Posts

Showing posts from November, 2009

Casio Edifice Watch

Image
Gurau-gurau jek. Phua Chu Kang! Jangan saman saya loo... Sejak dua menjak ni, aku tengok Casio mula mengharukkan dirinya dengan berlumba-lumba meningkatkan kualiti produk jam tangannya. Jika dulu Casio memang terkenal dengan jam digital berinovasi canggih, sekarang Casio sudah mengorak langkah dengan mengeluarkan jam-jam analog (jarum) yang berkualiti tinggi dan memberi saingan hebat kepada pengeluar jam tangan senegaranya. Dulu, bila aku pergi kedai jam, berderet jam Casio Digital dalam rak. Dari jauh dah nampak, warna hitam memonopoli rak jam Casio (macam jam Q&Q). Sekarang, dah kurang dah. Giliran jam Casio Edifice, Beside, G-Shock dan Outgear pula memonopoli. Jam Digital Casio model dulu-dulu dah kurang, cuma kat kedai jam kecil-kecil jek masih berlambak. Ok, tak nak banyak cerita. Aku cuma nak bagi cadangan lah. Kalau ada di antara korang yang teringin nak pakai jam analog yang macho/feminin dan ada chronograf, sub-dail takpun ana-digi yang ada termometer apa jadah semua tu te

Citizen Vintage Watch

Image
Orait, tadi aku baru terjumpa seutas jam tangan jenama Citizen yang agak vintage. Jam ni kepunyaan mak aku. Haha. Rasanya dibeli pada sekitar tahun 1980-an. Jam ni memang super kecik, aku pakai pun tak muat walaupun tangan aku kurus. Huh! Sayang jam ni dah tak berfungsi. Tak pasti adakah sudah kehabisan bateri atau sudah rosak movement dia. Aku rasa jam spesies ni mesti menjadi kegilaan orang zaman dulu sebab menggunakan movement quartz, zaman dulu sekitar tahun 1970-1980 an teknologi quartz memang menarik perhatian orang. Mungkin masa tu orang kata apa barang jam mekanikal! Hak3! Sekarang aku rasa peminat jam lebih suka jam mekanikal, aku pun begitu. Aku kalau nak beli jam jenama Seiko atau Citizen mesti cari yang mekanikal sebab kalau beli quartz rasa macam tak berbaloi. Jam quartz RM10 kat Pasar Malam pun dapat bai. Hehe... Aku cuma beli jam quartz untuk G-Shock, Casio Digital Vintage dan apa-apalah jenama Casio. Hari tu aku cuba cari jam-jam vintage di Kedai Barang Second Hand Perk

Iklan Skema Rama.

Salam semua. Huhu. Ayat pembukaan yang sopan daripada penulis blog sempena Hari Raya Haji. Hehe. Oklah, sebenarnya aku tengah selesema dan demam sikit ni akibat melancong dan berjalan-jalan sampai tak ingat dunia. Nasib baik tengah cuti jadi dapatlah rehat cukup-cukup. Fuh! Sekarang ni kalau tengok TV (duduk rumah baru tengok TV), iklan yang muncul canggih-canggih. Kelakar pun ada. Potong...potong...potong...potong.... Haha. Lagu tu mengingatkan aku lagu masa tadika beb. Terbaru Perodua mengeluarkan MPV baru. Kasik bakar sama Proton. Haha.. Apa kata sekarang kita lihat iklan-iklan komersial zaman dulu-dulu. Aku tengok mesti nak gelak sebab skema giler. Hehe... Ayat tak boleh blah. Tapi layan beb. Jadi, ni aku nak kongsi iklan-iklan zaman dulu-dulu. Aku ambil daripada Youtube. Ada iklan yang aku masih ingat, iklan sabun Trojan tuh. Memang kuat tol pengaruh iklan ni. Banyak lagi iklan-iklan lama kat Youtube. Nak tengok klik sini. Selamat mengenang kembali zaman silam. Kih3!

