Honda Cub Si Motor Klasik.


Honda Cub. *sumber dari wikipedia.

Siapa kat sini minat motor? Tak kisahlah motor kapcai ke, motor besar ke mahupun motor mainan. Kalau sebut Honda Cub aku rasa ramai atok-atok kat luar sana tahu. Haha. Budak-budak muda pun ramai yang minat. Honda Cub ada macam-macam jenis sampai aku sendri pun tak tahu semua. Antaranya ialah Honda C50, Honda C70 dan Honda C100. Honda Cub kau jangan main-main. Hari tu masa aku lepak kat Genting Sempah aku nampak sorang brader naik motor Honda Cub jenis apa aku tak pasti. Peh! Respek siyut! Honda Cub lalu highway yang berbukit. Hebat! Kalau motor korang kena tapau dengan Honda Cub baik masukkan tayar motor tu dalam lobang jamban jek lah. Hihihi.

Haa.. Yang ni kepunyaan arwah atok aku. Kalau ada duit tak guna rasanya nak modi lah motor ni. Kasi airbrush mesti smart.

Baru-baru ni aku usha website Honda dan terjumpa satu perkara yang begitu menarik perhatian aku. Satu projek bernama Love Cub 50 Project. Lebih daripada 60 buah motor Cub Honda yang telah dihias dipamerkan di Pusat Seni Mori Galeri dari 26 Jun - 5 Julai 2009. What? Ceh! Dah lama rupanya. Bila tengok gambar motor Honda Cub kat situ, peh! Cun sehh! Serius kalau ada kat Malaysia aku sanggup kumpul duit nak beli. Tapi kalau harganya RM5000 jek lah. Hehehe.

Bila tengok Honda Cub kat website tuh smart nak mampos, terus aku teringat Honda Cub arwah atok aku dulu. Tak tahu lah motor tu hidup lagi ke tak. Seingat aku 3 tahun lepas hidup lagi tapi masuk gear 3 terus mati. Huhu. Apapun, jom layan gambar Honda Cub tuh. Sure korang meleleh punyerlah. Haha. Ok, di sini aku selitkan beberapa gambar Honda Cub 50 yang telah dimurtadkan menjadi sebuah jentera yang begitu anggun. Huhuhu.

gambar kredit kepada : asianbeat.com dan autointell.com

Untuk lebih banyak lagi gambar masyuk, sila layari website ini!!!

Comments

hans said…
hahahaa
aku suka bawa jer
atok aq suka moto ni...x tau pasal apa...
Anonymous said…
wah2!!

bagus2!
ayisy said…
hans, emm? kau ada Honda Cub ke Hans?

pejuang kesenian extreme, taste atok2 kot motor ni. zaman diaorang mmg tgh hot motor nih. hahaha.

ghostone, aku rasa kalau Honda Cub yg smart tu dibawa ke Malaysia mesti ramai yg ikut modi motor Honda Cub diaorang. hehe..
kainbatiksaya said…
motor yg last skali tuh best kot. haha
hans said…
xda
asal?
nak pinjam ke ayish?>
Amirah Rashid said…
lawa gila motor yg bwh tu!
bak sini. haha :D
adehh, ckp psl motor, t'igt dulu2 1st time naik moto jatuh dpn budak2
haha
dh la dorg gelakkak
haish
ayisy said…
candy dandy, sebenarnya byk lagi gambar mtor yg best2 kat website honda. ada warna pink dan colourful! huhu.

hans, oh.. aku ingatkan kau ada. kalau tak ngat nak tgok kau punya. skrg susah gak nak tgok org pakai Honda Cub.

Amirah Rashid, huhu. motor kalau dah cat smart2 mmg lawa smcm. dlu saya pernah gak jatuh motor. tp nasib baik kat pasir. huh!

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...