Posts

Showing posts from 2010

Hai 2011!

Image
Assalamualaikum W.B.T Esok tahun 2011 akan menjelma. Jadi, apa target ko Ayisy? Target aku dalam bidang materialistik adalah: 1. Padding atau protector. (rm80-100) Okeh, benda ni boleh dikatakan wajib kepada rider yang suka main koner atau riding di kawasan pergunungan. 2. Helmet fullface. (rm300-400) Okeh, malang tidak berbau! Walaupun naik moped, tapi itu bukan masalah untuk berasa malu memakai helmet fullface. Risiko tetap sama! Jangan sampai orang lain sagat lutut, korang sagat dagu! 3. Kasut Supra Highcut atau sewaktu dengannya. (rm200-400) Nak beli boot riding mahal sangat. Jadi beli kasut highcut pun jadilah. Melindungi kaki semasa riding dan juga selesa semasa hangout. 4. Leather Jacket. (rm120) Hari tu jumpa jaket kulit kat BP. Tapi disebabkan aku dah banyak shopping, aku tangguhkan pembelian pada tahun hadapan. Huhu. Peh! Banyak betul target materialistik. Okeh, ni target dalam bidang dalaman. Haha.. Tiada ayat yang sesuai. 1. Nak jadi budak baik. (@_@). 2. Tak nak kutuk-kutu

Suka Duka Kehidupan Tahun 2010

Image
Assalamualaikum w.b.t Sudah berbulan aku tak update blog ini. Maaflah jika ada yang memberi komen atau mesej aku tak balas. Serius, dekat 3 bulan aku tak jenguk blog sendiri. Puncanya? Mungkin aku lebih memberi tumpuan kepada minat aku iaitu riding dan touring. Dan, kekecewaan aku selepas pihak advertising gagal memberi sebarang bayaran hasil dari blog ini. Ya! Mereka berhutang RM200++. Tapi tak apa, aku tak anggap aku gagal, bahkan aku masih memperoleh sesuatu melaluinya iaitu ILMU. Ilmu berkaitan internet dan tak kurang ilmu berkaitan perniagaan. Berharga bukan? Orang berjaya selalu berkata, Dare To Fail! Dan kegagalan ini sebenarnya membuka mata aku betapa pentingnya merancang kehidupan lebih-lebih lagi berkaitan merancang wang. Boleh aku katakan, selepas melanjutkan pelajaran aku agak boros dalam membelanjakan wang. Iyalah, baru dapat pegang duit banyak, semua benda nak beli. Tapi sejak kebelakangan ini, aku mula lebih berhati-hati dalam menguruskan wang. Rasa menyesal ada gak seba

Erti Raya Tahun Ini...

Image
Takder kerja ambil gambar kat tunggul. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sengal la ko Ayisy dah seminggu raya baru nak ucap. Haha... Takper-takper, bukan salah pun kan. Sudah lama tak update cerita baru. Maklumlah, kesibukan dan keseronokan untuk menyambut raya selama hampir 3 minggu. Raya tahun ini macam biasa, best dan happening. Berjumpa dengan insan-insan yang mungkin hanya setahun sekali berjumpa. Kalau tiada raya, mungkin hubungan kekeluargaan atau persahabatan boleh terputus. Masing-masing sibuk dengan tugas dan pelajaran. Nak jumpa masa cuti pun susah. Jadi, di Hari Raya lah peluang untuk berjumpa dan bertanya khabar saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Apabila sudah lama tidak berjumpa, macam-macam cerita keluar dan hendak dibualkan. Tak berhenti-henti nak kongsi. Huhu... Masing-masing sudah berubah. Paling syahdu, berjumpa dengan seorang cikgu aku yang boleh aku anggap antara terbaik sepanjang persekolahan. Last jumpa tahun 2007. Banyak kata-k

Helmet MS88 Review.

