Minyak Rambut Dan Lelaki.
Nak cerita pasal minyak rambut plak lah. Maklumlah, dah duduk kampus jarang jalan-jalan. Jadi tak dapatlah nak update cerita pasal tempat perlancongan, tempat makan-makan atau tempat lepak-lepak. Kalau korang perhatikan entry semasa aku bercuti di rumah banyak pasal travel dan shopping. Masuk kampus jek dah takder. Hehe..
Minyak rambut memang tak dapat dipisahkan dengan budak lelaki. Orang Jawa kata Bocah Lanang gitu. Aku tak pasti sejak bila aku pakai minyak rambut. Yang penting masa sekolah rendah dah pakai lah. Zaman tu tengah giler Brylcreem warna merah dan hijau. Code 10 pun boleh blah gak lah. Masa mula-mula pakai tu pakai yang jenis krim punyer. Kecik-kecik lagi belum sunat dah pandai melaram buat rambut fesyen ada jambul seto'et (kecik). Hahaha..
Brylcreem Bentuk Ubat Gigi.
Masuk sekolah menengah dah pandai pakai jenis gel. Pakai gel memang keras la rambut lu. Tapi aku pakai bukan sebab nak bagi pacak rambut. Bagi dia maintain cute jek. Haha. Aku dari kecik sampai sekarang tak pernah buat rambut stailo-stailo seh. Siyes! Hehe. Pastu ada sekali tu zaman Brylcreem buat gel rambut dalam bekas macam ubat gigi. Mahal gak gel botol ubat gigi tuh. Aku pakai jenis tu sampai form 5.
Masuk IPGM, ada duit sendiri aku mula pakai wax jenama Gatsby. Zaman sekolah dah ada benda alah ni tapi tak mampu beli. Sebotol dalam RM15. Aku suka pakai wax sebab tak melekit dan berminyak. Cuma rambut jadi kesat jek dan perlu syampu untuk membersihkannya. Pastu tengok ada wax spray aku bantai beli. Senang pakai spray sebab malas nak pegang wax yang kesat tuh. Hahaha. Tapi masuk tahun 2009 aku stop pakai apa-apa produk rambut. Sebabnya malas, tak suka rambut berbau wangi yang menusuk dan malas basuh tangan. Selamber jek pergi kuliah rambut tak berminyak/wax. Ok jek aku tengok.
Selain tu aku ada gak pakai Leave On Sunsilk. Senang pakai dan rambut cool jek. Tapi disebabkan pagi-pagi aku nak cepat dan pergi kuliah bawak motor, tak guna aku pakai semua tuh. Sebab tu sampai sekarang dah dekat setahun aku stop pakai produk rambut. Aku cuma syampu jek.
Gatsby Wax. Ya! Sapukan lilin ini di rambut anda untuk gaya ala Japanese.
Aku suka tengok botol dia. Cun!
Oh yer, kecik-kecik dulu femes pakai minyak Tancho dengan Bon kan? Hehe. Tapi bau dia peh! Bau paeng siyal! Apa pun, tak kira la jenama minyak rambut apa aku pakai, style rambut aku tetap sama sejak kecil. Belah tepi jek. Wakakaka!
Comments
4 Tips Mendapat Cinta Bagi Lelaki
fid, hahaha. mana ada. aku cari minyak Bon. Dah jumpa kat Sejati. Hak3!
Bau macam minyak gris kete tamiya do..
Kalau boleh aku x nak minyak rambut bon tu melekat kat rambut aku buat selama-lamanya..haha
Misz_monique sekolah kat K.Lipis eh? Sy belajar kat IPGM Tengku Ampuan Afzan. So kalau jumpa kat Lipis tegur2 lah. :)
ha'ah. dkat SMK Clifford. Insya-allah nnti kita tegur klau jmpa. :)
Tahun 2008 saya ada pergi SMK Clifford. huhu
dah merata cari xjmpa2...
aku duk area KL...sapa2 tau?
or ade sapa2 baek ati leh tlg belikn?
-afif-
Lumayan buat nambah elmu.
Gema Parfum
Minyak Wangi pria favorit.
----------