Melaka Tour

Image
Ketika mula sampai. lepak depan Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Aku memang pantang cuti. Bila cuti tak sah kalau tak mengharokkan diri. Negeri Melaka bukan la jauh sangat dengan rumah aku. Perjalanan dalam 2 jam lebih jek tapi serius aku cakap aku tak pernah rasa bosan dengan tempat bernama Negeri Melakau ni. Setiap kali pergi mesti ada sesuatu yang baru. Kali ni aku melancong ke Melaka ntah kali ke berapa aku tak ingat. Pergi naik bas jek konon-konon nak main redah macam Mat Saleh. Tanpa sebarang perancangan, redah jek apa nak jadi jadilah. Yang penting duit penuh di kocek. Ada duit jalan. Haha... No Money No Walk la brader. Hak3! Tempat pertama kami pergi Menara Taming Sari. Bayar RM10, masuk, naik, pusing-pusing pastu turun. Aku rasa sangat kejap. Sepatutnya pihak pengurusan perlu tambah masa supaya pengguna rasa berbaloi dan puas. Huh! Tapi bagi aku ok la, ada rasa kelainan naik benda alah ni. Kalau buat macam kat Sunway Lagoon naik turun giler-giler pasti menambah rasa syok

Balik kampung... Ho..Ho Balik Kampung! Kuala Lipis - Batu Pahat

Image
Pagi yang gelap, lampu sudah terang. Haha... Sebelum bertolak. Hari ini, aku pulang ke kampung halaman dengan naik motor. Saja cari pengalaman jalan jauh. Lagipun motor dah tak boleh pos guna KTM dari Kuala Lipis. Malas nak guna Pos Laju sebab mahal. Jadi aku dan 6 orang member konvoi bersama. Bertolak dari IPGM seawal jam 7.00 pagi, kami menunggang motor menuju ke Kuala Lumpur. Cuaca sejuk giler bai ditambah hujan renyai-renyai tapi aku suka sebab cuaca sejuk enjin motor tak panas sangat. Sampai jek kat area Genting Sempah Bentong motor mula slow sebab naik bukit. Tapi jalan memang syok la layan lap. Sepanjang jalan area Bentong tu aku nampak beberapa kumpulan motor superbike layan corner. Peh! Terbakar tengok superbike. Motor aku merangkak-rangkak naik bukit, diaorang rileks jek laju macam peluru. Hampeh tol... Dalam hati, dah kerja aku nak beli superbike, kawen nanti dulu. Muahahaha...! Sampai KL lebih kurang pukul 10.30 pagi. Kejap gak sampai sebab target sampai pukul 11.00. Sepanj

Review Filem Gadoh

Image
Aku tak pasti sama ada aku sudah terlambat untuk review filem "Gadoh" ni atau tak. Filem ni dah lama gak dan aku dapat tahu melalui sebuah blog beberapa bulan lalu. Aku tak pasti filem ni ada tak kat wayang. Nasib menyebelahi aku entah macam mana member aku ada simpan filem ni. Jadi apa lagi layan la beb. Dah lama aku nak tengok cerita ni. Sebab kenapa? Sebab filem ni menggambarkan realiti sebenar dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Sinopsis boleh baca di sini. Cinta-cinta tak main la dalam filem ni. Lawak bodoh pun takder. Yang ada cuma adegan dua kumpulan pelajar samseng berketurunan Melayu dan Cina, semangat perkauman yang tinggi, pelajar yang sering dibuli, guru yang tidak berwawasan, guru yang berwawasan, kerenah birokrasi dan dua insan yang berusaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ini. Filem ni memang kasik bakar la siapa yang tengok. Unsur-unsur perkauman ditunjukkan dengan jelas dalam filem ni. Tetapi bukanlah ditunjukkan untuk membakar semangat perkauman sesia

Review Filem Titanic 1997

Image
Please... Jangan gelak macam setan bila baca entry ni. Hak3! Aku tahu aku ketinggalan zaman baru nak tengok filem hebat ni. Hahaha... Sebelum ni ada jugak aku tengok filem Titanic di TV tapi sekerat-sekerat jelah. Jadi tak tahu apa cerita sebenar yang terkandung dalam filem ni. Dah dekat 12 tahun filem ni keluar baru sekarang aku dapat merasai kehebatannya. Yang nyata filem ni Terbaik Daripada Ladang! Aku bukan nak cerita sinopsis filem ni cuma aku nak cerita apa yang menarik perhatian aku dalam filem ni. Kira bila aku tengok tu teruja la takpun sedih tapi tak lah sampai menitiskan air mata. Come on bro, gembeng la kan kalau nangis. Hak3! Orait, di sini aku lampirkan beberapa scene dalam filem tersebut yang telah menarik perhatian aku. Jam poket mekanikal klasik Babak ni memang menarik perhatian aku yang minat jam. Masa zaman dahulu orang pakai jam poket. Sungguh klasik sampai bunyi jarum berdetik pun dengar dalam filem ni. Kuat plak tuh. Klek..klek...klek... Peh! Dapat jam t

