Posts

Showing posts with the label Jam Tangan

G-Shock GW-S5600. Jam Bertali Carbon Fiber!

Image
Casio G-Shock GW-S5600 Nak beli! Tapi tak rela duit dilepaskan... Itulah penangan jam keluaran terbaru Casio, G-Shock GW-S5600. Sekali pandang, tak nampak keunikan yang terdapat pada jam ni melainkan seutas jam G-Shock berbentuk klasik dengan sedikit hiasan. Tetapi setelah diteliti betul-betul, jam ini menggunakan tali yang diperbuat daripada carbon fiber! Peh! Bila sebut tali carbon fiber , apa yang boleh diharapkan adalah tali ini takkan putus. Jadi ianya memberi ketenangan emosi dan mental korang selepas memiliki jam ini. Tak payah runsing pening kepala bagai sebab takut tali jam putus. Selalunya, jam tali getah akan putus selepas lama digunakan. Selain itu, apa yang aku faham adalah selain daripada tali, bahagian lain seperti spring bar, buckle dan band ring juga disaluti carbon fiber. Terbaik! Lihat talinya. Di dalam terdapat carbon fiber yang mengukuhkan tali. Gambar diambil dari seiyajapan.com Yang menjadikan jam ni bertambah cool adalah teknologi yang terdapat padanya. Menggu...

"Bos" Swatch Group Meninggal Dunia.

Image
Nicolas Hayek . Sudah lama aku tidak menulis pasal jam tangan. Bagi peminat hardcore jam tangan berjenama Swatch, anda perlu bersedih sebab bos/pengasas kepada Swatch Group telah meninggal dunia baru-baru ni. Nama dia ialah Nicolas Hayek . Sob3! Dah...dah. Tak payah nangis sangat-sangat. Gembeng! Hehe. Walaupun beliau telah meninggal dunia, aku harap pewaris Swatch Group tetap berjuang meneruskan legasi Swatch. Aku dah la minat giler dengan jam Swatch. Nasib baik semasa beliau hidup sempat jugak aku beli jam Swatch. Selain jam jenama Swatch, jenama jam tangan lain seperti Omega, Tissot, Mido, Longines, Certina dan banyak lagi juga termasuk dalam Swatch Group. Peew! Komfem Si Nicolas Hayek ni kaya raya. Bila aku ingat Swatch, terus tergambar keceriaan yang dibawa oleh Swatch. Sebuah jenama jam Swiss Made pada harga mampu milik dan style. Kepada peminat Swatch, jangan lupa untuk usha model terbaru Swatch yang diberi nama Colour Codes , jam yang simple dan style! Swatch Colour Codes! Na...

Survey Barang? Penting Ke?

Image
Memilih yang terbaik untuk kepuasan... Huuuhuu! Peperiksaan sudah tamat. Hanya orang yang merasa jek dapat menikmati nikmat habis periksa. Daripada darjah satu sampailah sekarang, setiap tahun aku menghadapi peperiksaan. Tapi takper, tak payah tension-tension sangat. Rileks sudah. Risau sangat-sangat pun bukannya boleh membantu dalam peperiksaan ye tak. Belajar tenang-tenang dan jawab soalan dengan tenang. Tak dapat jawab isi jek apa yang korang tahu. Hahaha... Oklah, apapun semoga rakan-rakanku berjaya dengan cemerlang untuk semester ini. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal periksa, cuma nak kongsi sedikit tentang habit aku. Aku kalau nak beli sesuatu suka survey di internet dulu. Aku tak berapa suka survey dari satu kedai ke satu kedai pastu baru beli. Kalau survey pun beberapa kedai jek pastu beli. Tujuan kita survey adalah untuk mendapatkan harga yang murah dan terbaik. Jadi, sebelum aku beli sesuatu barang, aku akan survey harga standard atau purata di internet. Selalunya, l...

Jam Casio G-Shock Pada Harga Mampu Milik.

