Karnival Permotoran Ayer Hitam 2011



Cuti panjang rugi la kan kalau tak jalan-jalan. Cuma cuti kali ni kurang sikit berjalan. Mungkin darah muda dah makin kurang. Hahah!

Apapun, minggu-minggu lepas aku sempat menghadirkan diri melihat Karnival Permotoran di Ayer Hitam Johor. Rasanya ia karnival tahunan sebab tahun lepas pun ada. Macam biasa, aktiviti drift dan motocross adalah wajib. Tahun ni ada aktiviti baru iaitu pocket bike race. Boleh lihat adik-adik kita lumba motor secara profesional. Baru konar baring!

Karnival ni boleh kata agak meriah dan seronok. Cuma aku rasa pihak penganjur perlu hebohkan perkara ni dengan lebih banyak. Aku tahu karnival ni pun sebab ternampak iklan di jalan raya menghala ke Ayer Hitam. Kalau tak lalu memang tak tahu. Jadi pengunjung agak kurang. Jadi kurang meriah. Jadi kurang 'hot' la karnival ni.

Tapi secara keseluruhan karnival ni memang best. Sekurangnya boleh la tengok orang main drift secara live dan kereta-kereta drift menjolok mata. Haha. Cuma aku harap, tahun akan datang Malaysian CubPrix buat di Batu Pahat pula. Orait!


Peserta drift dilepaskan



Pocket bike





Comments

Afzainizam said…
motor kecik orang besar.... tapi best gak layan lap pakai motor ni.... kalau kat air hitam ni ada satu tempat tiap hujung minggu aku suka lepak tengok motorcross ... tapi tu dulu lahhh tak tau tapak tu ada lagi ke tak... entah entah dah buat bangunan kot

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip Spray paint motorsikal
ayisy said…
Ada lagi tapak tu. Hari tu pun ada buat motocross kat situ. huhu.. cuma bila lama dah tak ada, tapak tu macam bersemak sikit.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???