PBS Di Batu Pahat, Johor. Part 1.


Semasa dalam perjalanan di Muadzam Shah, Pahang.

Emm.. Semakin hari semakin berkarat blog aku. Banyak sangat program awal tahun ni. Sekarang aku tengah buat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dengan member di Batu Pahat. Aku nak cerita kisah perjalanan aku dan member sepanjang minggu ni.

Sabtu lepas, aku bawak motor sorang diikuti dua buah kereta. Kali ni aku lalu jalan dalam dan tidak ikut highway. Bermula dari Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Tasik Bera, Muadzam Shah, Segamat, Yong Peng dan kemudian ke Batu Pahat. Jalan yang dilalui adalah jalan kampung dan ladang kelapa sawit. Memang agak cuak la lalu jalan tuh. Dua kali aku sesak nafas akibat minyak hampir kering. Stesen minyak memang takder, ladang kelapa sawit jek. Kalau mati tengah jalan nak isi minyak guna apa? Minyak kelapa sawit? Hahaha.

Sepanjang perjalanan kerja aku memang cucuk kereta jek. Korang bayangkan motor race dengan kereta. Tak ke semput aku nak kejar? Hehe. Sampai jek Segamat baru rasa lega. Singgah makan jap di Segamat. Memang terbaik! Tapi nama warong aku lupa daa. Hahaha. Sampai Batu Pahat dalam pukul 9 malam. Welcome to rumah atok aku! Hehe.

Lepas baru sampai di rumah atok aku.

Esoknya sebelum kami membuat PBS, aku bawa dulu diaorang jalan-jalan. Mula-mula kami pergi terjah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn di Batu Pahat. Lawatan tak rasmi ni memang tak boleh blah. Masuk dengan selamber tetapi ditahan Pak Guard. Setelah menunjukkan kad matrik IPG kami, baru kami dibenarkan masuk. Hehehe. Sori la budak IPTHO ehh. Ekekeke. Lepas tu shopping-shopping dan makan-makan.

Lawatan tak rasmi ke IPGTHO

Membeli kemudian blah!

Hari pertama dan kedua, kami jalan-jalan di pantai berdekatan kampung. Ambil angin, makan-makan. Bergambaran di BP Walk dan Dataran Penggaram. Sekarang hari ketiga. Petang ni nak pergi Melaka pula. Weh! Ni PBS ke jalan-jalan cari makan? Hak3!

Makan di Tasik Y. ABC di sini memang terbaik!

Lepak di Pantai Punggur.

Comments

DiLLaRY said…
same la kite pbs kt batu pahat gak...dh org bp...blk2 kt cni gak la..ajk mmbr2 gak..huhuuhu~
Amirah Rashid said…
ramai kwn laki
bak sini sorg
bhahahaha
gurau jee :D
hans said…
seronoknya ramai2
Azie said…
wa~~~~kagum r tgk gate iptho..
ayisy said…
DiLLaRY,huhu, BP kat mana? Ni kali kedua saya PBS kat Johor.

Amirah Rashid, hahaha.. Kawan perempuan takder sebab ni nak duduk kampung dan buat PBS di sekolah. :)

hans, mmg seronok ramai2. Jalan jauh tak terasa.

A+z+i+E = AziE , memang smart pintu gerbang IPTHO. Canggih gak lah. huhu
hans said…
bila nak bawa aku makan mee hailam nih?
hahaha
ayisy said…
hans, heheh. kalau ada peluang jumpa insyaallah aku belanja. :)
amalina wahida said…
wo! penduduk kuala lipis dah pergi IPTHO. bagus!
ayisy said…
amlina wahida, hehehe. Tapi sy bukan penduduk Lipis, sy org B.Pahat. Klu cuti mmg selalu lalu IPTHO. :)
Boy Ipoh said…
AKum

tumpa lalu dan tanya

aku tgk mencari jln ni. Depa kata di Yong Peng / Kota tinggi. Perasan tak? Dia menurun bukit ada 5 slob. Kami nak explore jln ni. nampak menarik
ayisy said…
Boy, bro cari jalan kat dalam gambar tu ke? Dlm gambar tu jalan area Muadzam Shah sebelum sampai Segamat. Kalau jalan Yong Peng, lepas Segamat pergi ke Labis, Chaah kemudian baru sampai Yong Peng. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???