Thursday, 4 August 2011

Seni Muzik Di Johor


Sejak aku kecil telah didedahkan dengan irama ghazal atau zapin Johor. Tapi orang kata bila benda tu disekeliling kita, kita tak perasan atau hargainya. Zaman sekolah aku tak payah cerita la, memang biasa dengan kesenian tradisional Johor seperti ghazal, zapin dan kuda kepang. Bagi aku, negeri Johor merupakan negeri yang kuat berusaha mempertahankan kesenian negeri mereka. Dapat rasa auranya bila aku pulang ke kampung.

Tapi sayang, sepanjang aku sekolah aku langsung tak ambil peluang untuk mempelajarinya walau sedikit pun. Bila merantau di negeri orang baru terasa rindu dengan budaya negeri sendiri. Baru rasa betapa meriah, seronok dan indahnya ghazal, zapin dan kuda kepang. Zaman sekolah dulu kalau pergi apa-apa majlis memang meriah dengan alunan muzik ghazal/zapin.

Dan sekarang, kadang-kadang bila bosan layan lagu moden, aku layan ghazal. Sambil mengenang negeri tercinta dan kenangan lama. :P

Ahh... Rindunya nak pulang ke kampung halaman...!


5 comments:

si Bulat said...

yeahh! itu dia.. tapi sayang tak ramai lelaki nak berzapin.. saya pun sempat belajar main lagu kuda kepang dengan kuolintang je kat sekolah.. zapin pun dah lama tinggal bila nak hidupkan balik masing-masing dah lupa step.. sangat rugi kalau ditinggalkan macam gitu je..

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip periksa kerosakan san servis radiator

yupppp Johor mmg kaya dengan budaya seni zapin , gazal dan banyak lagi....

aku suka tengok gerak tari zapin ni....Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini golongan wanita pun joint.

Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4. Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang

terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga dll.

best johorean

ayisy said...

si Bulat... Kalau dah ada asas zapin, takdelah malu sgt bila org tanya reti zapin ke tak. huhu...

afzainizam... Masa di IPG, ada dua tiga rakan dari Johor ajar zapin, terkial-kial gak nak ikut step asas tu. HUhu

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy buat servis kereta

hah itu lah pasal aku pun ada ikut kelas kat Yayasan Warisan Johor... sekejap ajerrr dah tak tahan pasal rumit sangat... minat ada tapi tak leh ikut dengan serius lahh tak ada masa sangat lah

nurZAKIA said...

yeah!!!bangge seh aku org johor. :)