Image
Helmet MS88 Biru Jembalang Hantu Kalau korang rider atau penunggang motosikal di Malaysia, pasti korang tahu sejenis helmet yang diberi nama MS88. Ada orang cop ini helmet Mat Rempit. Lantak koranglah nak cop apa. Orang Malaysia memang suka macam tu, suka buat andaian tak tentu pasal. Nampak orang naik motor dicop Mat Rempit, nampak orang bawak BMW terus cop orang kaya padahal yang bawak tu entah-entah driver jek takpun pengedar barang harremm...! Huhuhu... Masa aku beli motor Yamaha 135LC, dapatlah free sebijik helmet MS88 ni. Tapi apa punya tokey kedailah bagi aku helmet MS88 warna biru dah tahu aku beli motor warna merah. Tak mecing! Tapi orang bagi bersyukur jek lah. Huhu. Sebelum ni, aku memang tak pandang helmet MS88 memandangkan helmet ni dicop helmet Mat Rempit. Dan satu lagi kualiti helmet ni aku rasa macam kureng sikit lagi-lagi bahagian padding/span di dalamnya. Nipis wooo... Sangat nipis sampai kalau pegang boleh rasa bahagian yang macam polisterin tu. Apa entah i

Modenas Dinamik dan CT110 Review.

Image
Gila lama aku tak update blog. Haha. Rasa malas dan tiada mood pula. Maklumlah, sibuk dengan School Based Experience di SK Clifford dan sibuk dengan hobi motor aku. Nak cerita sedikit tentang dunia motor ni. Hari tu, member aku ada minta pendapat untuk dia membeli sebuah motosikal. Dia bercadang untuk beli motor Modenas CT110. Memandangkan aku sebelum ni tak pernah ambil port pasal motor Modenas, so aku buat sedikit kajian pasal motor ni di forum-forum dan internet. Antara motor Modenas yang aku familiar contohnya macam Kriss, Jaguh, GT128 dan skuter Karisma memandangkan motor-motor ni popular dan ada member aku yang pakai. Lepas aku baca di forum-forum, barulah aku tahu sedikit sebanyak tentang Modenas. Mungkin ramai yang anggap Modenas hanya mengeluarkan motor biasa-biasa. Sebenarnya sebelum ini dan pada masa sekarang Modenas telah mengeluarkan beberapa motor yang berteknologi tinggi cuma mungkin kurang mendapat sambutan. Contohnya dulu Modenas telah mengeluarkan sebuah mot

Perasaan Aku Bila...

Image
Kehidupan baru aku selepas 2,3 tahun terjebak dengan dunia motor secara serius. :P Macam-macam perasaan timbul bila aku baca balik entry-entry lama dalam blog ini. Sampai aku rasa macam malu sangat-sangat. Rasa macam nak tutup sahaja blog ini. Bila aku belek entry lama, aku rasa macam budak-budak jek. Aku dapat rasakan yang dahulu semasa aku menulis entry, aku cuba masukkan unsur humor dan feel “happy go lucky”. Konon-kononnya lah. Tapi aku tak sedar gaya penulisan seperti itu memang sungguh kebudak-budakan. “Badan rasa geli bila baca entry lama”. Berbanding sekarang, aku sedar setiap kali aku tulis entry feel dalam kepala aku serius jek. Agak sukar nak buat sebuah entry yang bersifat happening. Mungkin gaya hidup aku dah berubah. Sejak setahun kebelakangan ini, banyak benda lama aku tinggalkan dan banyak benda baru aku cuba. Kadang-kala rasa macam tertanya-tanya kenapalah aku boleh terjebak dengan blog ni. Mungkin dulu-dulu perasaan ingin berkongsi pendapat, aku luahkan di blog

Kesibukan Yang Tak Pernah Hilang.

Image
Hidup ni kadang kala aku rasakan terlalu sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan duniawi. Macam-macam hal perlu dilakukan. Hidup seolah-olah menjadi robot. Aku terfikir, apa yang aku dapat dengan kesibukan yang dilalui setiap hari? Sibuk dengan study, presentation, tutorial, amali, kerja kursus, projek... Apa yang aku dapat? Memang ilmu yang aku dapat. Ilmu adalah harta yang paling berharga. Tapi, semua itu seolah-olah hanya dibuat untuk mendapat markah di kertas. Keluar result semester, melihat A berduyun kemudian tersenyum lalu disimpan kertas itu ke dalam fail. Hurmmm... Niat kena ubah ni... Melalui kehidupan yang dibelenggu dengan peraturan ciptaan manusia memang kadang-kala memeritkan. Terasa seperti peraturan itu tidak munasabah. Walaupun ianya dicipta untuk kebaikan kedua pihak namun aku tetap rasakan ia mengganggu hidup. Peraturan remeh-temeh dibuat dan ditokok tambah memberi kesan kehidupan terasa seperti kebudak-budakan. Mungkin aku belum nampak atau merasa nikmat daripada se

Program Motivasi Atau Motibasi?

