PBS Di Batu Pahat, Johor. Part 2.


Di rumah kampung.

Pejam celik dah habis Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu. Rasa macam semalam aku merempit bersama dua kereta Sabtu lepas. Selama seminggu aku dan member berada di kampung, macam-macam kami buat. Boleh dikatakan setiap hari selepas PBS keluar berjalan. Tiap-tiap hari makan kat warong. Tiap-tiap hari pusing kampung, jalan-jalan di pantai dan membeli-belah di bandar. Emmm... Seronok!

Lepak di tepi pantai...

Duduk di rumah beramai-ramai memang riuh. Ada yang takut pergi tandas lah, maklumlah tandas rumah kampung kat luar. Hihihi. Sepanjang di Batu Pahat, aku menjadi juru pandu tak rasmi. Dah macam main kereta rally. Duduk sebelah member yang bawa kereta sambil cakap "Okey, simpang depan belok kanan, pastu terus ambil lorong tengah". Paling kelakar masa jalan-jalan di Batu Pahat Walk. Walaupun aku berasal dari Batu Pahat, ni la kali pertama aku merayap jalan kaki di sekitar BP Walk dan Dataran Penggaram waktu malam sambil ambil gambar. Ramai orang duk usha, lantaklah apa orang nak kata. Heh!


Setiap hari melantak. Haha.

Rabu lepas, aku bawa member ke Melaka. Jalan-jalan sekitar Banda Hilir. Kemudian aku bawa mereka ke Ayer Keroh tapi aku fail jalan. Hak3! Entah sesat mana nasib baik jumpa jalan ke Ayer Keroh last-last. Fuh! Buat malu kompeni jek. Hik3! Di Melaka masing-masing shopping maklumlah diaorang dari jauh. On the way balik dari Melaka aku bawa mereka beli kerepek di Ayer Hitam. Kat Ayer Hitam ada macam-macam. Ada pasu, kerepek, Sponge Bob, Doraemon dan Ultraman.


Melawat A Famosa.

Beli kerepek di Ayer Hitam.

Malam-malam di dataran.

Hari last aku dan member buat barbeku. Syok malam-malam yang sejuk buat barbeku. Sampai tak habis. Hehe.. Bila member aku pulang ke rumah masing-masing, sedih plak aku rasa. Rasa kejap jek. Biasalah, perkara yang seronok memang rasa kejap. Huhu.. Kesimpulannya, PBS kali ni memang menyeronokkan dan banyak pengalaman manis kami kutip. Errrr...kerja PBS dah siap ke? OMG!!!


BP Walk

Comments

ayisy said…
emm? tak. sy org Johor. tp selalu pg Melaka. hehe..
hans said…
aku jeles tgok gambar pantai tu

p/s : jgn lupa teka 4 gambar dekat entry blog den tu
ayisy said…
hans, jom pg pantai! huhu.. Insyaallah ada masa aku teka. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...