Image
Sampai bila ko nak cerita pasal jam ni brader? Haha. Mula dah terpengaruh dengan filem Adnan Sempit. Hehe. Straight to the tali jam. Entry lepas aku ada buat review tentang jam yang berbaloi untuk dimiliki bagi sesiapa berbajet rendah. Kali ni aku nak buat review pasal jam Casio G-Shock plak yang berbaloi dibeli jika berbajet rendah. Jam G-Shock memang dah terkenal seantero dunia kerana ketahanannya. Malah jam ni telah dipakai oleh beberapa pelakon di dalam filem-filem aksi ganas seperti Mission Impossible, Training Day dan The Italian Job. Tapi kalau betul-betul nak jam yang tahan segalanya, apa kata korang pakai jam matahari? Cuma ambil sebatang kayu dan lihat kedudukan bayang-bayangnya. Hak3! Kalau dilihat pada harganya, tak dinafikan jam G-Shock agak mahal bagi golongan bergelar pelajar. Tapi takper, berdasarkan pengalaman aku usha kedai jam, terdapat beberapa jam G-Shock model classic yang dijual pada harga bawah RM200. Walaupun model-model ini di antara G-shock paling murah, kual...

Review Jam Casio AE-1000W-1AV.

Image
CASIO AE-1000W-1AV Emmm... Dah lama aku tak tulis pasal jam. Tahun ni aku langsung tak beli jam walau satu pun. Mungkin bajet aku dah banyak habis untuk motor dan safety gear. Tapi itu tak bermakna minat terhadap jam tangan dalam diri aku hilang. Aku masih minat cuma duit tidak mengizinkan. Bila sebut pasal duit, tentu ramai orang macam aku yang duit cukup-cukup untuk hidup dan masih bergelar pelajar. Nak beli sesuatu yang kita minat terpaksa kumpul duit dulu baru boleh beli. Jadi, mungkin anda di luar sana ada yang bercadang nak beli jam tangan tapi bajet terhad. Kalau bajet di antara RM50-200 dan mahukan jam yang original, tahan serta murah, jam tangan Casio lah jawapannya. Pengalaman aku memakai jam Casio tidak pernah mengecewakan. Aku masih lagi menyimpan jam Casio pertama yang aku beli pada tahun 2005. Dah dekat 5 tahun tetapi masih berfungsi dengan baik. Masa pakai dulu memang hentam jek. Pergi sekolah, jalan di bandar, masuk hutan, masuk kampung, buat tidur dan mandi (sekali-se...

Rolex Watch

Image
Kebelakangan ni, ramai peminat jam bercakap tentang jam Rolex. Aku pun nak cakap pasal Rolex lah walaupun tak mampu beli dan duit dalam simpanan aku belum tentu cukup untuk buat downpayment jam tu jek. Haha. Sebut jam Rolex ramai yang kenal. Kau tanya la siapa-siapa pun walaupun dia tak minat jam mesti tahu jenama Rolex. Tu lah penangan jam Rolex. Aku pula sejak kecil dah tahu jam Rolex. Sebelum aku kenal G-Shock dan Swatch, aku kenal Rolex dulu. Kat surat khabar pun selalu keluar iklan jam Rolex. Harga jam Rolex korang jangan tanya lah. Kalau korang nampak aku pakai jam Rolex ori, tu maknanya aku dah jadi jutawan. Hak3! Takpun aku dah kawen dengan golongan bangsawan/usahawan. Hehe. Sejarah Rolex ditubuhkan oleh Hans Wilsdorf dan Alfred Davis. Mereka menubuhkan syarikat "Wilsdorf dan Davis" di London. Perniagaan utama mereka pada masa itu adalah mengimport Hermann Aegler's Swiss movement ke England. Pada tahun 1908 Wilsdorf telah mendaftarkan nama "Rolex" dan me...

Watchmaker dan Fashion Watches.

