Praktikum


Serius, kehidupan praktikum walaupun memenatkan tetapi ia berjaya menjadikan aku lupa siapa diri aku sebenarnya. Praktikum menjadikan aku seperti hidup di dunia baru. Menjadikan aku leka dengan tugas dan keseronokan. Membuatkan aku lupa kehidupan lalu aku. Walaupun hati tetap ego untuk mengakui bahawa kehidupan praktikum membuatkan aku lebih mudah ketawa.

Praktikum walaupun dibeban dengan tugasan dan masalah yang banyak, tetapi masih mampu membuatkan aku tersenyum bersama rakan setugas dan rakan sepraktikum. Inilah perkara yang sudah lama aku tidak rasai semenjak menjejakkan kaki di IPG.

Kehidupan di sini sangat jauh berbeza dengan kehidupan yang pernah aku lalui, tapi di sini berjaya buat aku leka dan masuk ke dalamnya. Adat dalam hidup bila kita mula mesra, mula rapat, mula suka dan mula serasi ketika itulah perpisahan akan berlaku. Sedar tak sedar tinggal lagi seminggu aku berpraktikum. Hurm~


Comments

ishiko said…
praktikum..
owrite, sy mnyusul tahun depan.. -.-'
diba said…
prktikum act besh..bnyk bnda blajr~
ayisy said…
ishiko... Huhu... Selamat berpraktikum utk sem depan. :)

diba.. Yup! Rasanya belajar semasa praktikum lebih berkesan berbanding belajar dalam kuliah. hehe
Afzainizam said…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit

ohhhh praktikum kalau tempat best mmg best jangan lerr dapat tempat tak best.. tapi itu semua mematangkan kita dengan situasi masa kita bekerja nanti....

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???