Tuesday, 3 January 2012

Biskut kering 3 keping + teh O panas


Biskut kering 3 keping + teh O panas

Hidangan petang itulah paling nikmat masa sekolah asrama dulu. Tak tau kenapa ianya begitu nikmat. Dan hidangan itulah yang aku paling ingat. Kadang-kadang mengelat, ngecek sikit dengan makcik kantin asrama mintak lebih. Tak pun cari member yang tak makan, ambil bahagian dia.

Saja menulis tentang makanan. Sebab sekarang, kalau nak makan (makan ringan) apa-apa, mudah sahaja dapat. Cokelat, roti, biskut... Tapi kebanyakan makan sorang-sorang di hadapan laptop. Sedap? Entahlah. Rasanya makan biskut kering 3 keping + teh O panas waktu petang bersama rakan-rakan sambil gelak-tawa lebih nikmat.

Penambah nikmat? Satu hari makan 5 kali sehari. Bayar RM1.00 sahaja sehari, lain-lain kerajaan tanggung. Nikmat bukan? Alhamdulillah diberi peluang untuk menikmatinya.

Sekadar berkongsi memori indah yang dirindui~

2 comments:

Afzainizam said...

wahhh masa tu biskut kering ni selazat -lazatnya dan teh o panas se enak-enaknya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip kereta semasa banjir

ayisy said...

memang ummmmpppphh!