Image
Seiko. Sebuah syarikat 'watchmaker'. Pening-pening. Itulah yang terjadi dalam kepala hotak aku semasa hendak menulis entry ni. Aku cuba memahami apa itu watchmaker, fashion watches dan couture watches. Hahaha. Study punyer study last-last tak berapa faham. Takper, aku nak tulis info asas jek. Apa yang aku tulis ni berdasarkan pembacaan aku pasal jam di website, blog dan forum. Jam watchmaker vs jam jenama fesyen? Ok, sebelum tu kita kenal dulu apa dia jam watchmaker dan jam jenama fesyen. Jam watchmaker ni ialah jam yang dibuat oleh syarikat jam (memang buat jam jek) macam Seiko, Orient, Citizen, Alba, Swatch, Rado, Omega, Breitling, Tissot dan Titoni. Manakala jam jenama fesyen pula contohnya macam Bonia, Guess, DKNY, Calvin Klein, Elle, Esprit dan Levis. Kebanyakan syarikat jam jenama fesyen ni dia buat macam-macam produk seperti baju, seluar, beg, dompet dan aksesori. Jam ni kira produk tambahan mereka lah. Kalau nak banding jam watchmaker dengan jam jenama fesyen, aku rasa...

G-Shock : A New Species Of Frogman.

Image
Casio G Shock Frogman GWF1000-1 Peh! Cun seh Casio G-Shock Frogman baru. Dulu aku tengok G-Shock Frogman la paling haram tak lawa. Ditambah lagi dengan bersepahnya model Frogman palsu di kedai membuatkan aku tak berapa suka dengan model Frogman. Oh yer, terbaru aku nampak model palsu G-Shock Mudman. Cun gak dia buat, dari jauh nampak ori. Huhu. Casio ada gak keluarkan G-Shock Frogman versi limited edition warna putih-putih jernih, memang cun la tapi harga tak cun. Dan sekarang, spesies Frogman terbaru dilancarkan. Design dia bagi aku memang cun. Ditambah lagi dengan beberapa fungsi tambahan membuatkannya bertambah cun. Yey! Mak aih tak gramatis giler ayat aku asyik ada perkataan ‘cun’ jek. Haha. Aku terasa ingin mendapatkannya satu. Sekali usha, harganya USD700 bersamaan RM2400. Adehh.. Terkencet bila tengok harga dia. Boleh buat bayar downpayment kereta Viva. Apesal mahal sangat, letak la harga RM250-400 ke. Baru la aku boleh beli. Takpelah, nak buat camne orang dah jual mahal. Hahaha...

Nak Beli Jam Tangan Atau Kereta Waja/Honda Civic?

Image
Jaeger Lecoultre. Peh! Ok! Dah! Tak payah baca entry homesick tu. Hak3! Malu sehh! Kita pergi cerita lain plak. Apa pandangan korang terhadap jam RM10, RM100, RM300, RM1000 dan RM100,000. Mungkin ada yang memandang jam berharga RM100 sudah cukup mahal. Ada pula yang menganggap jam berharga RM1000 itu biasalah. Haha. Tapi apa pula pandangan orang yang sanggup membeli jam berharga puluhan ribu ringgit? Adakah mereka ni kaya giler sampai jam yang harganya sama dengan kereta Proton Waja pun masih dianggap murah? Huh! Masa aku pergi K.Lumpur lepas, aku cuba usha jam-jam jenama mewah. Selalu kalau pergi kedai jenama mahal macam Oris, Rado, Tissot yang berharga bawah RM10,000 sudah cukup membuatkan aku terlopong. Hehe.. Tapi masa kat KL minggu lepas, aku ternampak beberapa butik jam yang menjual jenama mewah yang harganya lagi giler seperti IWC, Patek Philippe, Rolex, Omega, Vacheron Constantin dan sebagainya. Mula-mula ingat nak masuk tapi bila tengok seller dalam kedai tu pun pakai kot kem...