Kartun Happy Tree Friends

Tiba-tiba aku rasa boring la berblog. Mungkin sudah ada minat lain, jadi berblog aku rasa semacam sudah bosan. Kalau dulu bila surf internet jek mesti tengok blog. Ceh! Memang jakun giler lah bai. Sejak aku dah ada minat lain, rasa macam takder idea jek nak update blog. Tapi takperlah, kalau tengah ada mood tu aku update gak. Macam entry ni la tengah ada mood. Maklumlah, nak ambik mood study, exam tak habis lagi. Sekali lagi rileks sudah. Sekarang, aku tak kira nak bagi review pasal kartun Happy Tree Friends jugak. Pernah menonton siri kartun Happy Tree Friends? Kalau tengok kat TV Malaysia memang takder sebab kalau masuk TV takut ada kes kanak-kanak siyat perut member dia plak kan. Hehehe... Kartun ni ada adegan bunuh membunuh, tikam menikam, koyak mengoyak, belah membelah otak dan mencungkil biji mata. Korang jangan risau, walaupun adegan kartun ni sangat seram tapi watak-wataknya sangat comel dan cute. Hehe... Kartun ni aku dah tengok sejak akhir tahun 2007 lagi. Memang kelakar gile

The Twilight Saga : New Moon

Image
Hahaha.. Akhirnya.. Dapat juga aku mengemas kini blog ini. Masa taip entry ni pun aku baru jek balik daripada menjawab peperiksaan Pentaksiran Bahasa Melayu. Okeh, dua tiga minggu ni aku asyik ternampak poster atau iklan filem The Twilight Saga. Dia tiru nama Proton Saga beb. Bangga weh bangga. Haha... Stop! Jangan berbual kencang! Teringat masa bulan Disember tahun lalu, aku dan member pergi menonton filem Twilight bersama. Cerita ni sangat menyeronokkan apabila ditonton. Seriyus aku cakap. Masa mula-mula member ajak tengok, dalam hati aku berkata "Cerita mende nih, poster cuma ada gambar lelaki pompuan. Macam takder tema atau tajuk jek". Last-last layan jelah mana tahu best. Sekali dah tengok, haa ko. Touching terus bila tengok pontianak hensem bercinta dengan manusia cun. Itu cerita dulu. Kita cerita sekarang plak. Pada 26 November 2009 ni filem baru Twilight bertajuk The Twilight Saga New Moon keluar. Tapi korang janganlah mengharap dalam cerita tu keluar adegan Pontianak

Akurasi Jam Tangan : Mekanikal VS Quartz

Image
Orait bebeh! Ceh! Ayat macam siyut jek. Hari ni nak cerita sikit pasal jam walaupun peperiksaan semakin hampir. Ala rileks sudah. Yang haruk kusut-kusut pasal soalan sepot buat apa. Hik3! Baca jek mana-mana dan untuk lebih afdal bacalah semua kan senang. Tak payah fikir-fikir masuk ke tak. Hehe... Haih! Cerita lain plak dah. Oklah, apa yang korang rasa tentang jam yang korang pakai sekarang? Adakah ianya sentiasa tepat menunjukkan waktu tanpa sebarang ralat? Sebelum aku meminati dunia horologi (seni membuat jam) secara serius, aku anggap semua jam sama jek dia punya ketepatan masa. Tapi lepas aku bertukar menjadi rakus terhadap dunia horologi, aku mula belajar apa itu akurasi. Akurasi bermaksud ketepatan dan kebanyakan jam di pasaran mempunyai ralat beberapa saat dalam sehari/bulan ataupun setahun. Senang cerita jam tangan yang korang pakai mungkin akan tercepat atau terlambat beberapa saat dalam sehari ataupun sebulan. Contohnya seperti berikut: Jam Mekanikal = Purata akurasi +15 to +

Bermain Ketika Kecil.