Image
Haha.. Insap..insap... Zaman sekolah dulu memang dah biasalah dengar perkataan Program Motivasi. Program Motivasi UPSR, PMR, SPM dan macam-macam lagilah. Apa sebenarnya tujuan program sebegini diadakan? Menyedarkan pelajar? Meningkatkan keyakinan diri pelajar? Memberitahu hala tuju seorang pelajar? Mengurangkan masalah disiplin di sekolah? Hurmmm... Kalau nak cerita apa tujuannya memang banyak. Aku dari zaman sekolah rendah sampai menengah entah berapa kali kena masuk program motivasi. Sampai dah hafal apa isi kandungan dalam setiap program yang diadakan. Hahaha. Jika difikirkan secara positif, memang banyak kebaikan yang terdapat dalam program ini. Tetapi sejauh manakah keberkesanannya kepada pelajar? Aku berani kata pelajar hanya insaf selepas 2,3 hari mengikuti program motivasi. Lepas tu...habis. Jadi macam biasa balik. Haha. Tapikan mesti ada seorang dua yang betul-betul berubah dan bermotivasi secara kekal atau lama. Dan walaupun hanya seorang dua daripada berpuluh, beratus

Hip Hop. Suatu Kenangan Terindah Zaman Sekolah.

Image
Jika dilihat pada zaman sekarang, aku tak berapa nampak lagi kemeriahan anak-anak muda melakukan aktiviti bersifat budaya barat. Mungkin ada cuma aku tak nampak. Maksud di sini jika kita imbas 8 tahun dahulu, anak remaja sibuk dengan budaya Hip Hop, Skin Head, Punk, Grunge dan Reggae. Semasa aku menjejakkan kaki di sekolah menengah, aku mula mengetahui apa itu Hip Hop. Melihat abang-abang senior ke sekolah dengan baju dan seluar sedikit labuh, kasut Nike Air Force serta kadang kala membawa helmet untuk breakdance. Pergi ke kantin sekolah terpampang sebaris graffiti. Hebat! Di padang, pelajar berkumpul untuk melihat para pelajar ‘battle’ antara satu sama lain. Teruja aku ketika itu. Iyelah, dapat melihat gerak tari breakdance mereka tak ubah macam apa yang aku lihat di tv. Too Phat. Boleh aku katakan aku sedikit terpengaruh dengan budaya Hip Hop ni. Sedikit sebanyak aku tahu beberapa jenis nama gerak tari breakdance. Masa tu, kumpulan rap terkenal Malaysia, Too Phat memang hot. Lag

Hatiku Meronta!!! Yarrggghhh!

Image
Waaargggh! Muka terpaksa potong pasal sengal sangat mimik muka tuh. Hahaha... Muak. Sedar tak sedar dah dekat 2 bulan aku di kampus. Menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Mengisi masa dengan pelbagai aktiviti sehinggakan aku terlupa untuk menggembirakan hati sendiri. Oh... Baru aku sedar rupanya perasaan bosan dan muak dah mula menjelma. Jiwa meronta-ronta mahu pulang ke rumah. Aku rindukan life di Johor!!!! Agghhhh! Patutlah bila mengadap Facebook mula merapu bukan-bukan. Buka blog rasa bosan yang sangat. Keluar berjalan rasa seperti mencari sesuatu tetapi tidak jumpa. Hurm... Oh! Rupanya dah lama tak merasai suasana happening. Dah lama rasanya tidak ketawa gila-gila, berbual gila-gila, keluar berjalan gila-gila, makan gila-gila, shopping berpada-pada (ececeh)... dan banyak lagi gila lah. Hahaha... Apa puncanya? Rupanya dah lama tak jumpa kawan lama. Patutlah. Penyelesaian? Kau tunggu Ayisy..tunggu. Lagi 3 minggu kau balik. Bila kau balik, semua perasaan di atas hilang Ay

IPT Edu Ride. Masyuk!!!

