Kenapa Aku Riding?

Huhu... Gambar ni aku ambil dari FB rakan. Boleh ehh? :)


Mungkin sesetengah orang kata buat apa susah-susah naik motor berhujan berpanas berpeluh bersejuk ber...berlah. Naik bas, kereta kan senang. Bayar tiket dan duduk jek. Tidur, bila bangun dah sampai. Tak panas tak hujan. Huhu...

Susah nak jawab bila orang tanya tak penat ke naik motor. Bila dah minat, yang penat itulah yang seronok. Bila dah minat, yang kena hujan itulah yang syok. Bila dah minat, jalan bengkang-bengkok yang memabukkan itulah yang suka dilayan. Minat, tak semua orang sama.

Sebab itu, bikers yang naik superbike sanggup berhabis puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki sebuah jentera dua roda. Ada orang kata baik beli kereta. Beli motor puluh ribu tapi bila hujan basah... Heh!

Satu lagi, kenapa aku suka riding? Bila aku riding, jumpa kawan-kawan, dapat kawan-kawan baru...kawan-kawan yang sama minat...aku rasa seronok. Rasa masa yang berlalu terisi dan bermakna. Hidup aku di IPG tidak happening seperti zaman kanak-kanak dan sekolah. Jadi, dengan aktiviti riding aku dapat jadikan kehidupan aku seronok dan bermakna. Sekurang-kurangnya bila tamat pengajian nanti, ada memori indah untuk dikenang.




Mungkin juga aku riding untuk mencari keseronokan di luar. Itu aku tak nafikan. Bukan macam duduk di rumah, segalanya ada. Bosan-bosan pun merayap kat bandar BP. Berbanding di kampus, susah nak cari hiburan tambah-tambah di kawasan pedalaman. Ada yang cakap, kau ni asyik dengan riding dan motor jek... Hurmm... Memang. Sebab kenapa aku macam tuh? Sebab dalam dunia ridinglah yang memberi aku ketenangan, keseronokan dan menjadikan kehidupan aku bermakna. Sekurang-kurangnya mengubat kekecewaan aku. Ataupun sekurang-kurangnya mampu membuatkan aku ketawa dan tersenyum.

Kekecewaan? Hurm... Susah nak cerita dan aku rasa aku pernah cerita. Kadang-kadang terfikir jugak, sampai bila kau nak mengulit rasa kecewa di hati. Benda dan terjadi dan ini takdirnya, kau dah tak boleh berpatah balik. Kau layan rasa kecewa sangat-sangat pun bukan boleh ubah perkara yang sudah berlaku. Dan sekarang, aku sedang berusaha untuk hilangkan rasa kecewa. Sebab itu aku riding, sebab bila aku riding aku boleh melupakan seketika perasaan kecewa aku tu. Sekarang, aku cuba untuk think positif dalam setiap perkara yang berlaku. :)

Huhu... Banyak pula benda aku luahkan. Tapi takper, sekurangnya aku rasa lega bila aku share dengan orang lain. :)

Comments

duniajam said…
Hanya kita yg minat moto saja memahaminya....
ayisy said…
Betul tu. Macam minat jam juga.. Huhu
Nazz@Purple said…
Ai ayisy..

pe khabar..lame xjenguk blog awk..

erm...time mude2 ni la kt nak de minat cm ni kan..n cuba mcm2 lagi hobi dan minat..
ayisy said…
Nazz, Khabar baik. Huhu... Dulu masa sekolah takder duit, takder lesen..skrg dah ada semua tu bolehlah merasa nak layan hobi. :) Dah kerja nnt tak tau lah boleh lyn ke tak. Hehe

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???