Fasa Hidup

2002~

Sekarang cuti, banyak masa terluang. Bila nak tidur, mesti banyak perkara terlintas di kepala. Susah nak tidur. Kadang-kadang fikiran menerawang kembali ke masa silam. Sepanjang hidup aku kan, boleh dikatakan apa yang aku mahu dan ingin capai, alhamdulillah semuanya tercapai. Cepat atau lambat sahaja. Bila ada kemahuan, aku akan usaha dan tawakal. Dan semuanya alhamdulillah tercapai.

Masa sekolah rendah, selalu nak dapat nombor satu dalam kelas. Belajar punya belajar, dapat jugak nombor satu walaupun kat sekolah agama sahaja. Sekolah kebangsaan tak pernah dapat, paling hebat pun nombor tiga. Oklah. Lagipun aku bukannya jenis otak pandai dan genius. Slow learner sikit. Bila UPSR, target dapat 2A sahaja. Tapi alhamdulillah dapat 4A. Suka gila masa tu. Jadi, aku dapat lebih daripada yang aku nak.

Masuk sekolah menengah, aku dapat tawaran asrama. Walau bukan asrama penuh, tapi cukup gembira masa tu. Sebab, impian aku untuk tinggal di asrama tercapai. Suasana pembelajaran dan rakan-rakan juga membuatkan aku gembira. PMR, aku cuma target 3A memandangkan bila ujian selalu dapat 1-2A sahaja. Tapi sudah rezeki, aku dapat 6A 2B dan cita-cita aku untuk ambil SPM dalam subjek Sains Tulen berjaya. Gembira bukan kepalang masa tu. Dapat lebih daripada apa yang dimahukan. Masa PMR inilah aku mula nampak dan menanam cita-cita dengan lebih serius pada masa hadapan. (saat paling indah ialah saat ketika kita mengimpikan sesuatu dan ianya disokong oleh persekitaran sekeliling)

Masuk form 4-5, aku dan rakan-rakan mula masuk itu masuk ini. Tujuannya untuk aktifkan diri dan senang sambung belajar nanti. Seronok sangat, ketika itu. Iyelah, aku dapat semua apa yang dimahukan malah dapat lebih daripada apa yang disangka. Waktu SPM, aku target 5A memandangkan ketika percubaan memang dapat 5A. Dan alhamdulillah, memang aku dapat 5A dan lebih manis subjek kegemaran aku ketika itu walaupun subjek kritikal dapat A2 (Kimia), Biologi (B3) dan Fizik (B4). Bagi yang genius apalah sangat kan, tapi untuk orang yang agak lembab macam aku, aku puas gila dengan keputusan seperti ini. Lebih daripada target asal aku. Paling manis keputusan ini berjaya buat guru-guru aku gembira. Syahdu beb perasaan ketika itu.

Tapi semua kejayaan itu seolah berakhir apabila tanpa disangka aku gagal mendapatkan tawaran belajar yang aku mahukan. Yang dapat hanya tawaran ke IPG. Tiada pilihan dan terpaksa. Terpaksa menerima tawaran ini. Terpaksa. Dan lebih terkilan, bila sudah ke IPG, aku dapat tawaran yang aku mahukan melalui proses rayuan. Tapi sudah terlambat. Terlambat (@_@)

Apapun, semua sudah berlaku dan sudah lepas. Aku anggap, 5 tahun di sini sebagai fasa kegagalan dalam hidup. Namun, gagal tidak semestinya gagal. Aku ambil kegagalan ini sebagai proses pembelajaran. Proses mengenal diri sendiri dan membina kekuatan diri. Proses menyediakan diri untuk menghadapi kehidupan mendatang yang pastinya lebih mencabar. Proses untuk belajar menerima rasa perit dan kecewa. Aku perhatikan, perkara seperti ini sangat penting untuk diri kita. Supaya pandangan kita terhadap hidup lebih luas.

Dan, apabila kita sedar apa yang kita lalui sekarang hampir ke penghujung dan akan masuk ke fasa baru, kita perlu membina target dan impian baru. Seperti biasa, kadang-kala bila berangan dan membina impian, ianya cukup indah. Tapi kita tak perlu risau jika impian kita itu realistik dan dalam lingkungan kemampuan kita. :)
.

Comments

atikah said…
hahah ! sama. subjek feberet dapat A2 prinsip perakaunan agak frust sebab target A1. tapi kimia saya cuma kredit.. tapi alhamdulillah walau bukan dari list cita-cita asal tapi major saya PSV adalah bidang yang saya minat..
" allah doesn't give what we ever wanted but He gives what we ever needed"
Afzainizam said…
yupppp harapan jangan berputus asa

Setiap kegagalan yang dialami akan memberi peluang untuk anda memulai kembali dan mencuba sesuatu yang baru.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip pilih sport rim
ur spm result . 5a . oke lah tuh . i'm spm candicate 2012 . doakan i .
Nazz@Purple said…
sesuatu yg kt sangka baik utk kta..belum tentu baik tuk kt..sesuatu yg kt sangka buruk pd kita..belum tentu buruk pd kt..sesungguhnya allah lbh mengetahui apa yg tebaik utk kt....jadi pasti dh nampak hikmahnya kan..bila dh masuk IPG.
Admin said…
Semua tu manis untuk dikenang kan?
Macam-macam cata2 masuk dalam list
kita, tapi ketentuannya kita bakal
seorang pendidik, jom sama2 menjadi
pendidik yang bermanfaat untuk anak bangsa :)
midorimina said…
pengalaman merupakan guru terbaik :)
ayisy said…
atikah... Masih berharap agar masa depan nanti tidak seperti hari ini :)

afzainizam... InsyaAllah. :)

kecex... Gud luck! Apapun, masa nak apply sambung belajar, buatlah pilihan terbaik.

ahsfantasy... Ada pengalaman mani pahit indah untuk dikenang. Tapi ada juga pengalaman pahit yg sememangnya pahit. huhu

mina... Yup. Pengalaman sesuatu yg sangat berharga. Tak boleh didapati jika sekadar mendengar atau membaca.
Afzainizam said…
eeeemmmmm rasanya kita kira beruntung walau pun terlepas peluang tapiiii di izin kan Allah dengan jalan yang lain.... rasanya mungkin itu terbaik buat kita.... Insya Allah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
overhaul motorsikal

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???