Jenis Hukuman Masa Sekolah.


Semasa bergelar murid sekolah rendah, apa yang selalu kita fikirkan? Yang aku selalu fikirkan dalam kepala hotak adalah bermain, makan jajan, sekolah dan kerja rumah. Isnin sampai Jumaat sekolah. Hari minggu main. Haha. Seronok masa kecil-kecil tak payah fikir pasal duit, kos hidup dan makan-minum. Apa yang kita pakai pun tak kisah. Nak smart, nak comot, nak pakai seluar ajek... Rileks...! Huhu.

Tapi satu jek yang menjadi igauan semasa sekolah rendah. Kena denda dengan cikgu. Denda atau hukuman ni ada macam-macam jenis. Ada kena rotan, ketuk ketampi, jemur tengah panas, cubit, tampar, berdiri atas kerusi/meja, keluar kelas, kena balik lambat, tak boleh keluar rehat dan sebagainya lah. Aku nak cerita sedikit mengenai pengalaman aku kena denda nih. Aku rasa ramai diantara korang semua pernah kena kan walaupun korang baik tahap nak mampos masa sekolah dulu. Hahah!


1. Kena rotan/sebat. Ini merupakan hukuman paling kontroversi punyer. Zaman sekarang, guru silap rotan boleh kena saman. Cam syiall jek budak zaman sekarang. Jambu giler dah kena rotan pastu main saman. Aku dan member dulu kena rotan dengan cikgu rileks jek. Takder nak ngadu-ngadu. Masa sekolah rendah kena sebat kat tangan jek lah. Sekolah menengah ada la beberapa kali kena sebat kat tut tapi jenis biasa-biasa jek. Bukan jenis kena tonggeng pastu cikgu disiplin rotan guna rotan besar. Hehe.

2. Cubit. Ini masa sekolah rendah aku ingat lagi masa Matematik. Tak siap kerja rumah kena cubit kat badan. Dia punyer kaw kalau kena cubit masa berdiri sampai terjinjit-jinjit wa cakap lu. Hihi. Kesan cubitan yang comel pasti ada di badan. Kalau kena cubit kat side burn mak aih... Hanya Tuhan yang tahu azabnya.

3. Ketuk ketampi. Haha. Yang ni wa cakap lu kalau kena 50 kali komfem korang punyer peha bengkak sampai tak boleh berak. Nak jalan kengkang jek. Aku ingat lagi masa aku fail BI masa darjah 5 kalau tak silap. Kena ketuk ketampi sampai gigil kepala lutut. Esok bangun tido jek, terus jalan kengkang. Hiihi.. Tapi aku rasa ketuk ketampi bagus untuk membina otot yang mantap di bahagian peha. Hehe.

Hahaha. Gambar hiasan. Tengok member aku dua orang yang tinggi tuh. Kat sekolah komfem budak-budak takut.

4. Jemur tengah panas. Yang ni aku pernah kena beberapa kali oleh cikgu Sains masa sekolah rendah. Silap apa tak ingatlah. Aku dan member berbaris di atas gelanggang sepak takraw tengah panas. Memang mood terus down lah masa kena. Malu seh ramai orang tengok. Dengan panasnya lagi. Huk3! Sampai hati cikgu buat macam nih. Hihi.

5. Berdiri atas kerusi/meja. Hukuman ni paling popular zaman sekolah. Cikgu tanya "kenapa tak bawa buku?" Murid jawab "errr...nenek saya baca kat rumah cikgu". Secara automatik murid akan diperintahkan berdiri atas kerusi. Aku ada pengalaman kena diri atas kerusi. Memang malu sehh! Rasa macam semua orang termasuk yang lalu lalang di tepi kelas melihat diri aku yang agak hot (atas kerusi) ketika itu. Ekekeke!

Ok, itu jek lah yang aku nak kongsi. Banyak lagi sebenarnya jenis hukuman yang selalu cikgu beri. Dan kalau korang nak tahu, denda seperti berdiri di atas kerusi dan ketuk ketampi adalah tidak dibenarkan. Sebabnya apabila murid berdiri di atas kerusi ia dah menghalang hak murid tersebut untuk mendapat pendidikan dengan sempurna. Tapi bagi aku kalau tak buat hukuman macam tuh, murid-murid makin bengong adalah. Makin manja komfem makin mantul. Aku dulu masa sekolah pernah jek kena hukuman macam tuh. Takder pun patah riuk, masuk hospital takpun jadi separuh giler akibat hukuman yang cikgu beri. Dah buat salah terima je lah hukuman. Tak nak kena jangan buat salah ye tak. Huhu.

Jadi, tu jek lah aku nak cakap untuk hari ni. Punyer la susah nak cari masa untuk blog. Emmm. Cuti...cuti. Di mana kau... Lagi seminggu lebih jek nanti. Seksanya menunggu penantian ini. :P

Comments

nabilah_2908 said…
salam ziarah... :)

nice n3...

hmm...dulu..if tak siap buat homework...kena duduk di koridor luar kls..siapkan homework tu..malu..semua orang tgk..kls dh la dekt dgn bilik guru..

pernah juga di denda jalan itik..kena lalu depan kls2 orang..ats sebab apa..dh tak ingt dh..huhu.. :)
TMUkmkd said…
emm aku tak pernah kene public canning. tapi pernah kene canning masa darjah 4 :D
kainbatiksaya said…
5 teruna pinggitan. erkk?! haha
Amieynna Amin said…
xpernah kene semua yg dsenaraikan.. tapi pernah kene tepuk belakang kuat2.. sbb lmbat jawab sifir.. huhu
Afiqah Azmee said…
semua jenis hukuman dah pernah kena.. hahahahha~
Nazz@Purple said…
Nazz kene pulas telinga..suke2 je cikgu tu:(..nazz baik je pe..
chah~ said…
huhu.. tingat mase kt mrsm dulu.. kalo failed kuiz, (markah fail adalah bawah 75%)amik kertas kt lantai then automatik ko kena kua kelas. tunggu hukuman. haha..
ayisy said…
nabilah, yup! jalan itik saya pun pernah kena. huhu. pusing satu kelas. pastu cakap saya janji tak buat lagi. hampeh jek. huhu.

