Jambatan Gantung Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

Cantik. Tengok dia punyer tiang cukuplah memang smart ahh.

Ok, dah tengok gambar kat atas ni lama-lama? Korang rasa kat mana? Taman Negara? Sungai Pahang? Atau Sunway Lagoon? Hahaha. Semua bukan bai. Sebenarnya jambatan gantung tu belakang bilik aku jek. Hebat tak? Haha.

Well, jambatan gantung tu adalah ikon terbaik IPGKTAA aku. Dulu tiap-tiap hari lalu sampai dah takder feel. Kalau yang mula-mula lalu mesti jakun punyer lah. Sekarang aku dah jarang lalu sebab malas jalan kaki pergi kuliah untuk menambah berat badan aku yang cekeding nih. Akibat usaha ini, berat aku naik daripada 52kg (2008) kepada 61kg (2009). Macam haremm jek aku. Haha.


Pandangan atas. Budak baju hitam tu mesti tengah feel lalu jambatan ni. Ekeke. Gurau jek.

Berbalik kepada jambatan gantung ni. Jambatan ni korang jangan main-main. Dia punyer tinggi memang boleh buat main terjun bunjee. Tak percaya? Korang tengoklah dia punyer tiang tu tinggi mana. Nasib baik kat bawah tu takder air. Eh, ada. Air longkang jek lah. Kalau sungai aku rasa dah lama budak IPGM aku berkubang kat situ sambil main terjun dari atas jambatan. Muahaha. Cam syiall jek kenyataan aku.

Nak lalu jambatan ni hati-hati lah yek. Jangan duk berjoget atas jambatan ni. Kalau berjoget komfem bergegar macam gempa bumi. Kalau yang steady takpelah. Ni yang jenis penakut mesti melalak punyerlah. Agagaga. Satu lagi kalau yang pompuan pakai heel tu, jalan tengok-tengok lantai eh. Kalau heel tu sangkut kat celah lantai tu abang tak nak tolong. Kih3!

Papepun, kepada warga IPGKTAA, hargailah jambatan gantung ini yer. Jagalah ia dengan sebaiknya. Jangan duk hayun jambatan tu masa lalu. Tahulah korang tension belajar. Kang kalau jatuh dah tak sempat jadi cikgu. Hehehe. Ok, aku nak chow dulu. Aku pun tak faham kenapa Bahasa Melayu aku makin jahannam. Haha. Ampun cikgu BM!


*gambar-gambar aku rembat daripada Facebook budak-budak IPGKTAA. Sory yer! Hehe

Comments

kainbatiksaya said…
Best tuh bergayut,...
Amirah Rashid said…
boleh golekgolek dkt situ x?
haha :D
Afiqah Azmee said…
kem salam kat budak baju hitam. ahahaha~
Anonymous said…
>_<"
knp tempat sy takde benda ni?!?!?!
>_<"
[z@ck] said…
wah...cantik..
baru tau kat IPGTAA ada titi gantung..
landmark yg sgt menarik
ayisy said…
candy dandy, jom datang sini utk bergayut di jambatan tuh. hehe

amirah rashid, boleh2. nak jadi macam tarzan pun boleh. tapi kalau kena tangkap dgn pak guard faham2 lah yek. hehe

miss lula, aiseymen, budak baju hitam tu tak dapat dikenal pasti lah siapa. adehhhh! hehe

tirah watif, sila buat laporan ke jabatan HEP utk memohon jambatan seperti ini. hihi.

zack, mmg cantik. tp saya baru perasan baru-baru ni :P huhu.
hans said…
hahahaha
uitm aku dlu ada jambatan gantung tapi pendek jer dan unik
ekekekke


maaflah kalau lari topik tapi nak minta tolong kamu vote entry saya yang bernombor 19 di blog www.denaihati.com

lebih mudah nak faham sila click entry ini dan harap sudilah vote entry no 19 saya tu..

terima kasih yer n promotelah dkt member2 sama suruh vote entry saya
ayisy said…
hans, oh. ada gak. jom arr dtg ipgm aku. kita lepak kat jambatan tuh. haha.. aku dah undi kau dah. gud luck!
duniajam said…
Adik aku belajar kat sini dulu. Baru ja abis blajar. Tak tau lak ada jambatan tu... Tapi sayang, ingat ada peluang nak pi sebab aku tak pernah pi pun... Cadang nak pi masa dia grad, tapi dia grad kat PWTC la pulak. Aiyaa...
ayisy said…
duniajam, hah? siapa namanya? KPLI ke? huhu... Pelajar KPLI mmg grad kat PWTC. huhu..
duniajam said…
Adik aku pompuan. Ko tak kenal kot. 1st batch yg masuk fresh SPM. Bkn KPLI. 18 Mac grad kat PWTC
ayisy said…
ohh... yg OUM ke? Kalau yang senior2 aku kenal yg amik PJ OUM. Semua budak perempuan. huhu.. diaorang baru posting tahun nih.
duniajam said…
Bukan. Apa ntah istilahnya. Kena masuk maktab buat kursus dulu 1 1/2 tahun dulu. Baru masuk buat degree. Dia 1st batch yg masuk dari SPM
ayisy said…
oh.. yg tu PISMP. Buat 5 tahun setengah. Satu tahun setengah persediaan, 4 tahun degree. Macam yang saya tgh buat skrg.
duniajam said…
Ya betul. Aku lupa plak nama tu. Hehehe.... Adik aku pun dah grad. Rasa macam tahun lepas je aku hantar dia masuk maktab. Dah habis 5 tahun rupanya.... Dah tua aku rupanya.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...