Posts

Showing posts with the label Informasi Am

Tisu Isotonik Revive!

Image
Ok. Sekarang aku berada di rumah. Rileks gak lah tapi kadang-kadang bila terfikir pasal kerja kursus dan kerja yang perlu disiapkan terus terbantut mood rileks aku. Huh! Takper Ayisy kau buat bodoh jek dengan keadaan itu. Lagi 3 minggu cuti lagi kan. Hahaha. Sebenarnya nak cerita satu menda nih. Disebabkan takder benda nak cerita jadi terhasillah cerita ni. Hehe. Semalam masa dalam perjalanan pulang, aku singgah jap lah kat stesen minyak area Sungai Besi. Tengah sedap lepak-lepak hilangkan sakit ^%^$^*, aku ternampak Revive tengah buat promotion. Tak tahu apa tu Revive? Ala Revive air isotonik tuh. Dia bagi air percuma secawan. Aku pun apa lagi rembat la secawan. Gulp-gulp habis secawan. Hahaha. Lepas jek habis minum air tuh tiba-tiba ada seorang pekerja Revive datang kat aku dan bagi tisu. Dia cakap "tisu" dengan senyuman yang amat mesra. Hihihi. Well, tisu yang dia bagi tu bukan tisu 20sen bai tapi tisu Revive! Ya! Tisu Revive! Haha. Saja bagi kepoh. Aku bukak jek...

Musim Kasut Ketika Zaman Sekolah

Image
Tu dia! Aku sedang memakai kasut Vans. Haha. Zaman muda remaja dulu nih. Hai! Sekadar ingin mengenang kembali zaman sekolah dulu. Siapa di sini sekolah menengah era awal 2000-an? Bagi aku budaya remaja masa tu best sangat. Sampai aku terpengaruh. Huhu. Memang meriah la zaman tu dengan hip hop lah, breakdance lah, graffiti lah, skin head dan punk. Sampai ada pelajar yang cakap "aku nak join *&^%&, ok tak?". Takpun ada yang pernah cakap "aku dulu budak *&^&$, tapi sekarang aku budak #%%^". Peh! Meriah! Haha. Sekarang? Aku dah tak nampak dah. Tak tahulah sekarang budaya apa yang menular dalam kalangan remaja. Sebenarnya aku nak cerita pasal budaya kasut jek. Hehe. Bermula Tingkatan Satu jek aku dah mula ambil port pasal kasut apa paling musim masa tuh. Jadi, aku nak kongsi sikit pasal kasut apakah yang menjadi musim masa zaman sekolah aku dulu. Huhu. 1. Adidas Superstar. Masuk jek asrama masa Tingkatan Satu, berlambak kasut Adidas Superstar se...

Jambatan Gantung Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

Image
Cantik. Tengok dia punyer tiang cukuplah memang smart ahh. Ok, dah tengok gambar kat atas ni lama-lama? Korang rasa kat mana? Taman Negara? Sungai Pahang? Atau Sunway Lagoon? Hahaha. Semua bukan bai. Sebenarnya jambatan gantung tu belakang bilik aku jek. Hebat tak? Haha. Well, jambatan gantung tu adalah ikon terbaik IPGKTAA aku. Dulu tiap-tiap hari lalu sampai dah takder feel. Kalau yang mula-mula lalu mesti jakun punyer lah. Sekarang aku dah jarang lalu sebab malas jalan kaki pergi kuliah untuk menambah berat badan aku yang cekeding nih. Akibat usaha ini, berat aku naik daripada 52kg (2008) kepada 61kg (2009). Macam haremm jek aku. Haha. Pandangan atas. Budak baju hitam tu mesti tengah feel lalu jambatan ni. Ekeke. Gurau jek. Berbalik kepada jambatan gantung ni. Jambatan ni korang jangan main-main. Dia punyer tinggi memang boleh buat main terjun bunjee. Tak percaya? Korang tengoklah dia punyer tiang tu tinggi mana. Nasib baik kat bawah tu takder air. Eh, ada. Air longkang jek lah. Kal...

