Saturday, 12 November 2011

Kebebasan Atau Jaminan?

Bila menunggang, kita bebas memilih hala tuju yang kita ingini.

Minat menjadikan hidup kita lebih bermotivasi. Minat menjadikan hidup kita lebih kuat menghadapinya. Bila kita menjalani kehidupan yang kita minat, kita akan lebih positif dan lebih terancang. Lebih jelas apakah yang kita mahukan pada masa akan datang.

Tapi bagaimana pula jika kita melalui kehidupan yang kita tidak minat dan terperangkap ke dalamnya? Musnah segala angan-angan, cita-cita dan impian. Ingin berpatah balik adalah mustahil. Yang ada hanya keterpaksaan dalam menempuh hidup. Perit dan jenuh dalam mengharungi segala kepayahan dalam kehidupan yang kita tidak minat.

Kadang-kala kita cuba lari dari masalah ini. Cuba keluar dan mencari keseronokan di dunia luar. Ianya berhasil namun bersifat sementara. Terfikir dan mencari...apakah jalan penyelesaian. Bila kita terhimpit dengan masa depan yang telah tetap dan sempit, sukar mencari ruang dan mencari peluang lain untuk memperbaikinya. Bila terperangkap, memang tidak boleh keluar. Walaupun diberi pelbagai kemudahan dan kesenangan, ia tidak menjamin kehidupan yang menggembirakan.

Ada satu aku nak pesan, hati-hati bila termakan budi. Sebab orang kita suka mengungkit bila menabur budi. Kadang-kala juga orang lain yang menabur budi, orang lain yang tiada kena mengena mengungkitnya. Seronok bila orang berbudi, tetapi perit bila dia mengungkit. Sama juga bila ada pihak yang membantu kita, yang pasti ada balasan yang perlu kita beri. Jika tidak, bencana yang menimpa. Itulah realiti zaman sekarang, sukar mencari pihak yang betul-betul ikhlas menabur budi. No money no talk. Termakan budi, hidup seperti lembu dicucuk hidung.

Berbanding rakan lain di luar, walaupun hidup mereka belum terjamin dan tidak pasti, mereka masih bebas menentukan apa yang mereka mahu. Mereka tidak terikat. Mereka boleh merancang dan mengubah apa yang sesuai dengan diri mereka. Mereka masih boleh membina cita-cita setinggi langit. Mereka boleh merancang pelbagai plan kehidupan. Mereka boleh mengubah apa yang mereka mahukan.

Sebab tu aku suka menunggang motor. Bila kita menunggang, kita bebas ke mana sahaja. Kita bebas memilih arah tuju yang kita suka. Kita bebas membuat pilihan arah mana kita mahu. Lambat atau cepat kita yang tentukan. Jauh atau dekat kita juga yang tentukan. Tidak seperti menaiki kenderaan awam atau menumpang orang, kita kena ikut apa yang mereka sediakan.

Hidup senang tidak bererti gembira dan hidup susah tidak bererti duka.


3 comments:

Afzainizam said...

payah juga kalau termakan budi nak kata macam kena ikat lahhh lagi-lagi kalau dah ungkit budi tu....


yupppp lagi best naik motor kan bebas kemana ajerrr

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy hydro fuel system kereta

ahsfantasy24 said...

Setuju tentang budi tu,
sakit sangat bila orang suka mengungkit.
:(

1. Bila Gaduh, Kawan Juga Yang Dicari
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !

Afzainizam said...

Kata orang tua-tua, "Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati". Dalam budaya kita, budi adalah perkara besarkan? Kita dididik dan diajar bagaimana mengenang budi dan tahu membalas budi. Bak kata pepatah, "Orang berbudi kita berbahasa" kan?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
Convert Enjin Daihatsu YRV