TMUkmkd, huhu. setiap org mesti ada pengalaman tersendiri. sepanjang persekolahan, mesti pernah kena denda dgn cikgu.

candy dandy, hahaha. mau satu? pilih saja mana yg berkenan kecuali baju hitam tuh. hek3!

amieynna amin, wah! mesti dulu masa sekolah baik kan. kene tepuk tu sy selalu gak kena. huhu.

miss lula, hahaha. give me 5!

nazz@purple, pulas telinga sakit gak. huhu. kita kalau baik mcm mana pun mesti terkena gak. huh!

chah, huhu. saya pernah kena campak buku ke luar kelas. mala seh masa tuh. :(
duniajam said…
Berdiri atas kerusi benda biasa. Ketuk ketampi pun biasa. Cubit sana sini pun dah biasa.

Tapi kena tampar, kena tumbuk dengan cikgu tak ramai yang kena. Perit masa tu, tapi kenangan manis bila ingat balik. Semua asam garam zaman sekolah mendidik aku jadi macam sekarang.

Budak sekarang manja.... Kena rotan, mak bapak campur tangan. Siap saman cikgu. Budak2 naik lemak, kurang ajar. Nak didik tak boleh. Susah. Mak aku sampai sakit jantung stress dengan budak2 sekarang. Sepak terajang budak kepada cikgu pun banyak. Mak bapak defend anak walau jahat macam setan.

Entahlah zaman sekarang. Dah terbalik. Sebab sistem pendidikan sekarang yang melebihkan pelajar & mak bapak, tapi meminggirkan guru-guru. Budak2 dah tak hormat cikgu. Zaman dulu budak reti hormat cikgu, walau cikgu garang nak mampos. nak lawan cikgu rasa macam tikus je. Zaman sekarang? Hmmm....
Amirah Rashid said…
bukan takat diri ats meja&kerusi.
kene angkat meja&kerusi pn ade!
da prnh kne time drjh 6
haha
yg plg xblh lupe, kene pukul dkt dgn dgn pembaris
kalau pmbaris kayu yg pjg tu xpe gk
ni pembaris BESI
mmg sedap laa
haha :D
Anonymous said…
Oke baju hitam itu sudah berpunya...
wahahahah


-Candy Dandy-
ayisy said…
duniajam, budak-budak zaman sekarang mmg susah diajar. guru juga dah tak boleh suka-suka rotan murid. emmm...
tak tahu lah apa nak jadi lagi 10 tahun akan datang...

amirah rashid, pembaris besi? Fuh! Mseti kaw2 kan. Kawan saya pernah kena. Ngeri bila tengok tuh. huhu.

candy dandy, hehehe. :P
Afzainizam said…
Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogs[pot.com

aku suka tengok dialog tu.... kangkadang mungkin berlaku kat kita gak.... bohonglah kalau tak mengaku....

dulu aku asyik kena berdiri dari atas bangku hingga atas meja kemudian out lah dari kelas.... aku mmg tak minat kelas matematik dan tak suka buat kerja sekolah...
Tapi sekarang aku agak sesal gak kalau masa boleh diundur nescaya aku akan belajar bersungguh-sungguh....

kerana aku percaya guru ibarat lilin yang akan membakar dirinya menerangi orang lain....

thanks guru-guru....

cuma yang paling aku tak gemar kena berdas-das rotan kat peha.... eemmmmm aku terima hakikatnya....
Afzainizam said…
Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogs[pot.com

aku suka tengok dialog tu.... kangkadang mungkin berlaku kat kita gak.... bohonglah kalau tak mengaku....

dulu aku asyik kena berdiri dari atas bangku hingga atas meja kemudian out lah dari kelas.... aku mmg tak minat kelas matematik dan tak suka buat kerja sekolah...
Tapi sekarang aku agak sesal gak kalau masa boleh diundur nescaya aku akan belajar bersungguh-sungguh....

kerana aku percaya guru ibarat lilin yang akan membakar dirinya menerangi orang lain....

thanks guru-guru....

cuma yang paling aku tak gemar kena berdas-das rotan kat peha.... eemmmmm aku terima hakikatnya....
ayisy said…
afzainizam, bro, walau apapun yg dah berlaku, kita anggap takdir dan tak baik utk kita sesalkan sgt. Aku kagum dgn bro afzainizam. Ada perniagaan sendiri. Bukan senang nak tgok org Melayu berniaga/ushawan. Aku sebenarnya tak berapa suka kerja dgn majikan. Kalau boleh nak kerja sendiri. Tapi setakat ni aku cuba jd guru dulu. Bila kewangan dah kukuh, mungkin aku akan pilih utk berniaga plak. Tu mmg cita2 aku. Huhu.
midorimina said…
hukuman cubit & rotan tu slalu kena masa sekolah rendah dulu. kena sebab tak siap kerja maths. cikgu cubit kuat giler sampai biru.


tadi kat sekolah baru je tengok kawan kena denda. denda sebab x siap nota KH. kena bersimpuh kat depan kelas sambil buat nota. malu giler ah kalau kena.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...