Wednesday, 14 March 2012

Memori Yang Akan Dikenang

Downhill Genting Highland. Pemandangan memang cun!


Bulan 4..5..6..7..8..9..10..11

Tambah tolak cuti apa semua tinggal dalam 7-8 bulan sahaja kaki dan tayar motor aku berada di sana. Sekarang, seminggu macam sehari. Sehari macam satu jam. Pantas berlalu.

Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Kesimpulan tentang life 5 tahun lebih di situ. Seperti yang pernah aku kata, life di sana adalah 360 darjah berbeza seperti yang aku idamkan, berbeza seperti yang aku bayangkan, berbeza persekitaran, berbeza budaya dan berbeza dengan life aku sebelum ini.

Pada awalnya, memang terlalu sukar. Biasalah. Permulaan memang sukar. Bila sudah lama, ianya biasa. Dan kadang-kala ada yang menyeronokkan untuk dikenang. Walaupun secara keseluruhan life di sana memang "tak best". Hahaha. Tapi masih ada kenangan yang manis untuk dikenang dan dicerita.

Cuma aku nak sentuh satu perkara yang menjadi kegilaan aku di sana. Yang tak pernah aku terfikir. Yang tak pernah aku bayangkan. Dan tak pernah aku jangka ianya menjadi kegilaan aku.

Riding di kawasan pergunungan.

Lahir di Batu Pahat. Mana ada banjaran. Mana ada jalan macam ular kena palu. Mana ada kabus tebal menutupi pemandangan. Mana ada udara sejuk walau tengah hari. Mungkin ada la Gunung Soga tu tapi biasa-biasa jek. Tak feel sangat pun.

Bila riding di kawasan gunung dan hutan, kadang-kadang kita rasa bukan macam di Malaysia pun ada. Kita rasa jauh dari budaya hidup biasa. Kita rasa puas. Kita rasa sesuatu yang baru.

Bila fikir, tinggal berapa bulan saja lagi di sana. Entahlah. Tak pasti adakah tahun depan ada lagi peluang riding seperti sekarang. Ditambah lagi kawan-kawan se'riding' mungkin membawa haluan masing-masing. Sukar untuk berjumpa dan berkumpul.

Hampir 5 tahun main motor. Macam-macam berlaku. Pahit manis. Rasanya kenangan bersama dunia riding lebih besar berbanding kenangan zaman belajar. Member-member riding yang dikenali, walaupun jarang berjumpa tetap menjadi ingatan.

Sekarang, aku dah mula boleh mengumpul segala kenangan sepanjang 5 tahun ini untuk dijadikan satu fasa. Seperti mana aku kumpul kenangan sepanjang 5 tahun di sekolah menengah dahulu. Dan tahun depan dan masa akan datang, ada benda untuk aku sembang dan kenang.


Pemandangan yang tiada di tempat sendiri.



Jalan yang mungkin akan dirindui suatu hari nanti. haha



2 comments:

budak terpaksa said...

bro, free2 usha la, komen, follow blog saye.
thanks :-)

http://knee-drag.blogspot.com/

ayisy said...

insyaAllah. :)