Thursday, 8 September 2011

4 Tahun Kehidupan~

2006~

Lama dah tak menulis. Kehidupan bertambah sibuk. Bukan hanya sibuk dengan pelajaran dan praktikum tetapi sibuk dengan kehidupan yang menggembirakan. Alhamdulillah, kehidupan aku semakin bertambah baik. Tiada lagi hidup macam orang mati kutu. Tiada lagi kebosanan melampau dan rasa jauh.

4 tahun. Bukanlah satu jangka masa yang singkat. Awalnya, memang gila la. Dengan tak biasa dengan kehidupan baru. Sebenarnya, hidup di kawasan pedalaman bukanlah satu masalah untuk kita tidak gembira dengan hidup. Yang penting kena pandai cari dan sesuaikan diri. Dan ianya mengambil masa.

Sekarang, aku rasa selesa. Selesa dengan kehidupan di sini. Walau serba kekurangan, tapi apa ada hal. Motor ada, jelajahlah tempat orang! Cari kawan yang seminat dan sekepala, komfem meriah.

Dulu aku pernah cabar diri aku. Adakah aku akan rindukan Kuala Lipis dan IPG bila aku keluar dar tempat ini. Dan sekarang, aku dapat rasa yang mungkin aku akan rindu saat-saat manis ketika di sini bila dah keluar nanti. Satu lagi, kalau dulu aku malu nak jawab bila orang tanya belajar di mana, IPG mana dan sebagainya. Tapi sekarang, perasaan malu tu macam dah tak ada. Bangga :)


Now~

4 tahun di sini, kehidupan aku memang berbeza berbanding dengan ketika zaman sekolah. Berbeza 360 darjah yang aku sendiri tidak sangka. Aku tak sangka aku akan main motor secara tegar, gian main koner dan touring. Tak sangka pergi sekolah dan mengajar murid. Tak sangka tempat-tempat macam Fraser Hill, Bukit Tinggi, Genting Highland, Highway Karak dan Cameron Highland jadi tempat permainan aku. Sampai aku rasa kalau pergi Genting tu macam pergi shopping kat BP dari rumah jek. Dulu masa sekolah bila terfikir Genting Highland, memang mimpilah nak pergi.

Sekarang, tinggal hanya setahun. Mungkin selepas ini ada lagi kehidupan baru yang bakal mengubah apa yang aku alami sekarang. Yang penting, kena bersedia!


4 comments:

ishiko said...

hmmm... betul3x.. tapi noob betul sy xsampai2 lagi genting nih..
asyek xjd je nk pg

ayisy said...

ishiko...Ada masa cuba la naik Genting. :) Mmg puas hati. Huhu

Afzainizam said...

Pejam celik dah tinggal setahun ajerrr.... mmg cepat masa berlalu... so kena gunakan sebaik-baiknya masa 1 tahun ni

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda

ahsfantasy24 said...

Kehidupan semakin berubah :)