Posts

Showing posts from May, 2009

Aku tengah cuti woi!

Image
Bestnyerrrr cuti! Hahahahahahahahahaha...Ketawa...Ketawa...Ketawa lagi sepuas-puas hati! Huuuuuuhuuuuuhuuuu! Lupekan masalah dan kebosanan hidup di tempat belajar. Huhuhuuuu...!

Yehhh! Peperiksaan dah habis!!!

Image
Yehhh! Peperiksaan dah habis!!! Hari ini, tanggal 26 Mei 2009, tamatlah peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Moga-moga rakan sekalian mendapat cgpa 4.00 dari kiri: ayisy, syafiq, shafiq, fahmi, azmi dan fahdil p/s: gambar ini telah diedit oleh seseorang yang tidak diketahui namanya.

Langkah Terakhir Meninggalkan SMK Dato Bentara Luar.

Video di bawah merupakan saat-saat akhir saya dan rakan-rakan meninggalkan alam persekolahan di SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor. Memang tak tau malu betol la aku mase tu. Hehehe... Ambil gambar macam orang sewel. Video ini telah dirakamkan pada tarikh 5/12/2006 bersamaan sehari selepas peperiksaan Biologi(SPM 2006). Langkah terakhir! Di sebuah tempat di mana budak-budak SDBL menjadikannya 'port' menunggu bas untuk pergi ke Summit Parade, Bus Stand BP, Kedai Kasut Champion, Pak O dan lain-lain lagi.

Aku Tak Puas Hati!!!

Image
Aku tengah tak puas hati ni. Tersangat tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku kepada diriku ini. Pada bulan 12, tahun lepas, aku telah membeli sebuah modem broadband 3g berjenama HUAWEI e169g yang berharga rm399. Benda cinonet tu aku beli dekat PC Fair BP Mall. Sebelum aku beli benda cinonet tu, aku dah usha semua kedai dekat Batu Pahat, Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Kebanyakan masa tu modem jenama HUAWEI e169g dijual pada harga rm499. Giler mahal! Jadi, masa dekat PC Fair aritu, modem tersebut dijual pada harga rm399. Kira murah la kan berbanding harga kat tempat lain. Aku usha dekat ebay pun harga lebih kurang sama. Jadi selepas berfikir selama dua hari berturut-turut, aku mengambil tindakan drastik untuk membeli modem tersebut. Hahaha... Aku membeli modem 3g HUAWEI e169g pada harga rm399! Bangga giler masa tu sebab dapat harga paling murah. *masa tu la* Kemudian aku daftar perkhidmatan internet jalur lebar Celcom pakej Basic (rm68 sebulan) sebab terpengaruh dengan iklan di

Belajar...Belajar...Periksa Dah Dekat Woi...

Image
Ahhh... Periksa... Jom Baca Buku... Pastu Tido... Baca Buku Balik... Pastu Tido...

Butterfly (OST The Butterfly)- Melly Ft Andhika Pratama

Image
Arrrggggghh!!! Kenapa dengan aku ni... Apesal la sejak dua menjak ni aku boleh terlayan lagu ni... Sejak bila pulak aku boleh terlayan lagu jiwang ni... Aduiiii... Paisey betol laa. Dulu, aku mana layan lagu-lagu macam ni. Adakah aku sudah berubah menjadi seorang peminat lagu-lagu macam ni??? Sedangkan dulu aku adalah peminat lagu-lagu ACAB, BUTTERFINGER, U2, THE KILLERS... Jika dulu aku layan lagu BUTTERFINGER, sekarang aku sedang melayan sebuah lagu BUTTERFLY!!! -----PAISEY----PAISEY----PAISEY--- Padahal lagu ni dah lama dah. Tapi lantaklah, gua nak layan gak!!! Hehehehe.... :) Ketika waktu mendatangkan cinta Aku putuskan memilih dirimu Setitik rasa itu menetes Dan semakin parah Bisa ku rasa getar jantungmu Mencintaiku apa lagi aku Jadikanlah diriku Pilihan terakhir hatimu Butterfly terbanglah tinggi Setinggi anganku untuk meraihmu Memeluk batinmu yang sama kacau Karena merindu Butterfly fly away so high As high as hopes I pray To come and reach for you Rescuing your soul The preciou

Great Teacher! Cikgu Mohd.Husin bin Yahya

Image
Assalamualaikum semua. Pada petang yang sempoi-sempoi keadaannya ini, sedang aku lepak-lepak di dalam bilik mengadap laptop kesayangan... Tiba-tiba... Yaaah! Aku membuka sebuah fail gambar yang diambil semasa saat-saat akhir menjawab kertas SPM a.k.a hari-hari terakhir persekolahan aku. Ohhh..! Beberapa keping gambar cikgu aku masih tersimpan rapi dalam fail laptop aku. Huhuhuuu...! :) Namanya... Cikgu Mohd.Husin bin Yahya Nak dijadikan cerita, sejak aku menjejakkan kaki di asrama SMKDBL daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, belum pernah ada warden tetap di asrama aku kecuali Cikgu Hairul masa aku tingkatan 1 dan 2 kalau tak silap. sampaila pada suatu hari tu, tiba-tiba, datang seorang ustaz baru masuk sekolah aku. Namanya Ustaz Zafri. Dia jadi warden asrama aku. Pastu, tak berapa lama selepas itu, datang lagi seorang cikgu baru kat sekolah aku. Dan cikgu itulah yang bernama Cikgu Mohd.Husin bin Yahya. Kitaorang panggil dia Cikgu Husin jek. Die jadi warden aku daripada tingkatan 3

