Cinta Itu Buta... Hahahaha!



Seseronok mana pun aku ride ke sana ke sini, segembira mana pun aku berjalan di negeri orang, seghairah mana pun melayan koner di banjaran-banjaran gunung... Masih tak dapat menandingi seronoknya menghabiskan masa bersama teman rapat sejak zaman sekolah lagi.

Setengah hari menghabiskan masa bersama teman rapat terasa begitu bermakna. Lebih bermakna berbanding menghabiskan masa hujung minggu dengan meleper ke sana ke sini.

Ketenangan dan keindahan Cameron Highlands masih tidak setanding ketenangan yang diberikan di tempat sendiri. Bila berada di tempat sendiri, seakan hilang segala perasaan bimbang. Bila bersama teman rapat, seakan lupa segala masalah dan sedih yang membelenggu hati. Digantikan dengan gelak tawa dan kongsi cerita. Setiap saat mengukir senyuman di wajah.

Kan indah jika semua itu berada di sekeliling kita setiap masa. Seperti suatu ketika dahulu~ Memang benar kata orang, cinta itu buta. Entahlah... Sehingga kini masih sukar menerima tempat lain dan orang lain. wakakaka!

Comments

Admin said…
hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri..

lebih baik di negeri sendiri :)
ckty said…
betol bro, walau dimana kita berada, tempat asal jua lagi bermakna
Nadiene said…
betol bro, walau dimana kita berada, tempat asal jua lagi bermakna

-atas tu komen aku pakai email contact lens.haha
ayisy said…
fidooo... Aku tak sabar nak balik semula ke BP. Penat dah duduk tempat org.
jazirahCinTa said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???