Ride To Bukit Fraser.
Ahad lepas, aku bersama dua member pergi menunggang motor ke Bukit Fraser atau bahasa orang putihnya Fraser Hill. Sebenarnya aktiviti ni tak dirancang pun. Aku cuma ajak-ajak gitu jek tak sangka terbetul-betul pergi. Kira on the spot lah bahasa Inggerisnya. Hehe. Ni kali pertama aku naik Bukit Fraser. Sebelum ni baca kat surat khabar jek. :P
Semasa mula memasuki simpang ke Bukit Fraser, aku rasa macam tak best jek sebab jalan biasa-biasa jek. Pemandangan tak secantik mana. Lama-lama haa kau...hambik! Menggelupur badan nak kawal motor kat jalan berselekoh. Pada mulanya aku bayangkan jalan di Bukit Fraser macam Cameron Highland, jalan besar dan selesa, tapi rupanya lain. Jalan di Bukit Fraser kecil, banyak selekoh tajam dan korang memang tak sempat nak tegakkan badan punyerlah. Semakin tinggi mendaki, semakin cantik kawasannya. :)
Disebabkan aku bukan kaki leper dan baru nak belajar main bukit, memang terkial-kial nak layan jalan tuh. Asyik makan jalan orang jek. Member aku sorang tu memang dah biasa, habis cicir aku kena tinggal. Cuaca memang sejuk. Emmmmm....! Lebih sejuk daripada Cameron Highland aku rasa. Mungkin pembangunan tidak sepesat di Cameron jadi alam semulajadi masih terjaga. Tu yang best!
Sampai kat satu tempat tuh, nak naik puncak Bukit Fraser cuma ada satu jalan sehala jek. Nak lalu kena ikut masa. Ada masa tertentu untuk naik dan turun. Masa aku sampai tu tepat-tepat masa untuk naik. Aku tengok dah banyak kereta beratur nak naik. Bagus pihak pengurusan buat macam ni. Kira keselamatan lebih terjamin bila buat jalan sehala. Tak lah bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan. Jalan dah la kecil jadi memang bahaya.
Rehat sebentar di tepi jalan...
Sampai jek kat Bukit Fraser, aku dan member terus ambil-ambil gambar dan makan. Beli cenderamata sikit. Hehe. Masa turun Bukit Fraser, aku dan member ride bersama sekumpulan rider skuter. Masa turun nih, 2 motor daripada kumpulan skuter ni kemalangan. Huh! Agak ngeri walaupun kemalangan tu biasa-biasa jek... Nasib baik takder pape sangat.
Beli dik jangan tak beli. Beli besar punyerrr...!
Emmm... Tu jek lah aku nak cerita. Happy riding! Nak sambung buat kerja kursus. ZzzzzzZZZZ...
Comments
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
uhhhhhh... jauh teramat sangat jalan nak kesana pun amat bahaya.... aku pernah pergi sana rasanya macam tak sampai-sampai...
itu pun naik Pajero lama.... dah lama dah....
perjalanan merentas Jerantut ke kuala Lipis ke Frezer hill ni lah... tempat mmg cool best beb...
aku xpenah jejak kaki lagi pun dkt situ
nak tahu route ni la..pernah nampak tak? http://teamhardcorepavement.com/johordownhill2.jpg
depa kata kat Yong Peng. kalau tahu hope leh kongsi kat maklumat. Kami nak ride jln tu. hanx
Kalau nak jalan berbukit atau selekoh, aku rasa kat Mersing banyak. Dulu aku duduk Mersing, mak aih jalan jek mesti mabuk. hehehe...