Monday, 12 December 2011

Year End

Tahun 2011 sudah sampai ke penghujungnya. Sudah hampir ke tahun 2012. Kali ni aku terasa sedikit kelainan. Mungkin kerana tahun 2012 merupakan tahun terakhir aku bergelar sebagai pelajar. Tahun terakhir dalam pengajian di IPG. Kemudian akan melangkah ke alam pekerjaan. InsyaAllah. Harap-harap berjalan dengan lancar. Walaupun boleh dikatakan hampir pasti bekerja sebagai guru, tapi kita tidak boleh terlalu yakin. Seperti biasa, kita manusia hanya merancang. Macam-macam perkara boleh berlaku tanpa pengetahuan kita pada masa akan datang. Aku tak nak mengulangi kesilapan semasa zaman sekolah, terlalu yakin dan menanam cita-cita terlalu tinggi yang akhirnya menyebabkan hidup sentiasa dihurung rasa kecewa sampai sekarang.

Jika dikira, hampir 4 tahun setengah aku belajar di IPG. Kalau di sekolah sudah masuk form 5 ready nak SPM jek. Tapi bila fikir balik dalam-dalam, selama 4 tahun setengah ni aku belajar banyak perkara. Sepanjang 4 tahun setengah hidup aku sentiasa berfikir. Berfikir...dan berfikir. Melawan rasa hati. Melawan ego. Melawan rasa sunyi. Melawan rasa marah. Melawan rasa kecewa. Melawan rasa bosan. Melawan rasa sedih. Melawan rasa rindu. Melawan kehendak hati yang tidak kesampaian. Melawan segala jenis macam perkara yang sebelum ini, sejak lahir sampailah sebelum aku jejakkan kaki di menari gading, aku tidak pernah rasa.

Pernah seorang cikgu aku kata, kehidupan sebenar bermula selepas tamat SPM. Yup! Betul tu. Lepas SPM dan sambung pelajaran, baru aku jumpa dengan segala masalah di sekeliling kita. Boleh aku simpulkan sepanjang 4 tahun setengah belajar, kehidupan terasa begitu perit. Tapi dari situ aku banyak perkara. Baru la dinamakan hidup ye tak. Mana ada hidup dari kecil sampai mati bahagia sentiasa. Lagipun aku beruntung sebab dilahirkan dalam persekitaran yang senang dan segala-galanya mudah. Bila aku hidup di tempat yang asing, baru aku nampak sebenarnya kehidupan bukanlah sesuatu yang indah sahaja.

Sepanjang 4 tahun setengah, aku rasa sangat berterima kasih kepada family, kawan-kawan rapat terutamanya yang dah kenal sejak sekolah dan guru-guru yang sentiasa memberi support untuk aku terus bertahan sampai sekarang. Sorry la kalau kawan aku tu boring asyik dengar masalah aku. Haha!

Sebenarnya, banyak perkara aku nak cerita ni cuma tak pandai macam mana nak olah ayat. Terlalu sukar untuk diceritakan. Hahaha!


4 comments:

Nazz@Purple said...

pengalaman pasti mengajar kita jadi lebih matang..tahun dmi tahun..

diba said...

all da best 4 final year..i'm already finish..

ayisy said...

Nazz... Pengalaman menjadikan hidup kita terasa semakin luas :)

diba... wow! jeles! hehe

Afzainizam said...

yuppppp memang masa akan berlalu...

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksamenghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip pilih sport rim