Monday, 12 April 2010

Ride To Bukit Tinggi.



Sabtu lepas aku dan member pergi Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi. Saja jalan-jalan hujung minggu hilangkan bosan dan tekanan belajar. Tujuan utama aku pergi K.Lumpur adalah untuk cari barang motor. Aku rasa ramai kaki motor dah tahu apa itu Sentul. Kat Sentul ada deretan kedai motor yang bagi aku adalah syurga barang motor. Bila tengok deretan kedai motor membuatkan aku rasa macam nak beli semua benda kat situ. Heh!


Kat sini memang terlalu banyak pilihan yang mungkin tidak terdapat di tempat lain. Nak cuci mata tengok brader-brader superbike pun boleh. Barang pun murah-murah. Cuma keadaan di situ agak sempit dan ramai orang. Kena pergi awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Dan pastikan bawa duit lebih supaya tidak kempunan macam aku. Aku bawa duit cukup-cukup RM400 ingat nak beli helmet RM200+ jaket padding RM180. Sekali bila dah beli helmet kira balik duit tinggal RM180 cukup-cukup. Walaweh... Aku lupa asingkan bajet makan dan duit minyak. Sedih giler aku... Baru nak ride dengan jaket tapi tak kesampaian. Takpelah, lain kali pergi lagi. Huk3!


Balik daripada K.Lumpur, aku dan member ambil kesempatan mendaki Bukit Tinggi sebab kebetulan on the way jek. Jalan kat sini okeylah kalau nak buat lepas gian main koner cuma jarak dari lebuh raya Karak ke puncak Bukit Tinggi dekat sangat. Rasa macam tak puas. Keadaan jalan juga ada yang berpasir dan berbonggol. Kacau feel jek. Tapi jalan luas dan clear.



Nak masuk kawasan apa entah, bandar dia yang ada bangunan macam kat Perancis kot kena bayar RM10 manakala kanak-kanak RM8. Aku dan member tak masuk sebab masa mencemburui kita. Ceh! Bluwek! Padahal masing-masing sayang duit. Ekekeke! Takper, lain kali kalau naik Bukit Tinggi sediakan duit lebih untuk ke tempat tuh. Yeh! Kat sini juga ada tempat main golf, bowling dan naik kuda. Kalau korang kaya boleh la layan benda nih. Memang cantik tempatnya cuma tak sesejuk Bukit Fraser atau Cameron Highland. Kesimpulannya, okeylah tempat ni. Selamat bercuti dan selamat menghabiskan duit! Hak3!

7 comments:

Nazz@Purple said...

Hi aisy..lame tak jenguk sini..oo cite psal jln2 plak eh..tp xde slot jln2 cari makan dah eh..

ayisy said...

nazz@purple, hehehe... Sy pun dah lama tak jenguk blog rakan2. Mkin lama mcm dah mkin jauh dgn dnia blog. :(

Slot jalan2 cari makan selalunya sy buat bila saya balik kmpg. Hehehe..

Amirah Rashid said...

mak aihh. kuat berjalan ye dye ni :D bile nak ajak mira pulak ni? haha :D

ayisy said...

amirah rashid, huhu. Selagi ada peluang, selagi tu sy berjalan. Masa belajar ni la masanya utk berjalan. Dah keje nnt mesti payah nak jalan2.. Huhu.. Nak ke naik motor? :P

hans said...

pergi tak ajak2
sob2

fiD said...

mane gambo tuan moto bergaya dengan motonye, hehe

ayisy said...

hans, jom Hans! Minggu ni 1 Mei aku naik Fraser lg. Jom!

fid, itu gambar ada di FB. Hue3!