Kenapa Aku Pilih Adverlets?

Dalam internet ni, macam-macam program menjana duit ada. Ada yang betul dan ada yang tipu (scam). Kalau buka emel, berlambak SPAM berkaitan program buat duit masuk ke inbox aku. Bagi aku SPAM macam ni memang haramm menyusahkan orang. Dulu aku ada gak join beberapa program buat duit daripada internet macam Google Adsense, Nuffnang dan Adverlets. Program seperti ni insyaallah bukan scam sebab dah terbukti blogger atau pemilik website dibayar oleh mereka.

Lama-lama aku hilang fokus. Disebabkan terpaksa memberi tumpuan kepada pelajaran, aktiviti kuliah, program IPG dan melayan hobi, aku hilang mood untuk teruskan usaha ini. Walaupun begitu, aku masih teruskan tetapi taklah segigih masa mula-mula dulu. Kira slow-slow lah.

Mungkin ramai menganggap buat duit dari internet senang. Hari ni buat esok dapat pulangan 100%. Lu giler ke dik! Kalau betul macam tuh dah ramai orang kat dunia ni kaya raya. Dan kalau betul dah tentu lepas SPM aku terus ngadap laptop 24 jam buat duit melalui internet jika semudah itu. Bagi aku buat duit melalu internet sama susah dengan buat duit di dunia nyata. Ada usaha ada hasilnya, tiada usaha tiadalah hasilnya.

Aku memilih Adverlets sebagai medium utama dalam menjana pendapatan melalui internet. Kenapa aku pilih Adverlets? Senang jek sebab Adverlets akan bayar korang berdasarkan page impression blog/website yang korang dapat. Tak dapat klik pun takper janji ada pengunjung melawat blog korang. Kalau nak harapkan klik memang haramm payah nak dapat kecuali visitor blog korang beriban-riban. Pada pendapat aku Adverlets sesuai untuk blog yang visitornya sekadar bawah 1000 orang sehari.

Nuffnang? Emmm… Nuffnang memang popular di kalangan blogger Malaysia. Aku tak nafikan Nuffnang memang terbaik tapi masalahnya dia bayar mengikut klik. Nak dapat klik bukan senang, korang kena usaha lebih untuk meningkatkan kualiti blog dan trafik blog supaya ramai pengunjung datang seterusnya kebarangkalian untuk mendapat klik adalah tinggi. Kalau blog dah popular dan traffik mencanak tiada masalah. Nak lagi masyuk gunalah Google Adsense. Tapi itupun kalau blog korang betul-betul berkualiti dan ditulis dalam bahasa Inggeris.

Kalau setakat tulis blog sebagai medium berkongsi cerita hidup macam aku nih, tulis pun ikut suka agak payahlah untuk maju dalam bidang nih. Hehehehe. Kecuali korang tu artis atau individu yang sememangnya sudah popular di dunia nyata. Kalau korang betul-betul nak jana duit dari internet, usaha betul-betul dan belajar daripada otai-otai di luar sana. Nak lagi best jadilah full time blogger. Amacam?


Huh! Akhirnya dapat gak cash out.

Berbalik kepada Adverlets, ada orang kata Adverlets ni scam. Tu aku tak pasti. Harap-harap Adverlets bayar lah. Penat aku usaha selama setengah tahun, tu pun dapat kumpul RM100 jek. Kira rezeki lah walaupun ciput. Hihi. Kalau dapat RM100 tu, aku nak topup buat beli kamera Nikon Coolpix L22. Insyaallah… Korang aminkan tau. Hik3! Kepada yang join program pengiklanan macam nih, aku ucapkan semoga berjaya! Assalamualaikum!

Comments

Nadiene said…
hehehe,, tahniah la ayisy syahmi,hehehe...

aku pon dah malas pasal iklan nie,hohoho...

Ada blog sebab aku bosan kalu xde aktvt..hehe..

wuit! ade org kate advrlts kuat tipoooow..?

p/s= dah cashout blanje aku baig apple r bulan 5 t,hehe
Nadiene said…
eh,, tukar,, j.co pulok lah,haha
hans said…
owh,aku setia jer lah dgn nuffnang
malas nak join yg lain dah
senang2 aku wat iklan dkt blog aku
lagi cepat dapat duit dari tunggu nuff
hahaha
Afzainizam said…
Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/

yup ade orang cakap kat aku pasal nuffnang ni... tapi tak paham... tapi bila ko ceritakan... baru terbuka minda aku.... eeeemmm bagus gak nya aku gunakan nuffnang ni ye...

sorry lama betul aku tak ziarah ko ni... aku sedang baca entry ko dan konvoi gi cameroon tu best sangat lah konvoi tu nampaknya... dan aku tertarik plak entry pasal pantai punggor... aku mmg nak ke sana nanti...
ayisy said…
fid, aku ada gak baca yg Adverlets tak byr. Tapi ramai blogger popular kata Adverlets dah byr diaorang cuma kdg2 lambat. Kalau dia tak byr aku kecoh satu internet. Hahaha..

