Barang Ori Atau Barang Tiruan?

Errr... Tak tahu nak letak gambar apa, letak gambar ni lah. Haha...!

Aku pernah terbaca satu artikel mengenai barang tiruan atau replika. Dan dia mengatakan jam tiruan adalah untuk fake people. Aku tak dapat memahami apakah maksud sebenar fake people, sama ada orang palsu, orang berpura-pura, orang yang menipu, menipu diri sendiri atau...entahlah aku tak dapat faham. Tetapi aku menghormati pandangan beliau. Dan aku sendiri tidak menyukai jam tiruan disebabkan aku amat meminati dunia jam tangan. Kalau barang lain yang aku rasakan tidak minat memang aku bantai barang tiruan. Untuk jam, sama sekali tidak!

Cuma bagi aku, tidak salah memakai jam tangan ataupun barang tiruan. Semua itu pilihan individu. Dan aku tak akan memandang serong terhadap orang yang memakai barang tiruan. Bagi aku, itu pilihan dia, hak dia. Kita tak dapat tahu apakah niat sebenar seseorang itu memakai barang tiruan. Jika sekadar untuk keperluan, berjimat, low profile, hendak merasa dan tidak bermegah diri...kenapa tidak? Baguslah macam tu kan hidup bersederhana. Huhu...

Tapi jika seseorang itu memakai barang tiruan semata-mata untuk menunjukkan dia seolah-olah memakai barang mahal dan original kemudian kerek semacam... Emmm... Susah nak cakap. Macam tu baru fake people.

Apapun, aku tak ambil port orang tu pakai barang ori atau tiruan. Bagi aku kalau dah nampak smart secara semula jadi tanpa berlebihan dah kira terbaik la tu. Jadi diri sendiri, tak perlu terlalu ikut orang lain. Yakin dengan diri sendiri. Jangan terlalu ikut perkembangan fesyen. Bukan tak boleh ikut, cuma janganlah sampai terlebih-lebih mengalahkan artis. Huhuhu... Ok, aku undur diri dulu. Bye!

Comments

SyuQ said…
klu cantik, harga pon murah, kualiti pon bagus, tiruan pon jalan jer. :-)
nIsYa said…
beli ikot mampu je :)
SaRa_wo Sensei said…
kalu rosak pown x derlah tension sgt...=]
duniajam said…
Sebenarnya beli barang apa pun tak kira replika/tiruan, ori ka adalah kehendak masing. Belilah ikut yang mana suka & yg penting ikut kemampuan. Barang replika ka, ori ka, tak kisah pun. Itu kehendak & pilihan masing2.

Niat memakai barang2 camtu, kita pun tak tau. Hanya DIA saja yang tau....

Bagi yg minat jam, beli replika ada banyak maksud. Macam yg ko cakap tu betul. Ada beli cuma untuk kepuasan diri... nak beli ori tak mampu, belilah replika... at least perasaan pakai jam jenama yg kita suka tu ada. Harga pun murah... tak le parak duit poket...

Ada yg beli replika untuk menunjuk-nunjuk. Niat dah tak betul. Pakai dengan harapan orang menganggapnya original. Ini macam menipu. Bukan saja perasaan nak menipu orang tu ada, tapi secara direct dia dah menipu diri sendiri.

Aku jual semua jam replika aku sebab ada perasaan menipu diri sendiri. Terkedu juga bila orang tanya ori ke bang? Jawab ori, memang tipu la. Tambah markah dosa.... Kalau jawab ori pun, hakikatnya org boleh 'baca' kemampuan kita waktu tu. Dah tentu tak mampu nak beli jam RM15k waktu tu. Pi kedai jam, aku sorok tangan pasal malu dengan seller jam. Diri sendiri yg psiko..... Last2 jam tak pakai... Aku pun jual...

Sekarang ni, kwn aku nak minta tolong aku jualkan semua jam2 replika dia. Dia dah takmau pakai dah. Takda kepuasan katanya. Bukan murah jam2 replika dia banyak yg RM300++.

Bagi aku, biarlah pakai jam apa walaupun murah, asalkan ia ori. Puas hati. Ni pandangan orang gila jam la......
ayisy said…
syuq, Yup! Kadang-kala, barang tiruan ada yg lebih cantik berbandng brg yg ori. Yg penting berbaloi dan puas apabila membeli. :)

hanie@nisya, Memang betul, beli ikut kemampuan. Jgn semata-mata ikutkan nafsu, kita berhutang bagai nak beli sesuatu.

sara_wo_sensei, tak dinafikan apabila kita beli brg ori pastu rosak mmg tension. rasa mcm tak berbaloi jek. Tp tu lah adat barang buatan manusia. Tak ada yg betul2 perfect. :)

duniajam, Dulu aku pernah pakai jam tiruan. Bila kawan tanya berapa ringgit, rasa mcm malu jek nak jawab. Pernah aku pakai Swatch tiruan, lepas tu cikgu tanya jam ni berapa ringgit.. Aku jawab rm10, dia mcm terkejut ingatkan ori. Tp aku ttp rasa malu dan tiada kepuasan walaupun orang ingat ori.

