Wednesday, 2 March 2011

Tahan...Tahan...Tahan...Dan Tahan...!

Kalau tension sangat, jom tiru macam aku. Hahaha!

Dasyat gila semester ni. Tak pernah sibuk sesibuk semester kali ini. Habis satu masalah, datang satu lagi masalah. Habis satu kerja, datang lagi satu kerja. Peh! Kalau mental tak kuat memang boleh mental otak korang.

Belum masuk kena marah dengan orang *&&^*% lagi. Siapa yang tak tahan memang boleh masuk Hospital Tampoi la. Aku pun sampai tahap bila kena pressure atau marah dah macam takder perasaan. Hebat betul penangannya. Hahaha!

Dia punya dasyat tu, kalau masa tengah tidur terbangun, boleh terfikir masalah yang kita tengah fikir hari tu. Ish3! Tak apa, sedapkan hati biasalah...hidup bukan selalu senang ye tak. Belajar hidup susah. Dulu kau Ayisy masa zaman kanak-kanak dan remaja hidup happy jek kan. Ni hambik kau! Huhu...

Sekarang aku kat bawah, sebagai pelajar. Disuruh itu ini, kerja itu ini. Tak apa, nanti bila aku dah kat atas, masa tu la balas balik. Eh, boleh ke? Hahaha!

Kadang-kadang, tengok member kat luar sana hidup best jek. Tapi itu pada pandangan mata kita. Mungkin hidup mereka pun tension gak macam kita. Mana tau kan. Dan, kita janganlah asyik bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Tapi selalu aku buat gak. Hahaha! Mana tahan beb hidup kita macam takder life sedangkan orang lain hidup happening.

Jadi, kesimpulannya...tahan jeklah. Tahan...tahan...tahan...dan tahan. Kalau tak tahan? Heh! Susah nak bayangkan tindakan yang akan diambil. Jangan bunuh diri sudah. Ish3!

2 comments:

Nazz@Purple said...

susah2 dahulu bersenang2 kemudian..sabar eh..dugaan dalam menuntut ilmu..cm tu la..

ayisy said...

Nazz@purple, Itulah. Bila rasa susah, fikir macam tu. Mungkin ada hikmahnya kita hidup susah skrg. :) Tiada senang untuk senang.