Bandar-Bandar 'Best' Di Malaysia.


Asyik sembang pasal port koner dan pantai jek. Jadi kali ni aku sembang pasal ride ke bandar-bandar utama di Malaysia. Hampir kesemua ibu negeri dan bandar utama di Malaysia sudah dijejaki. Selalunya tujuan aku ke bandar ni ialah untuk shopping, usha barang, melihat kehidupan bandar, jumpa rakan-rakan, cari barang motor (ahahaha!) dan sebagainya. Jadi, banyak-banyak bandar di Malaysia ni, yang mana paling heaven dan havoc pada pandangan aku?

1. Bandaraya Melaka, Melaka.
Yeh! Kenapa Melaka? Bagi aku, di Melaka semua ada. Jalan senang, pemandangan cun, seni bina bangunan klasik dan tradisional, tempat shopping berlambak dan kena dengan taste aku, makanan best dan tak terlalu 'jam' jalannya. Senang cerita kalau pergi memang puas hati dan tak bosan-bosan.


Naik Menara Taming Sari, boleh lihat hampir seluruh bandar Melaka.

Dulu ada Eye On Melaka... Dulu la.

2. Batu Pahat, Johor.
Hurmmm... Errr... Hahaha... My hometown :P

3. Penang.
Err... Tak tau mana satu bandar yang best. Semua best lah. Hahaha... Bukit Mertajam, Bayan Lepas, George Town, Balik Pulau... Errr... Aku tak tau nak bezakan daerahnya. Haha! Aku pusing semua satu pulau. Semua best! Sini memang syurga peminat motor dan kaki leper. Style! Penang memang hidup dan havoc dengan dunia motor. Roundabout pun kaki-kaki motor sana jadikan port meleper. Pantai-pantai cantik dan bersih. Makanan? Anda boleh cuba nasi bariyani Kapitan atau lepak warong tepi pantai. Fuh! Macam kat Miami. Hahaha!

Queensbay


4. Kuala Lumpur.
Di sini semua ada dan lengkap. Cakap nak apa. Segala-galanya ada. Malas cerita. Cuma yang menjadikan ia jatuh ke tangga keempat ialah kerana jalannya. Heh! Masa banyak dihabiskan di atas jalan. So, agak kurang efektif jika berjalan di sini. Kecuali ada sahabat yang mahir menemani anda. Kalau nak cepat boleh naik komuter atau LRT. Tapi aku ni jenis lebih suka naik kenderaan sendiri. Dan, terlalu sesak. Nak makan kat fastfood pun beratur panjang. Satu lagi, sini kadar jenayah tinggi. Perasaan risau kena paw atau rompak sentiasa berlegar. Member dah kena. Adehhh... Tak tenang.

5. Johor Bahru, Johor.
Sini yang best ialah fesyen. Nak cari baju, kasut, jam tangan memang kat sini. Semua up to date. Boleh tengok Singapura dari jauh. Danga Bay? Ok la. Barang motor? Ok jugak. Senang cerita ok la. Tapi orang kata di JB ni barang mahal. Hurmm... Tak pasti la pula.

6. Kuantan, Pahang.
Yang best di Kuantan ialah pantainya. Pantai lagi. Haha. Contohnya Teluk Cempedak. Sini memang meriah. Di tepi sungai Kuantan ada waterfront dan bazar-bazar kecil. Malam-malam lepak sini memang best!

7. Ipoh, Perak.
Bandar Ipoh ni terletak di antara gunung-gunung (banjaran). Panorama dia memang cool. Suasana bandar Ipoh ni bagi aku lain sikit berbanding tempat lain di Malaysia. Semacam. Haha... Mungkin faktor geografi, sejarah dan penduduk. Dan tak terlalu panas. :)



Dikelilingi gunung-ganang. Superb!


8. Genting Highland, Pahang.
Boleh dikategorikan sebagai bandar di atas puncak gunung. Peewww! Kalau korang drive/ride di lebuhraya Karak, anda boleh lihat bangunan-bangunan tinggi di puncak gunung. Itulah Genting Highland! Memang bila pandang, ish.. gila apa ada bangunan macam tu kat puncak gunung. Di sini macam-macam ada. Taman tema, shopping complex, kedai makan dan track yang lazat untuk diratah. Hahaha!

9. Kota Kinabalu, Sabah.
Aku pergi masa tingkatan 4 dulu. Naik kapal terbang la, bukan naik motor. Best dan banyak tempat untuk kita shopping. Aku suka dengar loghat Sabah. Haha. Orang sana pun friendly. :) Makanan murah terutama seafood. Pantai pun cun. Kalau perempuan, boleh shopping mutiara dengar harga yang murah.

10. Senggarang, Johor.
Haaa? Kat mana tu? Tak pernah dengar pun? Kah3!

ps: Aku cuma belum sampai ke Perlis dan Sarawak. Hurmmm... Bilalah nak tertunai... (X_X)v

Comments

atikah said…
kalau saya kota kinabalu adalah tangga pertama.. esprit tepi jalan je.. cool gila..
JB barang mahal?.. tak pandai cari port tu..
Afzainizam said…
Perrgghhhh kira hebat gak ko semua banr dalam Malaysia ko dah jajah yerrr

jauh perjalanan luas pandangan beb....


Sapa kata JB barang mahal? aku rasa boleh cari barang yang Save budjet kat sini tau...

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
wiper silikon dan wiper kereta biasa
ayisy said…
si Bulat... Orang yang kata barang kat sana mahal. Tapi tak pernah pulak rasa mahal. Sama jek. HUhu...

Afzainizam... Bila dah pergi semua tempat, terasa Malaysia ni kecik jek. Huhu...
ishiko said…
kemain mengelilingi negeri an..
ayisy xaci skip part batu pht joho, ce citer ada apa best kt stu
cepatt..
ayisy said…
ishiko... Huhu... Masa belajar ni la nak pusing tempat org. Batu Pahat biasa2 jek. Tapi tempat sendiri kan, mst la rasa best sbb dari kecik duk situ. Hahaha..
nazira said…
Lupe nk letak ni.. bandar kuala terengganu bez gk.. hu3

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/
Afzainizam said…
Elok pusing -pusing round satu Malaysia.... aku rasa satu-satu bandar yang agak berlainan dari tempat lain adalah Kota Bahru kelantan suasana nya unik beb...

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
tip cara mudah bersihkan seat kereta
Nazz@Purple said…
naz prnah tnya member org melaka..melaka tmpat best pe..dia jwp..melaka mene de pape yg menarik..boleh plak cm tu..membantutkan hasrat nak pi..tp bila pgi..erm best gak kan..
Along Fina said…
ko memang dh menjelajah seluruh Malaysia eh... hahaha

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???