Jom Tengok Filem Ketika Cinta Bertasbih!

Image
Pehhh... Siyut tol la cerita nih. Buat aku rasa touching giler jek. Aku rasa kalau perempuan yang tengok komfem dah nangis. Huh! Dulu filem Ayat-ayat Cinta. Kali ni filem Ketika Cinta Bertasbih pulak. Huk3! Sedih ni sedih ni. Filem ni dihasilkan berdasarkan novel Ketika Cinta Bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy. Beliau juga merupakan penulis novel Ayat-Ayat Cinta. Aku rasa ramai yang dah tahu. Filem Ayat-Ayat Cinta tu pun kalau tengok memang menangis la. Tapi aku tak lah. Hak3! Boleh caya ke? Percaya jek lah. Fikir-fikir plak. Hahaha. Tak gemble la kan kalau nangis. Aku paling tak boleh blah tengok adegan nih. Mamat tu gigil nak hidangkan air kat awek yang dia minat. Hihihihi... Dalam filem ni banyak guna Bahasa Jawa. Selalunya filem/drama dari Indonesia aku tak berapa dengar dengan jelas dialog-dialog yang menggunakan bahasa/perkataan Jawa. Tapi dalam filem ni, banyak perkataan Bahasa Jawa digunakan sehingga mengingatkan aku kepada sesetengah perkataan Jawa yang aku d...

New Craze! Cadbury Crunchie.

Image
Siyes, sekarang aku dah gian makan coklat Cadbury Crunchie pulak. Puncanya masa dalam perjalanan pulang ke kampus hari tu lah. Aku singgah isi minyak kat Petronas, perut tiba-tiba lapar. Aku usha kedai kat Petronas tu dan terbeli Cadbury Crunchie. Sekali makan sedap seh! Harga aku dah tak fikir dah walaupun agak mahal seketul dalam RM3.50-3.90. Janji perut rasa puas. Memang aku rasa berbaloilah dengan harga dan kesedapannya tu. Haha. Cuma satu jek slek. Kat sini cuma satu kedai jek yang jual Cadbury Crunchie. Nak tahu kat mana? Kat Petronas lah! Hahaha. Kedai lain belum ada jual lagi. 7Eleven kat sini pun takder jual. Agak-agak gian nak makan Cadbury Crunchie aku rempit ke Petronas. Orang lain pergi Petronas isi minyak, aku pulak isi perut dengan coklat. Haha. Ok, di sini aku selitkan sedikit fakta mengenai Cadbury. Sambil kita makan sambil kita tambah ilmu di kepala hotak. Kita baca sikit tentang sejarah ringkas produk Cadbury nih. 1865 – Cadbury Cocoa Essence 1875 – Cadbury Easter Eg...

Siapakah Sahabat Pertama Dalam Hidup Anda?

Image
Bila aku termenung memikirkan mengapa masa berlalu begitu pantas, aku terus teringat satu benda nih. Korang ingat lagi tak siapakah kawan pertama dalam hidup korang? Kawan di sini bukannya saudara, sepupu ataupun anak saudara. Senang cerita siapa kawan bukan saudara korang yang pertama dalam hidup? Aku masih ingat lagi siapa kawan pertama dalam hidup aku. Tapi aku lupa nama dia lah. Dia jiran aku. Haha. Masa tu aku tak sekolah lagi. Selalu main korek tanah depan rumah. Haha... Peristiwa yang betul-betul terkesan dalam fikiran aku adalah kawan aku tu pernah terjatuh dalam longkang pastu mak dia selamatkan dan bawa balik rumah. Aku wat bodoh jek dan terpinga-pinga. Kih3! Emmm… Agaknya macam mana lah dia sekarang ekk? Mesti dah besar. Kalau jumpa pun mungkin tak ingat. Tapi kalau dapat jumpa dan kenal balik mesti best kan. Hahaha. Bila jumpa mesti tergelak-gelak terkenang zaman kecik-kecik dulu. Huhu.. Kawan-kawan zaman tadika pun aku dah lupa. Kat mana lah korang ekk. Seronok teringat za...

