Homesick? Hahaha.

Homesick? Well, siapa yang pernah tinggal di asrama masa zaman sekolah mesti pernah rasa kan. Lagi-lagi masa mula-mula masuk dan masih tak biasa. Asyik teringat rumah dan mak ayah jek. Hampeh tol. Mood sedih jek, perut tak rasa lapar, member buat lawak kita tak rasa kelakar dan sebagainyalah. Dulu masa aku mula-mula masuk asrama memang homesick lah. Bila dapat balik peh memang seronok tak ingat dunia. Senyum memanjang sehari sebelum balik tuh.

Lama-lama, lepas 5 tahun duduk asrama dah takder homesick. Dah biasa tu yang hilang homesick. Masa mula-mula masuk IPGM pun tak rasa homesick. Tapi... Tapi kenapa lepas cuti sem atau cuti panjang aku homesick balik. Aggggghhhhhhhh! Tak boleh blah aku homesick. Bukan setakat homesick, aku kena friendsick, townsick, schoolsick, fastfoodsick dan macam-macam sick lah. Hehe.


Muka aku tak bleh blah siyakk!

Kalau lah aku ada superbike, komfem minggu ni aku balik. Bawak 160kmj komfem 5 jam jek sampai. Hehe.. Agak-agak kepengen nak makan otak-otak kat kampung, tengah hari gerak petang tu dah boleh makan. Hak3! Dan aku harap, member-member baik aku yang berada di Sarawak dan Perlis, bila korang sambung degree nanti buatlah kat K.Lumpur. Bila korang dah ada kat KL, masa cuti minggu bolehlah kita jumpa dan huhahuha. Hehe. Tak lah aku boring jek. Apapun, inilah dugaan dan cabaran semasa zaman belajar. Kita kena lawan dan kuatkan semangat. Aku dah nyesal kutuk-kutuk K.Lipis. Di mana pun tempat kita belajar kita kena terima. Setiap tempat ada baik ada buruknya. Bersyukurlah kita ditempat di kawasan pedalaman ataupun bandar besar yang sibuk. Ok dah..dah. Mentang-mentang mood kau tengah sedih entry pun macam budak baik jek. Heh!

Aku nak mintak maaf sekiranya aku lambat balas komen korang. Dua,tiga hari ni broadband aku problem. WiFi kat IPGM plak block blogger/nuffnang. Adehhh... Aku harap sekiranya pihak atasan berkaitan internet ni baca blog aku, korang kaji baliklah website yang korang block. Takkan blogspot pun nak block. Bukankah blogspot (blog) membina daya kreativiti penulisan pelajar? Pastu nuffnang pun diblock. Macam mana aku nak tambah pendapatan. Huk3! Facebook pun janganlah block. Camne aku nak lepaskan rindu pada kawan-kawan. Emmm.. Aku harap teguran ikhlas ni janganlah diperbesarkan cakap aku tak bersyukur lah, tak kenang budi lah. Aku tahu ada pelajar yang menyalahgunakan kemudahan internet. Tapi itulah, dunia. Ada yang baik, ada yang jahat. Kita tak dapat nak jadikan semua manusia di dunia ini baik. Mungkin hari ini dia jahat, esok lusa mungkin dia berubah menjadi baik.

Aku rasa cukuplah setakat itu. Aku harap korang semua ceria-ceria hendaknya. Chow!

*gua dah ok lepas lepaks dengan member. Peace! Hahaha…!

*broadband aku dah ok. Huhuhu!

*naik giler tak boleh buka blog 2,3 hari. Heh!

Comments

A.I said…
salam singgah...

dude, kite igt pempuan jek h0mesick.
laki p0wn ek??
hahaha...
tapi mmg ah after cuti pnjg2 mesti sakit-rumah tuh dtg lagik.. adehhh!
ayisy said…
aisha wuteva, hehe. lelaki pun ada. kwn saya ada gak homesick. heh! sy wlupun pngalaman duk asrama 5 tahun msh kena homeesick. hahahaa...
Nadiene said…
aku ase care paling senang nak ilangkan homesick adelah ko cari awek maktab lipis, hehe.. guro jew..

cara sebetol adelah ko bz kan diriko tue k!
ayisy said…
fid, hahaha.. mlas aku cari aweks. hehe..

aku tgh membizikan diri dgn internet nih. huhu
Unknown said…
homesick??? cari kwn2 la....
farhana said…
Eh...lelaki pon homesick gak ya..
alamak nampak je tough :P

Alahai kesian...
Boleh mati kutu kalo Blogspot n FB kena block..
ayisy said…
mila, hehe.. kawan2 ada cuma masih terngiang-ngiang di kepala pasal rumah. haha.. skrg dah ok jek. :)

farhana, hehehe. lelaki pun ada jugak. :P

nasib baik broadband sy dah ok hari ni, boleh buka blog dan fb. huhu

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...