Friday, 13 January 2012

Minat

Ini risiko! Tapi anda menghadapinya kerana anda minat!

Dalam hidup, kita kena pilih dan buat sesuatu yang kita suka. Pilihlah sesuatu yang kita suka walaupun ianya sukar. Kerana perkara yang sukar, kita akan tetap semangat untuk melakukannya jika kita suka. Pilih yang kita mahu. Pilih yang kita idamkan. Begitu juga semasa membuat sesuatu keputusan, dahulukan minat dan gerak hati.

Sebabnya, dalam hidup kita akan sentiasa dilanda ujian. Namun, kita pasti akan menghadapinya dengan semangat kerana apa yang kita lalui adalah perkara yang kita suka. Biarpun kita jatuh tergolek, kita akan bangun dengan semangat baru mengejar kejayaan yang kita idamkan.

Berlainan jika kita memilih perkara yang kita tidak suka. Benda yang senang menjadi sukar. Bila jatuh, sukar untuk bangun. Bila tersungkur, seakan tiada semangat untuk bangkit. Tersandung batu pun mengeluh berpanjangan.

Itulah bezanya. Jangan takut untuk memilih yang kita mahu hanya kerana takutkan risiko. Dan jangan memilih yang kita tidak mahu hanya kerana ianya jalan selamat. Percayalah, jalan selamat akan berubah menjadi risiko jika ianya perkara yang paling dibenci oleh anda.

~Sekadar berkongsi pengalaman~

4 comments:

Afzainizam said...

di jalan raya tempat kita menuju destinasi

di jalan raya tempat mengeerat jauh dan dekat

dijalan raya bukan tempat selamat kalau tak berhati-hati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip kereta semasa banjir

ayisy said...

Jalan raya menjadi penghubung antara tempat. Tanpa jalan raya, memang sukar. Bersyukur di Malaysia kemudahan jalan raya begitu baik.

Musashi aka Takekura Gen said...

saya sayang motosikal saya.

ayisy said...

Hehehe... Banyak jasanya kpd kita yg berada di IPG ni.