Pejuang Kesenian Extreme, hehehe.. Ni pun tak pasti sama ada Adverlets bayar ke tak. Klu bayar alhamdulillah la.

Hans, betul. Nak lg senang buat iklan sendiri. Tapi kena pastikan blog sentiasa ramai pengunjung supaya pengiklan yakin dgn kita. Huhu..

Afzainizam, Nuffnang ni iklan kat blog kita. Klu ada org klik kita dpt bayaran. huhuhu.. Konvoi ke Cameron mmg best. Pemandangan cantik dan tak membosankan. Huhu.. Punggor skrg agak meriah berbanding dulu. Huhu.
Amirah Rashid said…
dua2 x guna
hee
anyway, tahniahh
bak sini sekeping laa xD
ayisy said…
amirah rashid, huhuhu.. sekeping? sekeping apa? duit? hihihi.. belum dpt lg lah. :P
Afzainizam said…
Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

yup ziarah lagi... aku baca blog ko dan terus gi pantai punggur ni.... wahhhh betullah banyak dah berubah.... tak macam dulu.... aku singgah rengit jap cari barang 2nd dapat gak tawar menawar dapt gak kipas angin RM 50 aje boleh pakai lah.... cantik lagi barang singapore katenya
ayisy said…
bro! kenapa turun BP tak ckp? kalau tak boleh jumpa & lepak2. hehehe

Rengit mmg byk jual barang 2nd. Barang masih baik lagi dan diambil dari Singapura. Nak cari perabot mmg terbaik kat situ. Huhu..
hans said…
itula pasal..cuti2 baru bleh bagi pengunjung ramai kut
imanmom said…
salam kenal,tlg klik ads blh?
Anonymous said…
cool..

Try out this link;

www.fdausamad.blogspot.com

Read few entries, you'll find it very funny and interesting.

Seriously!
duniajam said…
Bagus ko buka cerita pasal benda ni. Aku berbulan-bulan guna Nuffnang, cuma dpt RM3.50 ja.

Aku try guna Adverlets ni baru 5 hari dah RM1. Cepat naik. Tq banyak2
Hami Asraff said…
Salam.

Saya pengguna Nuffnang. Memang kena rerajin la blogwalking dan klik iklan blogger lain.

Tips : Iklan Nuffnang selalu keluar pukul 12.00 tengah malam. Memang waktu itu rancak Nuffnangers (termasuk diriku) mengklik blog rakan-rakan lain.

Pasal Advertlets ni tak pernah try pulak. Rasanya kalau pakai Advertlets keistimewaan untuk Nuffnang dikurangkan (tak tahu pula kurang macam mana tu. Dengar orang la kata macam tu)

Nak tambah trafik, pastikan senantiasa blogwalking. Konsisten. Kalau sibuk tu tak dapat dielakkanlah. Dan yang paling penting ialah penghasilan entri yang bermutu. Itulah seseorang blogger di nilai.

Eh terpanjang sudah. Sekian.

Wassalam.
ayisy said…
hans, cuti mmg ramai pengunjung. Tu pendapat aku lah. Huhuhu. Bila nak belanja aku McD? Ekekeke!

Anonymous, orait! :)

duniajam, guna Nuffnang dia bayar ikut klik. Kalau Adverlets dia bayar ikut klik dan page impression. Tapi satu jek kelamahan, kalau kita guna dua-dua nanti status glittery Nuffang ditarik. Hehehe

Hami Asraff, Yup! Blogwalking adalah satu cara tarik traffik. Tapi kdg2 kita bz, kadang2 line interent mcm siput. Hahaha. So susah nak blog walking.

Kalau kita guna dua-dua Nuffnang dan Adverlets, status glittery Nuffnang akan ditarik. Hehe. So, bayaran satu klik turun drp 25sen kpd 15sen shj. :P
wah..kencang gak..
saya tak bape confident lak ngan adverlets..
try cash out dulu la bro..
kalau check sampai umah, baru leh betul2 percaya
ayisy said…
noor afzan, tu la saya pun tak berapa yakin. takper2, hujung bulan ni saya tekan butang cash out. kalau dapat cek sy buat tentry kat blog nih. huhu :)
naz. said…
Salam
eh amacam dengan adverlet?
kau dah try cash out ke? haha
aku bercadang nak tukar ke adverlet pulak lepas ni..
Editor said…
make more money with your blog with http://www.nufftag.com/signup.php?id=redlomo

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...