Image
Huhu... Alhamdulillah, Sabtu lepas aku dapat menyertai satu ride yang disertai budak-budak IPT dari seluruh negara. Ride ke Cameron Highland yang menghimpunkan beberapa rider dari USM, UM, UTP, UTeM, IPG Pahang dan IPG Perlis berlangsung dengan jayanya. Oh, mengapakah gaya aku menulis seperti menulis laporan rasmi? Haha... Aku bergerak bersama 2 orang member dari IPG menuju ke Cameron Hignland melalui jalan baru iaitu Koyan-Cameron Highland. Jalan memang terbaik! Memang nikmat lalu jalan situ. Jalan yang lebar, koner besar, kereta kurang ditambah lagi dengan pemandangan Banjaran Titiwangsa memang membuatkan korang tersenyum sepanjang ride. Disebabkan jalan yang masyuk, perjalanan dari IPG ke Cameron Highland hanya mengambil masa 1 jam 30 minit. Oh yer, pastikan jika ingin melalui jalan tersebut, minyak diisi dengan penuh. Sepanjang jalan itu tiada pekan mahupun stesen minyak. Yang ada hanyalah hutan yang menghijau dan jalan yang super duper best! Jalan yang terbaik! Selepas sampai di

Bila Lapar.

Image
Bila lapar, kena makan. Bila makan, kena bayar. Bila bayar, duit keluar. Duit keluar, simpanan makin sikit. Simpanan makin sikit, emosi jadi sakit. Huh! Aku nak tanya korang, sehari berapa kali makan? Sehari habis berapa ringgit untuk makan? Aku semenjak masuk IPG ni, selalu rasa lapar. Nak makan jek kerjanya. Pagi makan, tengah hari makan, pukul 2.00 petang makan, pukul 5.00 petang makan lepas tu makan malam kemudian kunyah coklat/cekedis malam-malam buta. Kalau aku lapar mesti kena makan kalau tak mood asyik macam nak ngamuk. Hahaha.. Disebabkan aku kuat makan, setiap hari aku habis diantara RM10.00- 15.00 hanya untuk makan! Wow! Macam orang obesiti bunyinya. Ditambah lagi keadaan di mana makanan kat Kuala Lipis mahal. Mana tahan kan tiap-tiap hari duit habis banyak untuk makan. Aku makan bukan sebab nafsu semata-mata, tapi perut lapar sangat. Hurmm... Kalaulah sepinggan nasi+lauk hanya RM2.00, air RM0.50 dan roti RM0.20, mesti sehari tak sampai RM10 habis. Haha.. Itu 20 tahun du

G-Shock GW-S5600. Jam Bertali Carbon Fiber!

Image
Casio G-Shock GW-S5600 Nak beli! Tapi tak rela duit dilepaskan... Itulah penangan jam keluaran terbaru Casio, G-Shock GW-S5600. Sekali pandang, tak nampak keunikan yang terdapat pada jam ni melainkan seutas jam G-Shock berbentuk klasik dengan sedikit hiasan. Tetapi setelah diteliti betul-betul, jam ini menggunakan tali yang diperbuat daripada carbon fiber! Peh! Bila sebut tali carbon fiber , apa yang boleh diharapkan adalah tali ini takkan putus. Jadi ianya memberi ketenangan emosi dan mental korang selepas memiliki jam ini. Tak payah runsing pening kepala bagai sebab takut tali jam putus. Selalunya, jam tali getah akan putus selepas lama digunakan. Selain itu, apa yang aku faham adalah selain daripada tali, bahagian lain seperti spring bar, buckle dan band ring juga disaluti carbon fiber. Terbaik! Lihat talinya. Di dalam terdapat carbon fiber yang mengukuhkan tali. Gambar diambil dari seiyajapan.com Yang menjadikan jam ni bertambah cool adalah teknologi yang terdapat padanya. Menggu

Naik Motosikal Memang Terbaik!

Image
Haha! Ada orang cakap gila. Ada orang cakap enjin meletup. Ada orang cakap tak penat ke? Ada orang kata boleh ke? Ada orang kata sakit punggung woo...! Itulah ungkapan apabila seseorang bertanya kepadaku “Naik apa balik kampung/kampus?”. Lalu aku menjawab “Naik motor kapcai”. Meh sini aku cakap, korang kalau naik motor Honda C70 dari Johor ke Perlis pun boleh sampai. Tarak hal lah! Takdernya enjin meletup, tayar meletup mahupun karburator meletup. Dahulu, aku pernah buat naik Honda EX5 berusia 10 tahun dari Batu Pahat ke Kuala Lipis makan 7-8 jam, alhamdulillah sampai tanpa sebarang masalah. Pernah juga aku ride dari Kuala Lipis ke Batu Pahat lalu jalan dalam (bukan highway) selama 9-10 jam pun sampai jugak. Jadi apa masalahnya dengan motor kapcai? Jangan pandang rendah motor kecik bro... Aku kalau ke mana-mana sebolehnya nak naik motor. Aku tak suka naik bas, keretapi dan lain-lain pengangkutan awam. Bukan memandang rendah cuma aku sukakan kebebasan, tak suka menunggu, tak suka

Kuala Lumpur? Best Ke?