Nak beli replika pun makan ratus-ratus ringgit. Baik kumpul sikit2 pastu beli yg ori. Puas hati. Drp beli jam replika rm300, aku lebih rela pakai jam Casio rm30. Hehehe...
Suka Jam said…
Betul, jam replika paling mahal aku beli dulu pun RM120.00. Tp Chrono. Biasanya replika auto aku tak berani beli kalau rega lebih RM80.00. Bagi aku dah mahal sangat dah.. Aku masih simpan & pakai replika patek philipe auto. Aku suka sebab ada indikator year, month, day, 24 hours, date & moonphase. Pergh!! Semua ada. Syg betul aku ngan jam tu..
Unknown said…
ada org nak belek ke ori ke fake.... tapi sebaiknya beli lah yang ori... kalau jam tiruan ni, kalau rosak, buang je
mnazri.tan said…
apa apa pun, beli ikut kemampuan...
tapi just nak pesan la...walau saya pun ada gak beli jam replika

salah untuk mengatakan barang tiruan tak salah
sebenarnya salah sangat dari segi undang undang...harap kita sedar (walau pun saya pun melakukannya)

ada sedikit terasa yang membeli barang tiruan sama dgn mencuri...

contoh macam saya, saya kerja di kilang, sebagai manufacturer, baru baru nie saya ada project baru, yang mana saya terlibat dalam proses invention...and modal keseluruhan dan makan 4 ke 5 juta (duit boss la, bukan duit saya)...and masih memerlukan modal tambahan...kalau ada yang curi reka cipta saya, memang saya tak halal...pasal penat lelah dan wang ringgit yang habis banyak sangat...

saya dalam blog saya baru nie pun saya ada kata, tak salah beli jam replika....sebenarnya saya salah statement, saya patut cakap salah membeli, tapi kalau nak gak beli pilihan sendiri, tapi patut sedar apa yang kita buat tue salah...

tapi yes, saya pun cakap tak serupa bikin, pasal saya pun ada beli barang replika...huhuhuhu....sah saya bukan contoh yang baik
ayisy said…
sukajam, Replika Patek Philipe? Emmm... Kalau aku dah kempunan sangat nak pakai Patek Philipe, mungkin akan pertimbangkan untuk beli yg replika sbb nak beli yg ori mmg susah. Walaupun aku kaya sekalipun, aku takkan beli sbb harganya macam melampau. hehe..

mila, orang selalunya tak belek ori ke fake. Lagi2 klu benda tu dia tak minat. Tp bg saya, kalau saya beli sesuatu, sy nak kan kepuasan lg2 benda yg saya minat. Yg mampu membuatkan sy yakin dan tersenyum.. hehe..

mnazri.tan, Kalau kita yg berpenat lelah mencipta sesuatu tetapi ada org lain senang mencuri atau menciplak hasil kita, memang sakit hati. Kalau la saya yg design jam2, memang sy saman kalau jumpa yg fake kat kedai. Heh!

Kadang-kadang susah kita nak membanteras barang tiruan sbb ada permintaan. Dan tak semua orang mampu beli yg ori. Setiap org ada citarasa masing2, pandangan masing2. Terpulanglah...

Mcm saya, benda yg saya minat mmg sy akan beli yg ori contohnya jam tangan. Tp utk sparepart komputer, motor kalau sy tak dpt cari yg ori, sy akan cari yg aftermarket punyer barang. :)
ayisy said…
This comment has been removed by a blog administrator.
duniajam said…
Bagi aku aftermarket part bukanlah replika atau tiruan. Barang aftermarket adalah keluaran penggunaan sebagai pilihan untuk pengguna beli selain dari barang original. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah. Contohnya sparepart kereta.... macam lampu. Stanley adalah pengeluar lampu kenderaan terbesar di dunia. Hampir semua pengeluar kenderaan guna lampu dari Stainley. Nak beli memang mahal. Salah satu pulihan lain adalah lampu aftermarket. Bentuk semua sama & fit untuk kereta kita. Tapi jenama bukanlah Stainley. Biasanya takda tulisan apa2 ataupun jenama lain.

Ini bukanlah barang tiruan. Tapi barang keluaran syarikat lain untuk kenderaan yang sama tapi harga jauh lebih murah. Tapi kualiti memang tak sama dengan Stanley. Stanley jauh lebih baik.

Kalau jam pulak, replika sah2 guna jenama yang sama. Memang salah le. Nak beli... boleh saja...
ayisy said…
duniajam, Betul tu. Barang aftermarket bukan brg tiruan atau replika. Mcm yg bro cakap, barang keluaran syarikat lain untuk kenderaan/barang yg sama.

Tapi klu untuk barang mcm sportrim, aksesori yg berjenama terkenal/terbukti mcm Enkei, Kayaba, Yoshimura boleh dikategorikan aftermarket tak? Sbb aku anggap brg tu aftermarket walaupun kualiti aku rasa lebih baik berbanding yg ori. Huhuhu..
hans said…
ko jawab jer ori tapi bukan original
hahaha
duniajam said…
Kalau ekzos macam ko cakap tu memang sah tiruan. Pasalnya barang tu bukanlah barang original. 'Cop' jenama tu saja tiru original. Aku pun pakai ekzos tiruan. Wakakaka... dimaafkan la untuk diri sendiri. Bab barang kete aku tak peduli sangat.
duniajam said…
This comment has been removed by the author.
Afzainizam said…
┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan ... Selamatkan Gaza!
Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran..

Misi KeAmanan dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

lama betul tak ziarah blog ko ni... sorry lah beb.... aku kehilangan blog ko terputus hubungan plak sorry sesangat.. ni dah jumpa oka lah boleh sambung lagi

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???