Ilmu VS Material



Selalunya, bila kita menghadapi sesuatu yang kita tidak suka dalam jangka masa yang lama, pada penghujungnya kita akan mula menerima. Menerima realiti dan menghadapinya.

Namun, bila kita boleh menerima ia bukanlah petanda bahawa hidup kita tiada masalah. Masih ada jauh di sudut hati rasa kecewa yang sukar hilang. Semangat dan motivasi masih belum muncul. Ketika rakan sekeliling mula membina jati diri seorang guru, aku masih lagi mengekalkan 'lifestyle' sendiri. Masih lagi menolak beberapa perkara berkaitan perguruan. Masih lagi bermimpi yang aku bukanlah bakal seorang guru.

Kadang-kadang kan, terfikir. Apa sebenarnya tujuan utama kita belajar? Mencari ilmu? Untuk masa depan? Untuk penghormatan? Adakah ilmu adalah satu-satunya jalan untuk memperbaiki diri? Kita sering disogokkan dengan falsafah yang menceritakan keluarga miskin mendidik anaknya supaya belajar rajin-rajin agar dapat mengubah nasib keluarga. Ilmu diangkat sebagai satu-satunya benda yang mampu mengubah hidup. Dan kita menerimanya.

Teringat ketika zaman sekolah dulu. Seorang senior berbangsa Cina pernah berkata, "Dalam dunia ini yang paling penting adalah duit". "Duit adalah segala-galanya". Tersentap bila dengar. Maklumlah ketika itu sikap materialistik dianggap salah dan berdosa.

Tapi sekarang, aku dah mula beranggapan memang duit adalah segala-galanya. Kenapa? Meh aku cerita. Mungkin apa yang aku katakan tidak matang dan tidak rasional. Tapi tolak tepi dahulu.

Aku belajar dari tadika sampailah sekarang, hampir 18 tahun. Usia sudah menunjukkan angka 23 tahun. Namun, apa yang aku ada sekarang? Hanyalah sebuah motosikal. Bukan tidak bersyukur. Cuma pada pandangan aku, ketika umur 23 tahun sepatutnya pencapaian diri aku lebih daripada itu. Mungkin aku selalu membandingkan diri dengan rakan lain. Ketika rakan lain sudah berkenderaan sendiri dan melangsungkan perkahwinan, aku? Tak ada apa-apa. 

Selain itu, pengalaman aku bergaul dengan orang yang berpendidikan, aku rasakan yang sesetengah mereka ini semakin tidak rasional. Sikap mereka tidak menunjukkan bahawa yang ilmu itu adalah kunci atau tanda kematangan seseorang manusia. Justeru, ia telah mengubah pemikiran aku bahawa ilmu bukanlah satu-satunya alat untuk menjadikan diri kita manusia yang berguna.

Seterusnya, ceh. Macam esei SPM. Ok, bayangkan. Kita belajar dari kecil, sampailah peringkat tinggi. Kemudian kita bekerja. Bila bekerja, beli itu beli ini mestilah sedikit sebanyak berhutang. Tempoh bayaran pula 5-10 tahun. Gila. Duit gaji yang tinggal cukup-cukup makan sahaja. Jadi, belajar tinggi macam mana pun, kerja sedap macam mana pun tapi hidup penuh hutang apa maknanya? 

Selalunya, bila kita berada di luar. Orang yang berjaya selalunya dipandang berdasarkan apa yang dia ada. Anda ada sebuah Ferrari? Orang akan kagum dan tak akan tanya apa status pendidikan atau pangkat yang anda ada. Anda hebat dan ada pangkat macam mana pun dalam sesuatu organisasi, orang tak pandang dan tak tahu. Nampak kejam kan? Nampak keduniaan. Tapi itulah realiti dan apa yang aku rasa. Contohnya, walaupun aku sekarang belajar di IPG dan bakal seorang guru, bila naik motor kecik di jalan raya. Peh! Bangla pun berani sound dan buat muka kerek. Terasa kerdil je.

Akhir sekali, persoalan ini masih dalam pemikiran aku. Mungkin banyak perkara aku perlu belajar dan kutip pengalaman. Apapun masalah yang membelenggu diri kita, kita kena patah balik dan kembali kepada Tuhan. Perancangan dariNya adalah yang terbaik untuk diri kita.

Apapun, sekarang ni banyak perkara bahagia datang dalam hidup aku. ahahahaha!

Comments

Anonymous said…
Kita susah nak nampai nilai sesuatu tu jika kita relatifkan pada jumlah duit. Tapi kalau kita relatifkan pada masa, baru terasa mahal dan perit.

eg: seorang lelaki dengan gaji RM2000 sebulan.

motosikal ex5 = 2 bulan gaji
kereta RM40k = 20 bulan gaji
rumah 400k = 200 bulan gaji
dan seterusnya. never ending...
Admin said…
masa kecik2 kita solat krna terpaksa,
takut mak aabah marah..

tapi bila semakin membesar,
kita akan ikhlas bila kita tahu yg itu adalah tanggungjawab (:

Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???