Lenka : Trouble Is A Friend

Image
Walaweh! Masa cuti lepas, aku layan satu lagu nih. Tajuknya Trouble Is A Friend dan dinyanyikan oleh Lenka. Wuuhuu! Lagu nih buat aku feel ketika tulis entry dan bila aku nak berblog jek mesti dengar lagu ni. Huhu. Rasa seronok jek masa menaip entry. Lagu ni aku dapat tahu melalui Fid . Dia yang bagitahu pasal lagu ni masa cuti hari tu. Thanks bro! Aku baca kat website minah ni banyak gak cerita dia semasa di Malaysia. Aku tak tahulah plak sebelum ni dia ada datang Malaysia. Tengok ada gambar dia dengan Yuna dan Bunkface. Canteks! Lenka juga popular dengan lagu The Show. Apa pun, lagu Trouble Is A Friend boleh buat mood aku happy bila sedih. Thanks Lenka! "Trouble he will find you no matter where you go, oh oh".... Hehe... Ok, nak tahu lebih lanjut pasal Lenka boleh pergi website ni >>> http://www.lenkamusic.com/my

Minyak Rambut Dan Lelaki.

Image
Minyak Bon! Bau Memang Sedap lah. Tapi kalau versi lama punyer lagi sedap. Ehehehe. Nak cerita pasal minyak rambut plak lah. Maklumlah, dah duduk kampus jarang jalan-jalan. Jadi tak dapatlah nak update cerita pasal tempat perlancongan, tempat makan-makan atau tempat lepak-lepak. Kalau korang perhatikan entry semasa aku bercuti di rumah banyak pasal travel dan shopping. Masuk kampus jek dah takder. Hehe.. Minyak rambut memang tak dapat dipisahkan dengan budak lelaki. Orang Jawa kata Bocah Lanang gitu. Aku tak pasti sejak bila aku pakai minyak rambut. Yang penting masa sekolah rendah dah pakai lah. Zaman tu tengah giler Brylcreem warna merah dan hijau. Code 10 pun boleh blah gak lah. Masa mula-mula pakai tu pakai yang jenis krim punyer. Kecik-kecik lagi belum sunat dah pandai melaram buat rambut fesyen ada jambul seto'et (kecik). Hahaha.. Brylcreem Bentuk Ubat Gigi. Masuk sekolah menengah dah pandai pakai jenis gel. Pakai gel memang keras la rambut lu. Tapi aku pakai bukan ...

Nak Beli Jam Tangan Atau Kereta Waja/Honda Civic?

Image
Jaeger Lecoultre. Peh! Ok! Dah! Tak payah baca entry homesick tu. Hak3! Malu sehh! Kita pergi cerita lain plak. Apa pandangan korang terhadap jam RM10, RM100, RM300, RM1000 dan RM100,000. Mungkin ada yang memandang jam berharga RM100 sudah cukup mahal. Ada pula yang menganggap jam berharga RM1000 itu biasalah. Haha. Tapi apa pula pandangan orang yang sanggup membeli jam berharga puluhan ribu ringgit? Adakah mereka ni kaya giler sampai jam yang harganya sama dengan kereta Proton Waja pun masih dianggap murah? Huh! Masa aku pergi K.Lumpur lepas, aku cuba usha jam-jam jenama mewah. Selalu kalau pergi kedai jenama mahal macam Oris, Rado, Tissot yang berharga bawah RM10,000 sudah cukup membuatkan aku terlopong. Hehe.. Tapi masa kat KL minggu lepas, aku ternampak beberapa butik jam yang menjual jenama mewah yang harganya lagi giler seperti IWC, Patek Philippe, Rolex, Omega, Vacheron Constantin dan sebagainya. Mula-mula ingat nak masuk tapi bila tengok seller dalam kedai tu pun pakai kot kem...

Coklat Oh Coklat.

