Saturday, 30 April 2011

Memilih Tayar Motor Terbaik. 'Grip' Dan Berbaloi



Laluan berliku yang diburu para rider. Gambar atas ni jalan Bentong-K.Lumpur lama (Karak).

Fuh! Maaf-maaf kalau ada yang jenguk blog karat dan meninggalkan sebarang mesej/komen aku tak balas. Aku sekarang tengah fokus nak jadi guru. Errr... Hahaha! Kali ni aku nak kongsi sikit. Kongsi pasal bab tayar.

Pertama. Anda kaki leper? Kaki koner? Kaki trek? Bagi yang menunggang big bike mungkin tidak menghadapi masalah dalam memilih jenis tayar memandangkan hampir semua tayar big size berkualiti tinggi.

Tapi bagi yang menunggang motor ber CC kecil, mesti susah gila nak cari tayar yang 'best' dan 'grip' serta sedap dibuat main koner. Lagi-lagi yang duduk kampung, silap-silap nak cari tubeless pun payah. Hehehe!

Ikut pengalaman aku, tayar yang sedap dan grip pada harga berpatutan adalah tayar Maxxis M6002. Tayar ni pada aku memang cengkam gila masa jalan panas dan waktu hujan masih memberi respon yang baik. Harga agak mahal kalau nak banding dengan tayar-tayar 'street' lain. Contoh harga biasa tayar Maxxis M6002 saiz 80/90 ialah RM80-90 manakala untuk saiz 90/80 ialah RM100-118. (ikut tempat)

Tapi dengan harga tu sangat berbaloi sebab tayar ni tahan lama. Boleh pergi sehingga 14,000km! Tested! Dan, walaupun dah botak, getah dia masih kenyal dan cengkam gila. Tak macam tayar lain yang pernah aku guna, bila dah mula haus getah tayar jadi keras. Lagi satu, masa praktikum sebulan, hampir setiap hari melalui jalan tidak bertar dan berbatu. Alhamdulillah, tiada sebarang kebocoran berlaku selama sebulan tu. :)


Maxxis M6002 90/80 pada motor aku.


3 paling kiri Maxxis m6002, 2 di tengah Maxxis apa entah dan 2 paling kanan Maxxis M-3D.

Sekarang, macam-macam jenis tayar berkualiti keluar di pasaran. Paling disyorkan oleh otai-otai motor ialah tayar Bridgestone Battlax dan FDR. Tapi harga sendiri mahu ingat la. Sebiji tayar Bridgestone mencecah rm250-380 mengikut jenis dan saiz. Untuk FDR pula, harga mencecah rm150-170 sebiji.

Nak murah tapi grip ada contohnya tayar racing compund buatan Indonesia/Thailand macam Swallow Pro Racer SP, Duro Racing (bunga C), Comet M1 dan banyak lagi. Harga tak pasti tapi taklah sampai mencecah rm150++. Member aku ada beli Swallow Pro Racer SP rm110. Katanya tayar ni lebih grip berbanding Maxxis. :)

Tayar biasa-biasa, murah-murah tak sedap ke? Bagi aku tayar biasa-biasa ni ok jer, sedap jer. Tapi untuk kegunaan harian atau jalan jauh sahaja. Nak buat meratah Bukit Tinggi, tak yakin aku. Tapi kalau hati kering, apa salahnya?Hahaha!

Pesanan aku, siapa yang berjinak-jinak dengan main koner ni, pastikan memakai pakaian keselamatan seperti helmet, kasut, jaket dan seluar sesuai. Kalau boleh pakai la knee pad dan helmet fullface walau naik motor kecil. Motor kecil kalau jatuh sakit risiko kecederaan ada juga kan? Tapi kalau bawa motor pergi pasar malam tak payah la dressing macam nak ride naik Genting Highland. Hehehe.. Macam pampet plak nanti.



Puas selepas mendaki Bukit Tinggi :)


5 comments:

ahsfantasy24 said...

slamat mnunggang!
^^,

si Bulat said...

umang aih.. lebih kurang sama rege je dengan tayar kete.. cuma tayar kete lebih 8 hengget je..

ayisy said...

ahsfantasy, Orait :)

si bulat, Haha. Tu la masalahnya. Kalau tayar motor besar, sebiji makan rm500-700. :P

hans said...

ayish
aku nak tanya
asal motosikal aku susah sangat nak naik jalan yang berbukit?

ayisy said...

Hans... Hurm~ Aku tak pasti susah tu mcm mana? Motor kapchai kalau naik bukit yg curam mmg akan slow/berat sikit. Kira standard la.

Tapi kalau nak sedap naik bukit, cuba naikkan mata spoket blkg. Cth kalau yg asal saiz 36, naikkan saiz 37. Tapi top speed enjin akan mengerang sikit la. Hehe...