2012

Pizza ni seingat aku RM40 untuk 2 orang. Agak mahal, terkejut gak sebab ingat RM30 sahaja. Tapi bukan harga tu yang nak dicerita, tapi masa yang dihabiskan bersama rakan. Priceless~


Tahun 2011. Kesimpulan? Rasanya lebih banyak pahit berbanding manis. Lebih banyak perit berbanding senang. Tapi, hampir kesemua azam telah ditunaikan. Alhamdulillah.

Untuk tahun 2012? Aku membayangkan situasi hampir sama dengan 2011. Aku dah bersedia (sebenarnya tidak, aku takut untuk menghadapinya). Tahun-tahun akhir belajar ni, masa dan dunia remaja semakin berkurangan. Hari-hari gembira juga semakin berkurangan. Hari-hari bersama rakan juga semakin berkurangan.

Dan yang pasti, semakin dewasa, masing-masing semakin dengan diri sendiri. Masing-masing mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Yang teruk, aku mula jumpa dengan insan-insan yang mementingkan diri sendiri dan menjatuhkan rakan. Bila rakan jatuh, dia suka. Bila dia tak setuju, dia kondem tanpa faham. Masing-masing sudah besar. Tapi kenapa perangai semakin tidak matang. Benda remeh menjadi rumit. Benda kecil menjadi besar. Bila sudah besar, seharusnya mula pandai membaca perasaan rakan. Menyelami perasaan rakan. Menerima baik buruk rakan. Itu adat dalam berkawan. Ini tidak. Tak apalah, aku pula jenis kau..kau...aku...aku. Lupakan.

Sebab tu aku rindu sangat zaman sekolah. Zaman sekolah, masing-masing bersaing, tapi masing-masing support antara satu sama lain. Tak perlu jatuhkan rakan lain, tak perlu kipas cikgu. Indah. Tension macam mana pun dengan exam, masih ada senyum dan tawa. Kena hambat dengan warden pun, masih ada lagi gelak ketawa. Takut dengan cikgu, ada rakan untuk berkongsi rasa takut. Sedih tak lulus Add Math, ada rakan untuk berkongsi rasa.

Sekarang? Tak ada bro. Nak gembira, kena cari. Nak rasa bahagia, kena cari. Kau sedih? Nak share pun tak tau dengan siapa yang faham. Dulu, kalau sedih, tak sempat nak layan sedih ada jek kawan yang buat ketawa.

Semakin melangkah ke hadapan, semakin sukar untuk mencari masa menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Dalam setahun, entah berapa hari, berapa jam sahaja diluangkan. Proses hidup~ Kena telan. Tu belum lagi bila ada yang dah kahwin. Hurmmm....

Jadi, untuk tahun 2012, azam aku mungkin berlainan daripada tahun-tahun sebelum ini. Untuk 2012, aku hanya mahukan hidup aku gembira dan bahagia. Cukup.

Comments

harap2 impian tercapai..hidup akan menuju ke pengakhiran...
ayisy said…
InsyaAllah... Amin. Huhu

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???