Image
Kuala Lumpur? Sebelum ni aku memang jarang pergi ke KL. Orang kata di KL semuanya ada. Iyeke? Sampai budak tempat aku asyik-asyik turun KL jek. Dah nama ibu negara Malaysia, mestilah KL antara tempat paling gempak kan. Alhamdulillah, sejak tahun lepas dan tahun ini aku banyak berpeluang pergi ke kota besar ini. Jadi, apa yang aku boleh cakap tentang KL adalah? Takder lah best sangat. Kenapa aku cakap macam tu? Aku tak nafikan kalau korang cari barang elektronik seperti komputer dan gajet, KL lah syurga barangan tersebut. Aku kalau pergi KL memang rambang mata tengok barang elektronik yang canggih, murah dan terlalu banyak pilihan. Nama Low Yat Plaza aku rasa kalau siapa tak tahu nampak sangat dia tak amik berat tentang kemajuan teknologi komputer di Malaysia. Huhu... Kedua, KL adalah syurga bagi kaki motor macam aku. Pergi KL berlambak kedai motor dan ada satu tempat namanya Sentul, kat situ ada deretan kedai motor yang akan membuatkan nafsu aku membuak-buak. Hahaha! Di situ meri

Jejak Kasih Selepas Terpisah 12 Tahun.

Image
Ni gambar diaorang masa darjah 4. Aku dah pindah masa ni. Teruja tahap gaban! Rasa macam tak percaya jek keadaan ini berlaku. Huhu.. Bayangkan... Kawan-kawan aku yang sudah dekat 12 tahun terpisah berjumpa kembali. Aku pernah terfikir nak cari diaorang tapi tak jumpa-jumpa sehinggalah... Masa aku bosan-bosan main Facebook, entah macam mana boleh terlintas di fikiran hendak mencari kawan-kawan lama. Aku terus teringat kawan-kawan masa aku bersekolah rendah di Mersing, Johor. Lama betul aku melupakan mereka. Lepas aku pindah ke Batu Pahat, terus lost contact dengan diaorang. Mula-mula cari tak jumpa-jumpa. Search sana-sini. Akhirnya aku jumpa satu group sekolah lama aku tuh. Huhu... Apa lagi, godek punya godek. Tak jumpa gak. Last-last aku tanya jek kat sorang budak dalam group tu. Terus jumpa sorang member lama. Haha.. Daripada sorang member tu terus jumpa semua member lama. Kah3! Hebat betul teknologi zaman sekarang. Ni pulak geng aku sejak darjah 3 dan masih melekat hingga sekaran

Belajar Hilangkan Tekanan Dan Kebosanan.

Image
Apabila aku menjejakkan kaki ke kampus, tiada lagi aktiviti keriangan seperti mana yang aku alami di kampung sendiri. Nak tak nak, kena pandai cari sesuatu yang menghiburkan dan menghilangkan kebosanan. Nasib baiklah di IPG aku ramai budak-budak yang suka ride. Setiap kali cuti hujung minggu, jika tidak ada apa-apa pasti ada saja rancangan. Jadi, boleh aku katakan antara aktiviti utama untuk menghilangkan bosan adalah jalan-jalan menunggang motosikal. Takde aktiviti lain dah. Tu jek lah. Hehe.. Selain daripada jalan-jalan, kadang-kala guru pelatih dan pensyarah IPG dijemput untuk mengiringi rombongan orang kenamaan yang datang ke Kuala Lipis ataupun IPG kitaorang sendiri. Best eskot-eskot orang ni, dapat baju free, makan dan duit. Kih3! Lagi-lagi ada polis eskot lagi la rasa jalan tu macam kitaorang yang punya. Kah3! Alah.. sekali sekala. Bila lagi kan nak seronok-seronok lepaskan tension belajar... Semalam, IPG aku menerima lawatan daripada Rektor IPG, Pegawai Namibia Teacher Training