Pertandingan Suara Emas IPGM

Image
Yeeeh!! Tu dieer! Pertandingan Suara Emas telah diadakan di IPGM KPTAA (dulu dikenali IPTAA) aku untuk mencungkil bakat guru-guru pelatih. Setiap peserta mewakili kolej kediaman masing-masing dan kemeriahannya sungguh terasa walaupun aku datang lambat akibat terleka menikmati hidangan Chicken Chop di Pahang Club. Kih3!!! Apa pun, aku nak ucapkan syabas kepada semua peserta yang terlibat. Cuma aku harap, lain kali kalau nak nyanyi dalam pertandingan-pertandingan macam ni, nyanyilah lagu asli ke, zapin ke, ghazal ke, keroncong atau yang bersifat kemelayuan. Rata-rata peserta menyanyikan lagu Pop dan moden. Hehehe.. Pandai cakap jek. Para penonton berkumpul di sekeliling bangunan akademik Penonton yang terpegun dengan kesedapan lagu yang dinyanyikan peserta!!! Beberapa penonton yang terlalu ghairah mengambil gambar walaupun bukan peserta. (p/s: Paling kiri sekali pemilik blog ni. Kih3!!!) Setelah puas menyaksikan pertandingan Suara Emas IPGM (IPTAA)

Google Adsense - How To Start Making Money

Image
Google Adsense is a dominating force in the internet marketing arena and is considered one of the best the ways to make extra money online. Earning money with with Google Adsense can be done easily and quickly. You will be amazed at the results you will get in a very short period of time. How Should You Maximize Your Web Site Earnings? Google Adsense will enable you to easily monetize any of you web sites simply by building web pages that contain google ads. It is without a doubt one of the best money making tools you as a marketer can have on your web site. Google Adsense will allow you to cash in on the incredible advertising profits it generates. Google Adsense ads can generate considerable income for you. Be sure to properly tune your web site so that you can maximize your income by squeezing every possible penny out of the Adsense ads you display. You don't want to leave any money on the table. There are some things you must first consider before you begin writing your articl

Setelah Agak Lama Menyepi...

Image
Salam Semua. Aku rasa minggu ni aku jarang kemas kini blog ni. Tak tahu la kenapa. Dulu selalu rajin kemas kini. Mungkin sekarang aku tengah sibuk kot. Sibuk??? Ntahlah... Kenapa ekk sejak dah nak habis semester ni aku rasa bosan sangat. Kadang-kadang aku rasa bingung, rasa nak marah dan sedih. Minggu lepas, aku balik kampung. Lepas jumpa member lama dan jalan-jalan di tempat kelahiran aku, aku rasa lega. Tapi bila balik tempat aku belajar...arggggghhh. MEMBOSANKAN. Tak tahu apa yang nak dibuat. Keluar ke pekan rasa bosan sahaja. Duduk bilik, ngadap laptop, tak tahu nak buat apa. Emmm... Bila la rasa sedih dalam diri ni hendak hilang.

Cuti Pendek Yang Sangat Bermakna.

Image
Salam semua. Hari ini, aku berada di kampung selama 2 hari sempena cuti hari pekerja walaupun aku belum kerja. Hehehe... Tadi, aku keluar jalan-jalan dengan member rapat aku sejak sekolah rendah lagi. Kitaorang pusing-pusing dekat B.Pahat sampaila malam. Rasa kejap jek. Walaupun kejap, aku rasa puas sangat sebab dapat jumpe member lama dan lepaskan rindu dekat tempat aku membesar...Batu Pahat. Mula-mula, kitaorang lepak kat BP Mall, tibe-tibe aku nampak Nash buat show. Aku dengan member aku nak ambik gambar dengan Nash, tapi malu beb sebab ramai giler kat pentas tu. Jadi, tengok jela. Hehehe.. Lepas tu, aku dengan member aku pegi Carrefour, jumpe plak dengan Fatin(PSV) member seIPG aku. Hahaha... Lepas Maghrib, aku pegi lepak dekat Tasik Y. Best giler dok situ sambil bebual-bual kambing terkenang zaman sekolah dulu. Kui3!!! Dalam pukul 9 lebey, lepas puas lepas rindu dan jumper member, aku pun balek la ke rumah. Esok dah nak balek K.Lipis.... Huk3!!! Sedih beb... Boringggnyyeerrr.....