Friday, 25 March 2011

Semakin Susah Semakin Bersyukur

Jalan ke tempat aku praktikum. Ni baru nak masuk. Jauh lagi. Haha!

Kita selalu mengeluh kalau hidup kita susah. Mengeluh kalau hidup kita terbeban. Aku pun macam tu jugak. Tapi janganlah sentiasa mengeluh dan cubalah bersyukur.

Aku baru tersedar, sebenarnya bila kita menghadapi kehidupan yang lebih susah, ketika itulah kita sedar bahawa kehidupan dahulu yang kita rasakan susah sebenarnya lebih senang. Aku bagi contoh, dulu masa sekolah rasa susah sangat belajar, jadual ketat dan sebagainya. Tapi bila sambung belajar dan menghadapi kehidupan yang lebih sukar, baru aku sedar zaman sekolahlah masa yang paling senang dan indah. :)

Ketika belajar di IPG, duduk di pedalaman, aku selalu kutuk-kutuk dan membandingkan tempat aku belajar dengan kampung halaman. Semua tak kena, semua tak cukup, semua susah. Tapi bila aku praktikum di kawasan yang jauh lebih susah, jauh lebih SURVIVOR...baru aku sedar yang tempat aku belajar tu sedap giler. Hahaha!

Sejak kebelakangan ni, hidup aku sentiasa diuji. Ketika inilah aku sentiasa berfikir bahawa kehidupan bukanlah untuk berseronok-seronok sahaja. Hidup sentiasa dicengkam rasa rindu. Rindu keluarga, rindu kawan-kawan, rindu kampung halaman, rindu kehidupan zaman remaja. Masa untuk diri sendiri semakin sedikit. Sakit woo...lebih sakit daripada jatuh motor. Serius aku cakap.

Sebenarnya, bila kita diuji, diberikan rasa susah...di situlah kita akan bersyukur dan menjadi insan yang lebih kuat. Tapi perasan tak, pengalaman pahit yang berlalu bila dikenang kita akan tersenyum? Itu yang terjadi dalam hidup aku. Kalau dikenang zaman persekolahan, rasanya semua manis walau ada yang pahit. Peace!

3 comments:

His Lovely Princess said...

Entri yang menarik :)

Jemput singgah Www.SeindahHiasan.Com.My ~ Seindah Tinta dan Madah (Blog Motivasi dan Teladan)

~ AN

diba said...

all da best practkum~

ayisy said...

His Lovely, Thanks!

Diba, Dah habis. Mmg the best! :)