SMK Dato Bentara Luar. Kenangan Menggamit Jiwa.

Makan di rumah Tan Sri Dato' Dr Samsudin bin Hitam, bekas pelajar SDBL.

Semasa aku sedang asyik menatap gambar-gambar di Facebook. Tiba-tiba…Huk! Aku rasa syahdu jek bila terjumpa gambar ni. Mungkin pembaca yang tidak satu sekolah dengan aku ataupun bukan member sekolah aku tidak dapat merasa feel syahdu ni. Jadi, anggaplah artikel ni aku tulis sebagai entry memperingati zaman persekolahan aku dulu. Hehe..

Makan lagi.. Hmmmm... :P

Aku bersekolah di SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat Johor (SDBL). Bermula daripada tingkatan satu sampailah tingkatan enam. Tingkatan enam tu sebulan jek sebelum aku berhijrah ke negeri orang. Tinggal di asrama selama lebih kurang 5 tahun menjadikan sekolah aku ni rumah pertama aku. Tempat aku membesar dan mengenali kehidupan remaja. Memang susah untuk aku lupakan sekolah ni. Baru-baru ni aku pergi SDBL, emmm... Dah banyak berubah…Banyak bangunan asal dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru. Aku rasa suasana SDBL yang dulu dah hilang. Sedih beb sedih. Tengok asrama alhamdulillah masih dalam keadaan asal tetapi kawasan hutan di belakang tu dah dibersihkan untuk membina bangunan baru. Sekali lagi sedih sebab di situlah dulu aku dan member keluar masuk secara sah dan haram untuk ke taman perumahan yang berada di belakang sekolah. Bila hutan tu dah tiada, alamak! Sedih..sedih. Macam mana nak chow??? Hik3!

Ok, berbalik kepada entry ni, aku nak cerita masa tingkatan enam dulu (2007). Masa tingkatan enam sebelum aku keluar sekolah selepas dapat tawaran ke IPGM, aku dan member dipelawa untuk mengikuti majlis reunion alumni pelajar SDBL 60-an di Putrajaya. Kami pergi ke majlis tu bukan untuk suka-suka tetapi dipelawa dan dijemput untuk membuat persembahan. Buat persembahan di hadapan insan yang pernah bersekolah di SDBL pada tahun 1960-an memang satu pengalaman yang manis dalam diri aku. Boleh aku katakan inilah saat terakhir aku bersama SDBL. Sebabnya, selepas aku mengikuti majlis reunion ni aku secara rasmi "meletak jawatan" sebagai pelajar di SDBL buat selama-lamanya. Sedih beb gua nak tulis ni..sedih...sedih. Huk3!

Nyanyi la pulak. Hehe. Aku yang hujung tuh.

Berdebar sebelum show. Skema rama pakai baju sekolah siap berkot. Hehe.

Akhir cerita, aku nak ucapkan kepada semua warga SDBL terutamanya bekas pelajar semoga korang semua berjaya dalam bidang dan kehidupan masing-masing! Nir Karsa Nir Jaya! Hehehe.

*gambar-gambar aku ambil dari Facebook group SDBL Batu Pahat.

Comments

Nadiene said…
arh!

aku pon rinduuuuuuuuuuu giler zaman nie........

cabaran form 6, tapi bez!

*muke aku yg tenga naek matang, hehehe
Amirah Rashid said…
rindu sekolah jugakkkk :'(
ayisy said…
fid, hahaha. Form 6 yg giler. Aku siap dtg rumah kau tu bincang nak masuk form 6 ke tak. ekekeke...

amirah rashid, huhuu. sekolah mmg best!!!
Afzainizam said…
Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

uhhhhh aku ade perasan ramai yang bersekolah kat sekolah Dato Bentara Luar ni...

Eeeeemmmm ko sekolah dato-dato ni,,,, mesti pandai pandai pelajarnya....

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1958 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Pahat merupakan di antara sekolah menengah Aliran Melayu yang pertama di Tanah Melayu. emmmm dah lama tu... dulu namanya Sekolah Tinggi Batu Pahat.. dah tukar sebab
mengambil sempena dari gelaran Dato’ Md. Salleh bin Perang, Dato’ Bentara Luar Johor, yang telah membuka Batu Pahat ini...

warrrgghhhhh... Sekolah ni bersejarah beb.....
ayisy said…
afzainizam, salam bro. Ramai tokoh bekas sekolah ni. Ahli bina badan Sazali Samad, Malik Nor tu semua sekolah SDBL. Huhuhu. Aku pernah jumpa pegawai pelajaran Johor dan dia ckp dia sekolah SDBL. Hehehe..

Sekarang, sekolah ni sekolah biasa2 jek walaupun suatu ketika dahulu sekolah ni gah. Mungkin persaingan drp sekolah2 yg gempak mcm High School, TIGS, EC, SIGS dan sebagainya... Huhu
hans said…
zaman muda2 tuuuu
mira amira said…
skolah skolah skolah..
hehe
sy baru hbs skolah..=)

[airsuam]
ayisy said…
hans, yup! 3 tahun lepas. hehe..

mira amira, kamu akan merindui zaman persekolahan nanti. hehe
Anonymous said…
sye nk tnye, kmsukn ke sk ini cmne? adkh mmrlukn straight a?
Anonymous said…
sye nk tnye, kmsukn ke sk ni cmne? adkh mmrlukn straight A?

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...