Image
Coklat Toblerone berbentuk segi tiga yang unik. Coklat terbaru yang aku cuba. Salam semua dan selamat sejahtera. Ok, kemungkinan seminggu aku tak online mulai hari esok. Alah, lantak ko lah online ke tak online Ayisy, ko bukan artis femes pun. Hak3! Tapi kalau sempat, aku tetap online walau kejap. Esok aku dan member berjoli sejoli-jolinya selama dua hari sebagai penutup bulan cuti berjoli tahun ini. Haha. Kemudian aku akan berkemas, servis kapcai aku dan kemudian merempit dengan ayunya untuk pulang ke kampus. Huhu. Aku harap WiFi di IPGM ok. Kalau WiFi ok, yeehhaaa! Celcom Broadband aku di kampus macam crettt! Korang suka makan coklat tak? Walaupun coklat kebanyakannya disukai oleh kaum wanita, tetapi aku suka gak. Bila makan coklat satu perasaan tenang, aman dan happy menerjah ke dalam tubuh aku. Hehe... Coklat apa yang korang selalu makan? Coklat Apolla? Cadbury? Van Houten? Vochelle? Toblerone? Choki-choki? Tak kisahlah apa jenis coklat pun kan janji suka makan coklat. Dulu masa za...

NOKIA Atau NCKIA? OMG!

Image
Label tertulis NCKIA. Mula-mula tengok tak perasan. NOKIA Touch Screen RM299? Binawe aku hampir tertipu semalam. Malam semalam lepas tengok Avatar aku ronda jap Carrefour nak beli cokelat. Teman Hafiz beli topup. Tiba-tiba terpandang sebuah handphone NOKIA jenis touch screen, tag harga tertulis RM299 (new). What? Hahaha. Seller tu cakap dari China punyer. Oh.. Dalam hati aku NOKIA tak ori la. Aku dan Hafiz pun gelak-gelak la. Seller tu nyampuk lagi tu bukan NOKIA, tapi NCKIA. Dalam bulatan itulah handphone NCKIA. Ceh, walaweh. Aku ngatkan NOKIA, rupernyer NCKIA. Punyer lah nak tiru NOKIA sampai jenama pun nak bunyi-bunyi NCKIA. Haha. Jap lagi jangan aku terjumpa jenama SAMSONG, MOTORODA dan SANIERIKSON sudah. Apapun, layan jek lah diaorang nak tiru apa. Sekarang aku tengok banyak handphone jenama dari China canggih-canggih tapi murah. Ada TV la, touch screen la dan sebagainya. Ia memberi peluang kepada golongan sederhana untuk merasai nikmat mempunyai handphone canggih tetapi pada harg...

Mi Bandung Muar Sedap Dowh!

Image
Restoran Mi Bandung Muar. Hari Sabtu lepas aku nak pergi Muar. Teringin nak rasa Mi Bandung Muar. Dengar cerita sedap nak mampus. Aku pun tak pernah rasa. Tengah syok merempit tiba-tiba hujan plak di tengah jalan. Terus tak jadi pergi. Selasa lepas sekali lagi aku pergi bersama member. Wuuhuuu! Hujan gak tapi dah jauh perjalanan so redah jek hujan. Hehe. Susah gak nak cari warong yang jual Mi Bandung Muar yang spesial. Terpusing-pusing bandar Muar beberapa kali sehinggalah terjumpa seorang mak cik yang baik. Mak cik tu tunjukkan lokasi restoran/warong Mi Bandung Muar yang tersedap di Muar. Haha. Terima kasih mak cik. Lepas jek jumpa restoran Mi Bandung Muar, kami order dan makan dengan masyuknya. Peh! Walawehhh! Sedap Dowh Mi Bandung Muar. Dia punyer kuah aku minum sampai licin... Huuuuhhhh! Sedap! Siyes! Tak menyesal aku redah hujan semata-mata nak rasa Mi Bandung Muar. Hehe. Harga murah jek RM3.50. Nyum3! Keadaan dalam restoran yang cantik. Itu dia dua orang chef sedang mem...