Tisu Isotonik Revive!


Ok. Sekarang aku berada di rumah. Rileks gak lah tapi kadang-kadang bila terfikir pasal kerja kursus dan kerja yang perlu disiapkan terus terbantut mood rileks aku. Huh! Takper Ayisy kau buat bodoh jek dengan keadaan itu. Lagi 3 minggu cuti lagi kan. Hahaha.

Sebenarnya nak cerita satu menda nih. Disebabkan takder benda nak cerita jadi terhasillah cerita ni. Hehe. Semalam masa dalam perjalanan pulang, aku singgah jap lah kat stesen minyak area Sungai Besi. Tengah sedap lepak-lepak hilangkan sakit ^%^$^*, aku ternampak Revive tengah buat promotion. Tak tahu apa tu Revive? Ala Revive air isotonik tuh. Dia bagi air percuma secawan. Aku pun apa lagi rembat la secawan. Gulp-gulp habis secawan. Hahaha.

Lepas jek habis minum air tuh tiba-tiba ada seorang pekerja Revive datang kat aku dan bagi tisu. Dia cakap "tisu" dengan senyuman yang amat mesra. Hihihi. Well, tisu yang dia bagi tu bukan tisu 20sen bai tapi tisu Revive! Ya! Tisu Revive! Haha. Saja bagi kepoh. Aku bukak jek tengok ada tisu lain macam seh. Basah-basah pastu wangi. Dalam hati ni tisu isotonik juga ke? Huhu.

Aku pun yang sungguh teruja terus test pakai kat muka. Wahhhhhhhhhh! Bila disapu kat muka jek terus rasa sejuk seperti baru mencuci muka. Haha. Cerita nak lebat. Tapi memang best lah pakai tisu tu. Muka rasa bersih, sejuk dan segar jek. Bukan macam tisu biasa. Ditambah keadaan muka aku masa tu berpeluh dan kepam. Yelah kalau naik motor komfem muka kepam. Hahaha. Jadi, ia sesuai untuk orang yang naik motor 7-8 jam bermuka kepam. Hik3!

Tapi benda ni ada jual ke kat kedai? Rasa macam tak pernah nampak jek. Takpelah. Nak cerita pasal konvoi balik kampung hari tuh plak. Rugi la plak tak ambil gambar satu pun. Kamera takder, handphone plak bateri low. Hampeh tol. Sepanjang highway PLUS jem taknak panjang plak. Berkilo-kilometer siyak. Nasib baik motor aku kurus. Kesian korang yang bawak kereta, dah la kena bayar tol pastu tersekat tengah jalan. Lain kali join budak-budak naik motor yek. Selain percuma, jimat dan boleh cilok ia juga melatih punggung anda untuk tidak sakit semasa duduk dalam keadaan yang lama. Sekian terima kasih. Hahaha.

Comments

kainbatiksaya said…
erh ade ker??!

pelik2 la kau nieh. ahha
Afzainizam said…
salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

air isotonik...eeeemmmm
minuman isotonik memang lebih baik daripada air biasa, karena minuman isotonik dapat lebih cepat menggantikan zat-zat elektrolit yang hilang. ...

isotonik mampu menjaga kelembapan kulit dan tubuh lebih baik daripada air biasa.

air isotonik semulajadi…kire macam 100plus la…tapi 100plus tu ade gas…

minuman ini mengandung garam natrium (NaCl).kira sama ngan kita minum air kelapa lah....

pasal tisu tu aku selalu guna masa kat kedai gunting lepas cukur amoi tu bersihkan balance rambut yang tinggal kat muka... memang nyaman... tapi aku tak tu plak sama ade tisu tu nyaman atau aku suka amoi tu lap muka aku tu.... eeeee....
ooo....balik kampung...=)
Amirah Rashid said…
kepam tu ape? -.-"
btw, xsgke ade tisu revive
haha
bak sini sehelai :D
hans said…
hahahaha
aku daftar ahli dkt campus
dia kasi air tin free
huhuhu
syeramomo said…
sejuk..??
segar..??

cm baby wipes ea..??
atoyai comeyny..

miahaha~
ayisy said…
candy dandy, ada2. aku dah pakai. hehehe.

afzainizam, ish sebut air kelapa terus ngidam air kelapa. mana nak cari nih. hahaha... bro, jangan sampai terpikat dgn amoi tu plak. haha.

noor afzan, hohohoho balik kampung, dah sapai kampungggg!! hehe

amirah rashid, kepam tu mcm masam2 lah. hehehe.. tisu tu dia buat utk promosi jek kot. takder jual. huhu.

hans, oh, kau skrg ahli Revive lah yer? Boleh belanja aku satu karton air Revive. hehe.

syeramomo, a'ah nyaman jek bila pakai. macam tisu berubat kot. hahaha..
hans said…
hahaha
aku jadi ahli sebab nak dapat air free
tapi aku xsempat minum
sebab batuk
member umah aku yg bedal
hahaha

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...