Musim Kasut Ketika Zaman Sekolah
Hai! Sekadar ingin mengenang kembali zaman sekolah dulu. Siapa di sini sekolah menengah era awal 2000-an? Bagi aku budaya remaja masa tu best sangat. Sampai aku terpengaruh. Huhu. Memang meriah la zaman tu dengan hip hop lah, breakdance lah, graffiti lah, skin head dan punk. Sampai ada pelajar yang cakap "aku nak join *&^%&, ok tak?". Takpun ada yang pernah cakap "aku dulu budak *&^&$, tapi sekarang aku budak #%%^". Peh! Meriah! Haha. Sekarang? Aku dah tak nampak dah. Tak tahulah sekarang budaya apa yang menular dalam kalangan remaja.
Sebenarnya aku nak cerita pasal budaya kasut jek. Hehe. Bermula Tingkatan Satu jek aku dah mula ambil port pasal kasut apa paling musim masa tuh. Jadi, aku nak kongsi sikit pasal kasut apakah yang menjadi musim masa zaman sekolah aku dulu. Huhu.
1. Adidas Superstar. Masuk jek asrama masa Tingkatan Satu, berlambak kasut Adidas Superstar senior di dorm. Kasut ni ada trademark tersendiri iaitu mempunyai hujung seperti kulit kerang. Masa tu budaya Hip Hop tengah hot. Memang masing-masing melaram kasut nih. Aku cuma tengok jek lah. Nak beli tak mampu. Huhu.
2. Adidas Stan Smith. Lepas jek musim kasut Adidas Superstar, Adidas Stan Smith pula ambil alih. Kasut ni aku tengok memang style dan simple. Tapi ada satu yang jenis krek-krek tu comel jek kalau siapa pakai. :P
3. Nike Air Force. Kasut ni pernah jadi kontroversi kerana ramai pelajar pakai sebagai kasut sekolah. Huhu. Kasut ni simple jek. Ada lambang Nike besar di tepinya. Lama gak musim kasut ni seingat aku lah.
4. Kasut skateboard. Kasut skateboard start musim bila, aku tak pasti pula. Yang penting zaman tu jenama seperti Etnies, DC, Vans, Emerica, IPath dan Osiris menjadi kegilaan budak-budak. Daripada baju, seluar sampailah kasut mesti ada jenama skateboard. Aku tak terkecuali terpengaruh sikit. Ada la beberapa kali beli kasut skateboard jenama Etnies dan Vans. Huhu.
5. Converse. Jenama kasut ni memang evergreen. Sampai sekarang aku pakai terutamanya semasa merempit. Haha. Masa sekolah dulu Converse ProStar, All Star dan Jack Purcell tengah hot. Ditambah lagi boleh pakai sebagai kasut sekolah, trend kasut Converse menjadi-jadi. Sampai ada kes kecurian kasut. Huhu. Memang giler lah. Orang lain kasut sekolah RM20-40 jek, tapi budak yang pakai kasut sekolah Converse paling-paling pun RM70. Dasyat-dasyat! Aku tak terkecuali! Hak3!
Aku rasa tu jek lah kot kasut-kasut yang menjadi sebahagian daripada budaya pelajar masa zaman persekolahan aku dulu. Bila dikenang, aku tersenyum. Indah betul zaman sekolah. Bila pergi shopping, nampak jek kasut-kasut tersebut di kedai mesti aku teringat zaman sekolah dulu. Haha.
gambar kredit kpd: kicksonfire.com, sneakerfiles.com, www.eukicks.com, nicekicks.com, decademailorder.com
Comments
tp still smart
perempuan punye?
xpyh ckp laa
adehh, smpai skrg xreti pkai heels :P
laki punya kasut ker ape ker.
aku nak gak..
weiii bak ar bagi aku hadiah..
hahaha
tapi ayah tak bagi sebab leceh nak ikat tali.
last-last beli kasut line 7 gak..
amirah rashid, a'ah, kebanyakan kasut lelaki mmg simple tapi mahal. kalau yg smart konfem atas rm200. perempuannya boleh dapat bawah rm50 jek. :)
candy dandy, huhu. converse mmg universal. semua boleh pakai dan boleh buat macam2. buat pergi sekolah, buat sukan, buat main bola, buat jalan2...semua boleh. huhu.
noor afzan. samalah. saya cuma pakai kasut masa kuliah, sukan dan travel jauh2 naik motor.
nur azmina, huhuhu. converse kalau yg high cut mmg banyak lubang tali. kalau basuh mmg jenuh nak pasang tali. huhu.
wawan3y, converse ni mmg evergreen jek. tak lapuk dik zaman. zaman sy sekolah sampai la skrg converse boleh dikatakan kasut pelbagai kegunaan. huhu...
wahahahhaha
yahhh aku ingat masa tu dulu... tapi zaman-zaman aku aku amat berharap kasut jatuh dari langit.. itu cuma angan -angan sahaja...
dulu zaman aku kasut yang termashur adalah converse dan termahal sekali adalah hush puppise buat gi sekolah.... tapi aku budak kampung aje yang aku mampu beli cuma kasut kungfu baldu RM 8 atau penguine kasut harga RM 5 pada masa tu.....
cekgu aku pun dah faham kenapa aku terpaksa pakai kausut sekolah camtu... dia kata kesiannya awak...