Yamaha 135LC Model Baru 2011





Sudah lama tak update. Sibuk dan fokus dengan praktikum. Hampir terlupa dengan blog ni. Sekarang ini dalam dunia permotoran khasnya dalam bab kapcai, sibuk diperkatakan tentang model baru Yamaha 135LC 2011. Sebelum ini hangat diperkatakan ura-ura Yamaha akan keluarkan 135LC dengan wajah baru dan spec baru memandangkan di negara jiran seperti di Indonesia sudah lama keluar.

Akhirnya, kira-kira sebulan lalu, Yamaha telah membuat pengumuman akan membawa masuk model baru 135LC 2011 ke Malaysia. Alhamdulillah, 2 minggu lepas, tiba-tiba aku ternampak kelibat Yamaha 135LC 2011 ni di IPG aku. Haha! Tak sangka dapat merasa model baru ni awal-awal. Test2 sikit.

Kalau tengok spec atas kertas, model baru ni ada sedikit peningkatan kuasa dan torque berbanding model sebelumnya. Namun, aku tak dapat merasainya memandangkan 'test ride' hanya dilakukan di sekitar kawasan kampus. Apa yang aku boleh katakan hasil daripada 'test ride' singkat itu, enjin memang terasa lembut, throttle ringan dan motor terasa lebih stabil. Hal ini mungkin faktor body 135LC baru ini lebih gemuk seakan-akan Modenas GT128.

Bagi aku, 135LC merupakan kapcai yang sedap untuk dibuat jalan jauh dan meleper. Tapi dari segi kuasa, agak underpower bagi yang gilakan kelajuan. Namun, Yamaha 135LC memang berbaloi untuk dimiliki lebih-lebih lagi model terbaru ini. Boleh dikatakan pakej lengkap. Cuma kalau pemilik 135LC model lama terasa ingin nak upgrade dan bercadang untuk membeli 135LC 2011, aku cadangkan beli sahaja Yamaha 125ZR. Ternyata lebih berkuasa!

Comments

Anonymous said…
org kaya je beli moto LC kan..,,kemaruk ke ape.,,obses pada moto nih..,,
zizie said…
budak skema baru beli lC baru ke.,,???..jgn jadik skema sgt weh.,,

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???