Program Motivasi Atau Motibasi?

Haha.. Insap..insap...

Zaman sekolah dulu memang dah biasalah dengar perkataan Program Motivasi. Program Motivasi UPSR, PMR, SPM dan macam-macam lagilah.

Apa sebenarnya tujuan program sebegini diadakan? Menyedarkan pelajar? Meningkatkan keyakinan diri pelajar? Memberitahu hala tuju seorang pelajar? Mengurangkan masalah disiplin di sekolah? Hurmmm... Kalau nak cerita apa tujuannya memang banyak.

Aku dari zaman sekolah rendah sampai menengah entah berapa kali kena masuk program motivasi. Sampai dah hafal apa isi kandungan dalam setiap program yang diadakan. Hahaha. Jika difikirkan secara positif, memang banyak kebaikan yang terdapat dalam program ini. Tetapi sejauh manakah keberkesanannya kepada pelajar?

Aku berani kata pelajar hanya insaf selepas 2,3 hari mengikuti program motivasi. Lepas tu...habis. Jadi macam biasa balik. Haha. Tapikan mesti ada seorang dua yang betul-betul berubah dan bermotivasi secara kekal atau lama. Dan walaupun hanya seorang dua daripada berpuluh, beratus pelajar yang mengikuti program motivasi ini berubah, ianya boleh dianggap telah berjaya. Yey! Hehe...

Aku nak cerita pengalaman aku menyertai program sebegini. Banyak-banyak program, terdapat satu program motivasi yang bagi aku memang gilosss! Kena dera ala tentera lepas tu ada aktiviti main pijak-pijak bara api. Peeww! Masa tu form 4@5 tak silap. Siap nangis-nangis konon insaf lah. Keh3! Ada member aku tu kena psiko dengan fasi pasal tak nangis. Giler.. Hehehe...

Lepas tu masa LDK, kena pulak tulis nama member kita yang kita rasakan patut keluar daripada kumpulan. Sadis giler itu aktiviti. Macam cerita Survivor dah. Satu lagi aktiviti apa entah kalau tak dapat selesaikan kena bukak kasut, pastu bukak baju malam-malam kat luar. Aku kalau jumpa fasi tu kat luar memang rasa nak tempeleng jek. Hehe. Ada satu aktiviti seram iaitu night walk. Mata kena tutup lepas tu ditinggalkan berseorangan di kawasan hutan atau sekolah. Peh, ini aktiviti banyak kecut weh. Kepala hotak fikir bukan-bukan, fikir hantulah, fikir binatang buas lah... Huuuu...

Bagi aku, motivasi terbaik datangnya dalam diri sendiri. Itu yang lebih berkesan. Buatlah berpuluh program motivasi pun kalau diri sendiri tak mahu sedar, tak guna gak. Ok, kepada budak-budak sekolah, aku ucapkan selamat berprogram motivasi di masa akan datang. Kikikiki!

*Aku dah bosan, serik, muak dengan program motivasi!!!

Comments

duniajam said…
Sebab tu dulu2, aku & kawan2 panggil ROTIBASI.... Heha..
NiZaM Limited said…
haha..same je la dgn kem kepimpinan pon..asyik kena dera ngn fasi je..buhsan aku..

bila malam last tu dipanggil malam penghayatan. mula la nangis2..member aku nangis bukan maen lagi. tp esok2 dtg balik jahat dia tu. haha..

tapi kalo tgk dari sudut mana pon mesti ada kebaikannya. drpd dok termenung kat rumah tgk tv baik pg prgram rotibasi camni kan. dpt gak pngalaman yg laen drpd laen.. :)
ayisy said…
duniajam, Huhu.. Lagi dasyat istilah Rotibasi. Huhu...

Nizam, Kena dera tu yg tak tahan. Geram jek. Hehe..

Kadang2 kelakar tengok kawan2 kita yg nakal2 tu menangis. Hehe...

Program ni kadang2 kita tak nampak kesannya dlm masa terdekat. Tp boleh dilihat pada masa akan datang. :)
hans said…
hahaha
sama lah
aku pun
bosan sebab benda yang sama
tapi kalau pengisian nya lain dan menarik maybe aku suka

P/S : Header Baru H.P.B Blog
ayisy said…
Hans, Tau takper. Aktiviti lebih kurang jek. Buatlah program motivasi lawatan ke US ke, Jepun ke. Baru budak bermotivasi utk belajar giler2 pastu smbg kat luar negara. Haha
Afzainizam said…
eeeemmm saya insaf lahhhh sekejap... nak buat camnerrrr... motivasi katakan
fnd said…
Aku susah sket nak terpengaaruh dgn kem motivasi ni..byk yg cliche..kalau stakat nak dpt kwn dan bersosial tu ok la..huhu
ayisy said…
afzainizam, Huhu... Motivasi perlu ada dlm diri setiap manusia. Tak kiralah dtg dari luar atau dalam diri sendiri. :)

fnd, Huhuhu... Program motivasi mmg macam tu. Ada aktiviti yg kdg2 samar2 tujuannya. Huhu... Yg penting kesedaran perlu ada dlm diri kita.
Nadiene said…
teringat lagi aku,mentang2 aku tak nangis time itu, terus je brader tu tanya kecik, sape name aku.. then buat undi.. erkkk, padahal budak2 aku tak de pun nak singkirkan aku.. saje je orang tu tuduh budak2 aku singkirkan aku, perh!

btw, aku dah lali benda2 ni jugok kan wak, hahaha...

kita dah matang,pandai menilai baik buruk...
ayisy said…
fid, Hehehe... Aku pun pelik apesal tetibe kau kena. Huhu...

Lali dah dengan aktiviti nangis2, LDK. Bosan2. Huhu...

Tp aku rasa program tu memberi kesan kpd kita skrg. Memberi kita kesedaran... Kesannya mungkin dapat dilihat pada masa akan dtg. :)
Anonymous said…
http://astrolog2010.ru/index.php

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???