Hidup Yang Bosan

Zaman belum jumpa erti bosan

Life semakin lama semakin membosankan. Semakin umur meningkat, semakin bosan. Ditambah lagi life praktikum yang sudah menjangkau dua bulan lebih.

Perkara seronok yang selalu dilakukan pun terasa mula bosan. Tak ada mood. Event banyak tak terjoin sebab sibuk dan hati tak senang.

Ditambah lagi bila member pun makin sibuk dengan life masing-masing. Yang study, yang kerja, yang sudah kahwin dan yang sudah ada makwe. Makin la sibuk. Nak jumpa pun semakin susah. Masa sekolah rendah, setiap hari berjumpa dan bermain. Sekolah menengah, setiap hari berjumpa dan sekali sekala bermain. Sekarang, dalam satu semester entah berapa kali sahaja jumpa.

Memang bosan. Gila bosan. Tak sabar nak habiskan praktikum. Harap bila habis study ni, life boleh kembali seperti 5-6 tahun lalu. Kalau boleh la walaupun sedikit.

Comments

Admin said…
praktikum ikut tmpat,
ada yang best, ada yang tak best :)
ayisy said…
Tempat praktikum III best walaupun tension. haha

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???