Saturday, 3 April 2010

Review Jam Casio AE-1000W-1AV.


CASIO AE-1000W-1AV


Emmm... Dah lama aku tak tulis pasal jam. Tahun ni aku langsung tak beli jam walau satu pun. Mungkin bajet aku dah banyak habis untuk motor dan safety gear. Tapi itu tak bermakna minat terhadap jam tangan dalam diri aku hilang. Aku masih minat cuma duit tidak mengizinkan. Bila sebut pasal duit, tentu ramai orang macam aku yang duit cukup-cukup untuk hidup dan masih bergelar pelajar. Nak beli sesuatu yang kita minat terpaksa kumpul duit dulu baru boleh beli.

Jadi, mungkin anda di luar sana ada yang bercadang nak beli jam tangan tapi bajet terhad. Kalau bajet di antara RM50-200 dan mahukan jam yang original, tahan serta murah, jam tangan Casio lah jawapannya. Pengalaman aku memakai jam Casio tidak pernah mengecewakan. Aku masih lagi menyimpan jam Casio pertama yang aku beli pada tahun 2005. Dah dekat 5 tahun tetapi masih berfungsi dengan baik. Masa pakai dulu memang hentam jek. Pergi sekolah, jalan di bandar, masuk hutan, masuk kampung, buat tidur dan mandi (sekali-sekala) pun aku pakai. Hanya kehabisan bateri yang mampu menghentikannya. Ceh! Pinjam ayat iklan apa ekk aku pun lupa. Hahaha...

Cuma kalau beli jam tali getah tak kisah jenama apapun kena pandai jaga sikit la. Sebab tali getah ni lepas beberapa tahun dia senang putus. Jam Casio aku tali getahnya pernah putus. Tapi tu bukan masalah besar, pergi kedai tukar tali baru bawah RM10 dah dapat.

Hehehe. Ok, jauh plak bercerita. Sebenarnya, tadi masa aku surf internet aku terjumpa satu model jam Casio ni. Baru dikeluarkan pada bulan Februari lepas. Barang baru beb! Selepas aku usha serta meniliti jam ni daripada beberapa laman web yang dipercayai, aku rasa ini lah jam yang sesuai untuk golongan yang bajet rendah (pelajar) tetapi mahukan sebuah jam yang tahan, canggih, cantik, sesuai untuk semua keadaan dan pada harga yang berpatutan. Sebab kenapa aku cakap camtu?


CASIO AE-1000WD-1AV


Tengok jek rupa jam ni memang canggih. Jam ni jenis digital tetapi ada analog digital (jarum digital). Peww! Dah tu plak ada Time Zone World Map untuk waktu dunia. Dasyat-dasyat! Ceh! Ayat macam nak bakar member suruh beli. Hehe. Ketahanan untuk jam ni menyelam adalah 100m. Not bad. Dengan rupa yang sporty, kalis air 100m aku rasa jam ni sesuai untuk semua keadaan. Nak bawak pergi outdoor boleh, bawak pergi pejabat boleh dan bawak jumpa bakal mak mertua pun boleh. Mesti bakal mak mertua korang akan cakap "canggih siyut jam bakal menantu aku tu". Hak3! Lepas tu jam ni didatangkan dengan beberapa pilihan warna dan jenis tali. Ada tali getah dan ada tali besi. Tepuk poket tanya duit!

Harga? Haaa.. Ni yang buat aku terkejut. Jam ni dia punya canggih sekali pandang aku rasa harga area RM200-350. Tapi bila survey di beberapa laman web, harganya di antara RM110-140. Kalau banding dengan harga kedai tak jauh beza rasanya. Bagi aku dah cukup murah tu kalau nak dibandingkan dengan pakej yang ada pada jam ni. Tapi takper, ada masa aku cuba survey ini jam dan dapatkan informasi yang lebih tepat. Apa pun, jam ni memang antara yang terbaik untuk kategori harga bajet.

Oh ya, satu lagi. Jam ni bateri tahan 10 tahun. Lama punyerrr! Tak payah risau nak tukar bateri. Dan mungkin untuk menjimatkan tenaga bateri, jam ni menggunakan lampu LED. Ala, yang warna kuning macam jam digital zaman dulu-dulu tuh. Lampu LED taklah seterang EL light dan mungkin sesetengah orang akan menganggap ia sebagai satu kekurangan. Tapi bagi aku kalau setakat nak tengok waktu dalam keadaan gelap ok punyer. Huhu.

Orait, itu sahaja untuk entry kali ini. Hahahaha...!

9 comments:

tirah watif said...

aha aha.
jam! jam!
dah lama tak pakai jam tali
ehe

hans said...

beli dkt aku satu wak jempret...eh ayish
ekekeke

fiD said...

aku baru semgat nak temankan ko cr jan, hoho

ayisy said...

tirah watif, emmm? Jam tali? Mcm mana tu dah lama tak pakai jam tali? Hehe

hans, hehehe. Boleh2. Kau bank in duit aku boleh tlg belanja. Hik3!

fid, hahaha.. Jom cari Swatch di JB!

Amirah Rashid said...

10 thn? gile laaa O___O

ayisy said...

amirah, ha'ah, sepuloh tahun bateri dia. Puas pakai. Kalau pakai masa umur 20 tahun, bateri habis masa umur 30 tahun. Ntah2 dah kawin masa tuh. hak3!

student said...

smart siot!hoho

Dunia Casio said...

Info : Katalog terlengkap jam casio original, distributor resmi casio original Indonesia. www.duniacasio.com

Pondok Jam Tangan said...

Jam tangan tipe2 diatas termasuk bestseller.