Image
Main. Korang pernah main masa kecil-kecil kan. Tipu la kalau tak pernah main. Yang lelaki pernah main masak-masak? Haha.. Kalau pernah jangan malu nak ngaku plak. Pernah main teddy bear atau anak patung lepas tu cakap sorang-sorang macam orang sewel yang cute? Sekali lagi kalau pernah jangan malu ngaku. Hehe... Tak macho main teddy bear? Alah, kecil-kecil takper yang penting dah besar tak jadi bapok, jadi bapak boleh. Haha.. Standard la masa kecil-kecil main sama ada main sorang-sorang atau berkawan. Dulu aku kalau balik kampung mesti main masak-masak dengan sepupu takpun main korek pasir pastu berkudis kat kaki. Hehehe... Tu yang bila dah besar macho semacam kaki aku. Bila tengah main tak fikir malu yelah budak kecil kan. Kalau tanya aku kau main masak-masak macam mana? Aku main masak-masak bukan macam sesetengah budak perempuan (main olok2). Aku dengan member main masak-masak style bakar-bakar guna api real punyer. Hehe... Ambil getah tiub tayar, kayu, batu dan periuk. Pastu mula la

Budaya Ngecek...

Image
Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan cerita. :P “Karim, mintak sikit kopok kau?” “Weh, sikit-sikit! Nak gak” “Daud, seteng kuih ko?” Masa sekolah dulu biasalah ngecek-ngecek member. Adat. Tak bagi memang sah kene cop kemut atau mantul. Pew! Pernah dengar ayat mantul? "Mantul seh budak kecik nih dengan senior". Contoh gitulah. Maksud secara ilmiahnya (eceh!) melawan. Beli jajan kat sekolah mesti ada member ngecek kan. Kalau yang jenis tak kisah ye tak kisah. Kalau yang jenis kemut mesti panas hati kan. Hehe... Tapi tu masa sekolah jek lah. Dah besar ni aku tengok takder lagi keadaan macam ni. Nak beli jajan 20 sen pun segan ye tak. Apa barang beli jajan 20 sen. Paling koman jajan yang paket besar tu la. Heee...! Siapa yang pernah duduk asrama, korang mesti pernah bawa bekalan makanan dari rumah kan. Macam biskut, cokelat, keropok dan air. Aku dulu selalu bawak makanan camni. Kat tempat aku orang panggil ‘hasil’. Bila jejak jek kaki masuk pintu dorm, member pu

Barang Made In ???

Image
Sebenarnya, persoalan ni dah lama terbuku dalam serebrum aku. Kalau kita lihat pakaian atau barang berjenama contohnya Nike, Adidas, Puma, Converse dan sebagainya hampir kesemua akan tertulis Made In China, Made In Indonesia, Made In Malaysia dan sebagainya pada tagnya. Biaselah, walaupun jenama macam Nike berasal dari negara orang putih tapi barang-barang mereka kat Malaysia selalunya dibuat di Asia untuk menjimatkan kos pengeluaran. Jam tangan pun sama gak, walaupun jenama dari Jepun tapi kebanyakan dibuat di China dan Thailand. Sesetengah je yang betul-betul Made In Japan. Ahhh! Tengah giler jam Grand Seiko (tak mampu beli pun, harap masa hantaran :P). Cuma yang membuatkan aku terfikir, kenapa syarikat-syarikat besar ni mesti nak tulis Made In China, Thailand pada barang mereka. Syarikat Nike dan Adidas lagilah ada baju diaorang tulis Made In Thailand walaupun ori (buat kat Thai). Bagi aku lah kan, bila diaorang tulis Made In China pada label barang, jadi nampak macam tak ori wala

Internet Archive : WayBackMachine

Image
Orait, entry kali ni sekadar hendak berkongsi sesuatu yang aku rasa menarik. Mungkin ada di kalangan korang yang dah tahu. Tapi takper, bak kata aweks-aweks blogger Malaya, sharing is caring. Hehehe... Sharing suami (bermadu) pun dikira caring jugak lah ekk. Hahaha... Yahoo! ketika zaman awalnya... Pernah tak korang terfikir nak tengok laman web version dulu-dulu? Contohnya laman web yahoo.com pada tahun 1998. Takpun google.com pada tahun 1999. Laman web version lama nih masih boleh kita lihat di laman web ni, http://www.archive.org/web/web.php . Nak guna senang jek, taip url laman web yang korang nak tengok dan klik take me back. Rasa seronok bila dapat mengimbas kembali laman-laman web ternama ketika zaman dulu-dulu. Grafik yang diaorang gunakan pun masih kiut miut. Hehe… Tapi kalau blog sengal macam blog ni memang tak tersenarai pun. Bazir space memory diaorang jek nak save arkib blog nih. Hehe… Ok, ni aku bagi sikit gambar beberapa website yang ketika itupun aku masih kecik dan tid