Thursday, 26 July 2012

Pengalaman Dan Kebahagiaan

26 Julai 2012. Kalau nak dibanding dengan tahun lepas, tahun 2012 antara tahun paling pantas masa berlalu. Tema untuk tahun 2012? Pengalaman dan kebahagiaan. 

Bermula hujung bulan Januari 2012 sehinggalah minggu lepas, aku praktikum di sekolah orang asli. Tak pernah terfikir akan ditempatkan di situ. Malas banyak cerita, ianya happy ending. Boleh dijadikan satu pengalaman dan kelebihan yang mungkin tidak ada pada semua orang. Belajar untuk survive di perkampungan orang asli. Kemudahan terhad. 

Dalam kehidupan yang penuh tekanan dan cabaran, kita akan semakin tabah menjalani kehidupan. Yang sukar menjadi mudah. Yang perit menjadi manis. 


Ok, itu part untuk pengalaman. Terima kasih kepada pensyarah yang letak nama aku di sekolah orang asli. Terima kasih banyak-banyak. Sekarang dah nampak hikmahnya.

Dan part untuk kebahagiaan? Ahahahaha! Nanti la cerita.