Kesibukan Yang Tak Pernah Hilang.


Hidup ni kadang kala aku rasakan terlalu sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan duniawi. Macam-macam hal perlu dilakukan. Hidup seolah-olah menjadi robot.

Aku terfikir, apa yang aku dapat dengan kesibukan yang dilalui setiap hari? Sibuk dengan study, presentation, tutorial, amali, kerja kursus, projek... Apa yang aku dapat? Memang ilmu yang aku dapat. Ilmu adalah harta yang paling berharga. Tapi, semua itu seolah-olah hanya dibuat untuk mendapat markah di kertas. Keluar result semester, melihat A berduyun kemudian tersenyum lalu disimpan kertas itu ke dalam fail. Hurmmm... Niat kena ubah ni...

Melalui kehidupan yang dibelenggu dengan peraturan ciptaan manusia memang kadang-kala memeritkan. Terasa seperti peraturan itu tidak munasabah. Walaupun ianya dicipta untuk kebaikan kedua pihak namun aku tetap rasakan ia mengganggu hidup. Peraturan remeh-temeh dibuat dan ditokok tambah memberi kesan kehidupan terasa seperti kebudak-budakan.

Mungkin aku belum nampak atau merasa nikmat daripada segala kepayahan yang dilalui semasa belajar. Tapi kan, bila belajar tinggi-tinggi, kerja tinggi-tinggi tapi kesibukan masih ada. Apa maknanya? Pagi pergi kerja, petang balik kerja. Malam rehat. Setiap hari melalui benda yang sama. Aku rasa macam tidak ada kehidupan. No life orang kata.Duit banyak, kerja banyak, masalah banyak. Huh! Baik tak payah.

Kadang-kadang aku perhatikan orang yang tinggal di kampung, kerja kampung walaupun tak glemer orang kata tetapi mereka merasai kehidupan. Hidup aman damai, tenteram dan jauh daripada kesibukan. Kerja kebun walaupun rezeki tak seberapa masih tetap cukup dan bahagia. Tak perlu tergopoh-gopoh pergi kerja, tak perlu mengikut perintah orang atasan, tak perlu mematuhi peraturan ciptaan manusia yang mengjengkelkan... Dan yang penting masa bersama keluarga juga banyak diluangkan. Itu baru namanya kehidupan!

Sebab tu orang selalu kata duit tidak menjamin kebahagiaan. Memang betul dan aku pernah rasa. Contohnya ketika zaman sekolah aku, tidak banyak duit tapi tetap happy. Berbanding zaman di IPT duit ada tapi tak berapa happy. Entahlah, orang di sekeliling aku selalu cakap hidup perlu diteruskan. Masalah memang tak boleh dipisahkan dengan kehidupan. Kita kena kuat menghadapinya. Dan yang paling penting Think Positive. Dengan cara inilah masalah yang membebani kita akan terasa ringan dan mudah.

Oh kesibukan!!! Bilakah engkau mahu berakhir!!! "Mood tengah rindukan kampung. Menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman." :)

Comments

duniajam said…
Ini zaman belajar... esok dah start keje cikgu.... maka kesibukkan itu akan bertambah tambah2 la cikgu baru.... adik aku rasa sampai kena buli kat sekolah tu oleh cikgu senior & pengetua.... terasa macam nak saman sekolah & pengetua disebabkan kerja teruk & berat, adik aku keguguran.... Hampeh betul!

Nak didik manusia ni bukan senang.... mengajar & mendidik suatu perkaa yg cukup berbeza.... Nak mengajar manusia tentang sesuatu mungkin bukan suatu masalah... tp nak mendidik manusia menjadi seoarang 'insan' bukanlah suatu perkara yg mudah dgn keadaan pemikiran ibu bapak & student skrg.... suatu cabaran yg perlu digalas oleh guru-guru alaf baru....
ayisy said…
Itu yg aku risaukan sekarang sebab aku masuk IPG bukan minat. Masuk IPG sebab terdesak selepas tidak dapat apa2 tawaran. Lepas dpt IPG baru dpt U. Aduiii...

Nak tak nak kena teruskan belajar. Kena belajar menerima. Kena melaksanakan tanggungjawab yg diberi.. Hurmm...
Nadiene said…
ada bini lagi sibuk kan wak, kihihhihhih..

http://lens.ohmacamitu.com/kontest-contact-lens-raya/
m i a said…
take time to relaks urself..sbb tu ade hari sabtu & ahad..utk kasi student & workers berehat dgn kluarga..ye x??lagi3 nk raya ni...mood balik kg berlegar3 je kan..(^^,)

follow my blog ye..
gardisareyou.blogspot.com
ayisy said…
Hans, Betul tu. Cuma kadang2 aku terfikir sampai bila kita nak dilanda kesibukan. Huhu...

Fid, Hurm? Entah! Hehehe... Kalau suami isteri pandai tolak ansur, makin mudah dan bahagia kot hidup. :)

Mia, Yup! Sabtu Ahad mmg utk merehatkan diri. Tp kdg2 Sabtu Ahad juga dicuri utk melakukan tugas2 kerja. Huh! Jadi kena pandai membahagikan masa. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???