. Lepas 'kena' (last time), aku terus serik. Masa tu paling teruk aku 'kena'. Sebelum ni tak serik lagi. Lepas tu, nmpak koner terus cuak. Slow je.

Pengalaman kawan aku, layan koner kat Tasik Banding. Pergi 4 orang.... balik cuma dia sorang. Lg 3 eksiden. Gambo eksiden diorang pun aku tengok. Keseronokan yg dicari... tp yg jumpa lain pula. Tak berbaloi... Paling menakutkan & insaf bila mana sorang, sorang org yg aku kenal meninggal angkara layan koner. Kebanyakannya bukan calang2 orang. Doktor, bisnes man, doktor pakar.... Bagi aku tak berbaloi kita bergadai nyawa untuk keseronokan yg hanya beberapa minit....
ehemm..mmg pon...
malang xberbau!...
so..hati2 yerkk...ujan lebat jgn la bw moto laju2!
lagi2 kalo mlm..he3..
da xnk meleper ke cameron..fraser da ke?..hik3...
btw..bw JMB lg ke lik mktb nnt?
ayisy said…
Haha... Laju2 la best :P
Sekarang ni nak travel plak. Mksudnya jalan2 dengan motor ke tempat org. JMB masih akan dibawa ke IPG. HUhu..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???