5 Tahun 6 Bulan Yang Sudah Berlalu



Orang kata, kalau kita tak suka kat tempat atau kehidupan di situ, nanti bila kita dah tak ada di situ, kita akan merinduinya. Orang kata jangan cakap tak suka, takut perkara sebaliknya berlaku. Akhirnya, 5 tahun 6  bulan itu berakhir. Berakhir satu fasa kehidupan aku di situ. 

Jadi, apakah perasaannya bila ia berakhir? Pada mulanya, ketika minggu terakhir di sana aku mula rasa kesedihan. Hati dah mula tertanya-tanya adakah aku akan merindui kehidupan di sini? Sampaikan aku tunda perjalanan pulang sehari sebab rasa sedih dan mahu habiskan masa bersama kawan.

Apabila sampai sahaja di rumah, selepas beberapa hari berlalu... Kesedihan itu seolah-olah terus terpadam dan hilang. Hahahaha. Bila jumpa sahaja rakan persekolahan, pergi ke tempat-tempat biasa lepak, tiada lagi istilah rindu ke tempat itu. Dan aku dah mula rasa.... inilah yang aku mahukan! Tersenyum dalam hati.

Hidup aku umpama baru bangun daripada mimpi sedih yang panjang. Walaupun aku tahu bahawa masa depan tidak menjamin keindahan, tetapi sekurang-kurangnya aku dapat keluar daripada fasa hidup yang memeritkan. Aku tahu masa depan tentu menjanjikan cabaran yang lebih besar, namun dapat keluar daripada kepompong yang melemaskan tentunya memberikan semangat yang lebih tinggi untuk menghadapi masa depan yang lebih getir.

Rumusan yang aku boleh buat tentang kehidupan 5 tahun setengah di sana adalah memeritkan. Tidak banyak kenangan yang indah untuk dikenang. Bila teringat, fikiran seolah-olah menolak untuk mengingati. Bahkan perkara yang aku minat di sana mula terasa pudar. Gambar-gambar sepanjang di sana kalau boleh mahu sahaja dipadam. Dan buat masa sekarang, ramalan aku bahawa kenangan zaman sekolah adalah yang terindah adalah tepat. Masih tiada lagi fasa-fasa kehidupan aku yang mampu lawan keindahan zaman sekolah.

Namun, setiap yang berlaku aku terima dan anggap ia satu proses pembelajaran kehidupan. Banyak perkara aku belajar sepanjang di sana. Kehidupan di sana membuatkan aku lebih banyak berfikir dan bertindak lebih rasional. Kehidupan di sana juga telah membekalkan aku satu pengalaman untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang. Bila ada kenangan pahit dan manis, barulah seimbang kehidupan kan.

Comments

Admin said…
wakk..
nanti dapat lak posting kat lipis, bru tahu.. haha ;p
ayisy said…
Hoho. Kalau dipostingkan kat sana, semoga kehidupan kat sana lebih baik daripada 5 tahun yg sudah berlalu. hehe

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???