SMK Dato Bentara Luar. Kenangan Menggamit Jiwa.
Makan di rumah Tan Sri Dato' Dr Samsudin bin Hitam, bekas pelajar SDBL.
Semasa aku sedang asyik menatap gambar-gambar di Facebook. Tiba-tiba…Huk! Aku rasa syahdu jek bila terjumpa gambar ni. Mungkin pembaca yang tidak satu sekolah dengan aku ataupun bukan member sekolah aku tidak dapat merasa feel syahdu ni. Jadi, anggaplah artikel ni aku tulis sebagai entry memperingati zaman persekolahan aku dulu. Hehe..
Aku bersekolah di SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat Johor (SDBL). Bermula daripada tingkatan satu sampailah tingkatan enam. Tingkatan enam tu sebulan jek sebelum aku berhijrah ke negeri orang. Tinggal di asrama selama lebih kurang 5 tahun menjadikan sekolah aku ni rumah pertama aku. Tempat aku membesar dan mengenali kehidupan remaja. Memang susah untuk aku lupakan sekolah ni. Baru-baru ni aku pergi SDBL, emmm... Dah banyak berubah…Banyak bangunan asal dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru. Aku rasa suasana SDBL yang dulu dah hilang. Sedih beb sedih. Tengok asrama alhamdulillah masih dalam keadaan asal tetapi kawasan hutan di belakang tu dah dibersihkan untuk membina bangunan baru. Sekali lagi sedih sebab di situlah dulu aku dan member keluar masuk secara sah dan haram untuk ke taman perumahan yang berada di belakang sekolah. Bila hutan tu dah tiada, alamak! Sedih..sedih. Macam mana nak chow??? Hik3!
Nyanyi la pulak. Hehe. Aku yang hujung tuh.
Berdebar sebelum show. Skema rama pakai baju sekolah siap berkot. Hehe.
Akhir cerita, aku nak ucapkan kepada semua warga SDBL terutamanya bekas pelajar semoga korang semua berjaya dalam bidang dan kehidupan masing-masing! Nir Karsa Nir Jaya! Hehehe.
*gambar-gambar aku ambil dari Facebook group SDBL Batu Pahat.
Comments
aku pon rinduuuuuuuuuuu giler zaman nie........
cabaran form 6, tapi bez!
*muke aku yg tenga naek matang, hehehe
amirah rashid, huhuu. sekolah mmg best!!!
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
uhhhhh aku ade perasan ramai yang bersekolah kat sekolah Dato Bentara Luar ni...
Eeeeemmmm ko sekolah dato-dato ni,,,, mesti pandai pandai pelajarnya....
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1958 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Pahat merupakan di antara sekolah menengah Aliran Melayu yang pertama di Tanah Melayu. emmmm dah lama tu... dulu namanya Sekolah Tinggi Batu Pahat.. dah tukar sebab
mengambil sempena dari gelaran Dato’ Md. Salleh bin Perang, Dato’ Bentara Luar Johor, yang telah membuka Batu Pahat ini...
warrrgghhhhh... Sekolah ni bersejarah beb.....
Sekarang, sekolah ni sekolah biasa2 jek walaupun suatu ketika dahulu sekolah ni gah. Mungkin persaingan drp sekolah2 yg gempak mcm High School, TIGS, EC, SIGS dan sebagainya... Huhu
hehe
sy baru hbs skolah..=)
[airsuam]
mira amira, kamu akan merindui zaman persekolahan nanti. hehe