G-Shock. Life Is Tough.
Listen to me! Mungkin entry kali ni tak masuk kepala korang sebab tak minat. Tapi tak mengapa, kita baca jek. G-Shock? Ada apa dengan G-Shock? Yup! Mungkin semua orang pernah dengar perkataan G-Shock. Bila sebut G-Shock, semua orang pasti akan terbayang jam tangan berbentuk radikal, ganas, maskulin dan agak besar. Sure budak pompuan tak suka kan. Kalau ada yang suka pun berapa kerat jek. Lagipun Casio dah keluarkan G-Shock khas untuk aweks-aweks iaitu Baby-G. So aweks-aweks yang minat G-Shock boleh pegi usha Baby-G yer. Ayisy sejak kecik admire jam G-Shock ni. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, kat pasar lambak ada jual jam ni tapi versi tiruan punyer. Harga lebih kurang rm15. Walaupun rm15, masa kecik mana ada duit nak beli ye tak? Tengok jela member pakai. Kalau ada yang mencapap tu sabar dan layankan jela. Masuk sekolah menengah plak, tengok abang-abang senior pakai jam G-Shock. Masa tu musim giler jam ni. Model DW6600C-1V dan DW6900-1V paling hot dan menjadi kegilaan budak-budak ...