Ilmu Susah



Masih aku ingat ucapan Pengetua ketika sekolah dahulu, ilmu yang paling berharga ialah ilmu susah (hidup susah). Alhamdulillah, ketika itu aku sudah boleh memahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Tetapi ketika itu aku belum betul-betul faham dan merasai apakah yang dikatakan hidup susah.

Sekarang, aku sedang melalui kehidupan yang susah. Bukanlah susah kerana kesempitan wang. Dan bukanlah susah kerana ditinggalkan kekasih yang kita sayang. Yang membuatkan aku berasa susah adalah kerana aku sedang menempuh kehidupan di tempat yang begitu asing dan jauh. Menempuh kehidupan yang memerlukan aku sentiasa memperbaiki dan menyesuaikan diri. Menempuh kehidupan yang memerlukan aku sentiasa melawan perasaan takut, gementar, gelisah dan kekecewaan. Menempuh kehidupan yang memaksa aku melakukan apa yang aku tidak minat. Menempuh kehidupan yang membuatkan aku sentiasa berfikir dan mencari kebahagiaan. Dan, menempuh kehidupan di tempat yang serba kekurangan dan sunyi.



Praktikum 1st semester lepas di kawasan pedalaman. Memang survivor gila. Tapi ni baru tahap pra-pedalaman. Belum P1, P2, P3....!!!!! Tapi pengalaman di sini memang best.

Bila kita hidup di tempat yang boleh membuatkan kita berasa putus asa dan lemah. Kita akan mula mencari. Mencari sumber kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang. Ketika inilah kita belajar. Belajar bagaimana untuk menghadapi kesusahan demi kesusahan. Belajar mencari penyelesaian terhadap masalah yang membelenggu kita. Sebab itu sering kita dengar setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Kesenangan begitu terasa apabila kita dapat keluar daripada kehidupan yang susah. Ketika itulah kita kenal erti syukur. Ketika itulah kita kenal erti menghargai. Bila aku menjejakkan kaki di tempat sendiri, terasa begitu bertuahnya aku dilahirkan di sini dan diberi kesempatan menikmati kesenangan serta keseronokan. Bila kita dalam keadaan senang dan gembira, hati kita pasti akan teringat kesusahan yang pernah kita lalui.

Kadang-kala bila aku pulang ke tempat sendiri menikmati segala kegembiraan dan kesenangan, aku pasti terfikir dan teringat akan kesusahan di tempat belajar. Selalunya, sebelum pulang ke tempat belajar pasti aku akan menikmati sepuas-puasnya berada di tempat sendiri. Menikmati setiap detik dengan penuh kesyukuran. Menghirup sepuasnya udara ketenangan. Merasa sepuasnya juadah tempatan. Berhibur sepuas-puasnya apa yang tiada di tempat belajar.

Ilmu susah. Nikmatilah!

Comments

Admin said…
Pengalaman tu cukup beharga!
:)
puterahangjebat said…
aur gading, chegar perah, terbaik bro.. hdp dlm alam flora fauna
fiDooo said…
pengalaman bukan semua dpt rase bro...
mungkin dalam diri ko tibe2 ade perasaan insaf melihat keindahan alam...
darpada kmodenan yg memusnahkan diri.
ayisy said…
ahsfantasy... Dan untuk dkenang bila kita sudah bergelar guru.

chegu24... Memang terbaik. Burger murahhh!!!

fidoo0... Keindahan alam dan kesunyian bagi aku berbeza. Tempat aku ni boleh la nak kata indah dari segi alam. Tp kesunyian dan jauh dari arus manusia membuatkan kita mcm tidak berkembang. Kemodenan mmg boleh memusnahkan diri. Tetapi hari ni berapa ramai anak2 kampung hanyut dgn dunia negatif mereka....
Afzainizam said…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip Pemeriksaan servis kereta

BERSENANG DAHULU BERSUSAH KEMUDIANNN...

JANGAN LERR

BIARLAH BERAKIT KEHULU BERENANG KETEPIAN...

KESUSAHAN MENGAJAR KITA ERTI KESABARAN DAN KETABAHAN
Afzainizam said…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip servis motorsikal kupcai scooter

eeemmmm kesukaran bukan suatu yang tak baik... ianya sebagai perkara mematangkan dan mendewasakan kita... Insya Allah kita boleh tempuh halangan yang ade

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???