Swatch Watch Review.

Image
Swatch Solid Mind Dulu, aku tak minat jam jenama Swatch. Mungkin disebabkan designnya yang kebudak-budakan dan menggunakan movement quartz. Ada juga jam Swatch yang menggunakan movement mekanikal tapi harganya mencanak la beb. Sekarang,bila teringin nak pakai jam Swiss Made, aku cuba usha jam Swatch. Dalam hati aku tak kisah lah quartz ke budak-budak ke janji nak Swiss Made. Jadi, jam paling murah Swiss Made adalah Swatch. RM160 dah dapat. Huhu. Bawak RM200 macam-macam pilihan boleh beli. Jam Swatch mula dikeluarkan pada tahun 1983 untuk bersaing dengan jam-jam dari Jepun yang ketika itu sedang menguasai dunia. Dengan design yang catchy dan harga berpatutan, kini The Swatch Group menjadi salah sebuah syarikat jam terbesar di dunia. Yah! Jam-jam Swatch dikeluarkan dengan menggunakan beberapa jenis material seperti plastik, aluminium, st. steel, silver dan sebagainya. Walaupun banyak jam Swatch menggunakan plastik sebagai case, aku tengok buatannya cukup halus dan cantik. Nak banding den...

Citizen Eagle 7 Automatic.

Image
Keboooommmm!!!! Aku terjaga daripada tidur. Bunyi apakah itu? Aku kebingungan. Dengan pantas aku turun daripada katil dan mencari arah bunyi letupan tersebut. Shhhhhhh... Aku berjalan perlahan, hatiku berdebar-debar takut. Tiba-tiba, aku ternampak satu cahaya hijau di sudut ruang tamu. Aku semakin berdebar. Bau asap menusuk hidung aku. Tittt...tittt. UFO? Bisik kecil hatiku. Ahhh... Mana mungkin ada UFO terhempas di dalam rumahku. Aku cuba menampar pipi. Sakit! Rupanya aku tak bermimpi. Aku cuba untuk menghidupkan fungsi inframerah cermin mataku tetapi gagal. Perlahan-lahan aku mendekati objek berlampu hijau itu. Lalu aku menyentuh objek misteri tersebut. Aaaaaaaaaaaaa! Aaaaaaaa! UFO! UFO terhempas!!! "Misi berjaya. Kita selamat mendarat di rumah Ayisy" kata salah seorang alien. "Ayisy, jagalah pemberian kami ini sebaga tanda persahabatan antara peminat jam di bumi dan peminat jam di Marikh." kata ketua alien tersebut. Alien tersebut memberi aku seutas jam tangan. K...

Old School Watch Advertisement.

Kalau yang minat jam tangan, apa kata kita layan jap iklan-iklan jam tangan zaman dulu-dulu. Sekarang aku tengok macam dah takder jek iklan jam tangan kat TV. Syarikat jam dah tak cukup duit ke nak buat iklan? Hik3! Aku cuma nampak iklan jam kat majalah dan surat khabar jek. Tu pun jenama mewah yang tak semua rakyat Malaysia mampu beli termasuk aku. Mungkin zaman sekarang orang dah tak minat pakai jam tangan kot sebab dah ada jam kat handphone. Bagi aku walaupun pakai handphone, leceh sey nak korek kocek tengok handphone. Nak tekan-tekan bagi lampu nyala lagi. Hehehe... Satu lagi yang aku sedih majalah jam tangan luar negara asyik cakap pasal jam mewah jek. Bosan siyut... Website pasal jam pun sama. Bosan sebab tak mampu beli. Kalau aku jutawan pun aku takkan beli sebab bagi aku jam beratus ribu macam tak berbaloi dibeli walaupun aku minat jam. Baik beli rumah takpun kereta mewah. Haha. Merepek dah. Jom cuci mata sambil tengok teknologi pengiklanan dan jam tangan zaman dulu-dulu. ...