Minyak Rambut Dan Lelaki.

Minyak Bon! Bau Memang Sedap lah. Tapi kalau versi lama punyer lagi sedap. Ehehehe.

Nak cerita pasal minyak rambut plak lah. Maklumlah, dah duduk kampus jarang jalan-jalan. Jadi tak dapatlah nak update cerita pasal tempat perlancongan, tempat makan-makan atau tempat lepak-lepak. Kalau korang perhatikan entry semasa aku bercuti di rumah banyak pasal travel dan shopping. Masuk kampus jek dah takder. Hehe..

Minyak rambut memang tak dapat dipisahkan dengan budak lelaki. Orang Jawa kata Bocah Lanang gitu. Aku tak pasti sejak bila aku pakai minyak rambut. Yang penting masa sekolah rendah dah pakai lah. Zaman tu tengah giler Brylcreem warna merah dan hijau. Code 10 pun boleh blah gak lah. Masa mula-mula pakai tu pakai yang jenis krim punyer. Kecik-kecik lagi belum sunat dah pandai melaram buat rambut fesyen ada jambul seto'et (kecik). Hahaha..

Brylcreem Bentuk Ubat Gigi.

Masuk sekolah menengah dah pandai pakai jenis gel. Pakai gel memang keras la rambut lu. Tapi aku pakai bukan sebab nak bagi pacak rambut. Bagi dia maintain cute jek. Haha. Aku dari kecik sampai sekarang tak pernah buat rambut stailo-stailo seh. Siyes! Hehe. Pastu ada sekali tu zaman Brylcreem buat gel rambut dalam bekas macam ubat gigi. Mahal gak gel botol ubat gigi tuh. Aku pakai jenis tu sampai form 5.

Masuk IPGM, ada duit sendiri aku mula pakai wax jenama Gatsby. Zaman sekolah dah ada benda alah ni tapi tak mampu beli. Sebotol dalam RM15. Aku suka pakai wax sebab tak melekit dan berminyak. Cuma rambut jadi kesat jek dan perlu syampu untuk membersihkannya. Pastu tengok ada wax spray aku bantai beli. Senang pakai spray sebab malas nak pegang wax yang kesat tuh. Hahaha. Tapi masuk tahun 2009 aku stop pakai apa-apa produk rambut. Sebabnya malas, tak suka rambut berbau wangi yang menusuk dan malas basuh tangan. Selamber jek pergi kuliah rambut tak berminyak/wax. Ok jek aku tengok.

Selain tu aku ada gak pakai Leave On Sunsilk. Senang pakai dan rambut cool jek. Tapi disebabkan pagi-pagi aku nak cepat dan pergi kuliah bawak motor, tak guna aku pakai semua tuh. Sebab tu sampai sekarang dah dekat setahun aku stop pakai produk rambut. Aku cuma syampu jek.

Gatsby Wax. Ya! Sapukan lilin ini di rambut anda untuk gaya ala Japanese.

Aku suka tengok botol dia. Cun!


Oh yer, kecik-kecik dulu femes pakai minyak Tancho dengan Bon kan? Hehe. Tapi bau dia peh! Bau paeng siyal! Apa pun, tak kira la jenama minyak rambut apa aku pakai, style rambut aku tetap sama sejak kecil. Belah tepi jek. Wakakaka!

Comments

Nadiene said…
wah! ko kate nak cari minyak zaitun? dah jumpew?
ayisy said…
eyriqazz, huhu.. brylcreem mmg byk org pakai. kedai selalu mmg jual brylcreem. :)

fid, hahaha. mana ada. aku cari minyak Bon. Dah jumpa kat Sejati. Hak3!
abangfaizul said…
huhu... minyak bon? aku pakai mase sekolah menengah. tu pun cilok member punye kat asrama, sebab nak ade janggut nyer pasal.. hahaa.. bau minyak gris da...
ayisy said…
sayalahfaizul, huhuhu. minyak bon mmg femes zaman sekolah. skrg pyh nak cari. aku ada satu tu pun terjumpa kat supermarket. beli terus.
Ko pakai Ke minyak rambut Bon...
Bau macam minyak gris kete tamiya do..
Kalau boleh aku x nak minyak rambut bon tu melekat kat rambut aku buat selama-lamanya..haha
ayisy said…
pejuang kesenian extreme, aku tak pakai kat rambut. Minyak rambut Bon tu aku beli konon nak lebatkan janggut. Tp tak lebat pun memanjang jek. Hak3!
Aleen Aiden said…
wah!minyak rambot rupenye de kegunaan len ek,melebatkan janggut.hu3 ;P
ayisy said…
aleen adela akoo, Minyak Bon tu kegunaannya utk melebatkan dan percepatkan pertumbuhan rambut. Tapi byk bdak2 laki yg guna utk lebatkan janggut. Keberkesanannya tak dapat dipastikan. Hahaha
Aleen Aiden said…
ha3.camtu ek?knape xtry letak kat kening ke..barula seksi..wi3 ;P
ayisy said…
aleen adela akoo, hahaha... kening lebat seksi ke? huhuhu...
midorimina said…
ayisy, tnya sket bleh? awk org jawa kew?
ayisy said…
misz_monique, Yup! Saya org Jawa. kenapa? huhu

Misz_monique sekolah kat K.Lipis eh? Sy belajar kat IPGM Tengku Ampuan Afzan. So kalau jumpa kat Lipis tegur2 lah. :)
midorimina said…
sama lah. kita pun org jawa. tapi x lah reti sngat ckap jawa. ayisy terer ke ckap jawa?

ha'ah. dkat SMK Clifford. Insya-allah nnti kita tegur klau jmpa. :)
ayisy said…
misz_monique, haaa??? misz_monique org Jawa gak ehh.. Org Pahang pun ada Jawa gak. Huhuhu..

Tahun 2008 saya ada pergi SMK Clifford. huhu
midorimina said…
mak misz orang jawa. jawa selangor. dduk lipis pasal ikut ayah keje sini. ayah misz polis dekat stesen KTMB Kuala Lipis.
ayisy said…
ohh.. patutlah. hehe.. saya Jawa tapi tak la boleh cakap Jawa sangat. Sikit2 jek boleh. :)
Anonymous said…
wey btolke minyak bon ni leh mempercepatkan pertumbuhan rmbut?...aq mmg tengah nk bela rmbut pnjang nih..
ayisy said…
entahlah... aku pakai kejap jek sbb tak thn lekit dan baunya. kesannya aku tak berapa nampak. Member kata mmg berkesan. Papepun, cuba dulu. hehe..
Anonymous said…
mana nk dapat yew minyak bon nih?
dah merata cari xjmpa2...
aku duk area KL...sapa2 tau?
or ade sapa2 baek ati leh tlg belikn?

-afif-
Anonymous said…
nak mencari minyak bon? visit this: http://www.facebook.com/profile.php?id=100002169211932
t said…
nak minyak bon cRM30 termasuk pos call or msg me 016 282 6268
nan said…
Nak cari mana minyak bon weh, aku benganglah, rambut punyalah lebat, tapi janggut ngan misai tak tumbuh2, aku duduk area shah alam, tolong sesiapa bagitau mana nak beli minyak bon
Unknown said…
salam, saya ade jual minyak bon just sms or call me 012 6605200 whatappas pun leh
aisoice said…
Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah elmu.

Gema Parfum
Minyak Wangi pria favorit.

----------

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...