Kenapa Aku Menulis Blog?
Sehari dua ni aku terfikir satu perkara nih. Apa sebenarnya tujuan kita buat blog ekk? Masing-masing ada pendapat dan tujuan tersendiri. Kalau ditanya apakah tujuan seorang blogger menulis blog pasti ada jawapan tersendiri. Setiap orang ada tujuan yang berlainan. Jadi bila aku fikir dan mencari jawapan kenapa aku menulis di blog, aku tersedar sebenarnya aku dah lari daripada tujuan asal aku menulis blog.
Aku nak cerita sikit apa puncanya aku menulis blog nih. Puncanya macam ni. Masa awal tahun 2009, aku dan rakan sekuliah diwajibkan mengambil subjek INTEL. Cikgu-cikgu kat Malaysia mesti dah tahu kan apa tu kursus INTEL. Ala, senang cerita ia bertujuan untuk menambah ilmu kepada guru berkaitan teknologi maklumat dan kegunaannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. (ceh, ni ayat reka sendiri jek). Jadi dalam kursus tu aku kena buat blog dan akaun Wikipedia. Serius sebelum ni apa yang aku tahu mengenai blog ialah blog ni berkaitan dengan ahli-ahli politik. Kiranya website ahli-ahli politik lah. Kolot giler aku masa tuh. Hahaha.
Bermula dengan blog inilah aku kenal dunia blogging. Kemudian aku kenal dengan internet marketing, buat duit dari blog dan sebagainya. Jadi bila aku tahu jek tentang buat duit melalui blog macam Google Adsense, Nuffnang dan Adverlets aku terus bersemangat nak berblog untuk buat duit. Chewah! Hahaha. Niat berblog masa tu 100% untuk buat duit melalui program pengiklanan macam Google Adsense dan Nuffnang jek. Bermula dari situ aku mula buat blog-blog berdasarkan niche keyword. Mula-mula jek semangat last-last aku lupakan sebab tak reti menulis dalam Bahasa Inggeris. Kuang3! Tapi dapatlah dalam USD12.61. Hak3! Tak berbaloi.
Dalam masa yang sama semasa aku buat blog untuk Adsense, aku juga menulis entri di blog ni dengan niat mencuba market. Hahaha. Aku pasang Nuffnang dan Adverlets. Tulis punyer tulis sampai satu saat aku rasa menulis blog ni best siyuttt! Melalui blog macam-macam aku dapat. Susah nak cerita apa yang aku dapat. Akhir tahun lepas aku sedar bahawa dengan cara menulis kita dapat berkongsi pendapat, perasaan dan fikiran dengan orang lain. Kalau aku rasa tension tulis jek kat blog, bila ada orang baca dan memberi reaksi aku rasa lega. Haha. Masa tengah gembira macam tu jugak, kongsi kegembiraan di blog dan perasaan gembira tu akan bertambah. Hihi..
Sekarang, aku tahu bahawa tujuan aku berblog bukan lagi untuk mencari duit tetapi kerana suka dan minat. Hehehe. Nuffnang dan Adverlets entah mana aku lupa. Tapi Adverlets aku dah berpuluh-puluh ringgit gak lah. Adverlets ni dia nak RM100 baru boleh cashout. Adehhh... Kalau Nuffnang RM50 jek.
Akhir kata, kepada semua blogger di luar sana, teruskan usaha anda tak kira apa tujuan anda menulis blog. Semoga apa yang anda niatkan dan impikan menjadi kenyataan. Jangan jadi macam aku yang dah tersesat daripada tujuan asal menulis blog ni. Hahahaha.
*Uit3! Aku tengah dengar budak-budak kecoh duit dah masuk. Haaa? Okeyh-okeyh, aku nak memberhentikan dahulu penulisan aku nih. Nak pergi check kat BSN. Wink3! Babai!
Comments
waa~~~
blogging??
ak wat tk ske suki je...
nk lpaskna perasan sndri je
hoho
agpn on dat tyme
mse tu
kt tmpt ak
cerita2 dlm kolej diperoleh mealui blogging
so sape yg xda blog
kre xtaw pe2 r
huhu
psal iklan2 tu
ak x pnh try
t tringin gak
dpt income topup kn
hoho
lepas tu baru la tertarik dengan nuffnang..tak sabar nak cash out.yang penting blog kena ikhlas.blog kerana minat..kan?
huhu
melalui blog kita dapat ilmu tak formal melalui pengalaman orang yg ditulis dlm blog. selain tu dpt kawan baru. huhuhu.. iklan mcm nuffnang mmg tgh hot di kalangan blogger skrg. :)
mimie, huhu.. betul tu berblog kerana minat. selalunya org yg minat jek dpt berblog dengan semangat. kalau tak minat mmg berhabuk la blog dia. :)
chah, cepat fikir kenapa berblog! hihihi..
mule2 tertarik ctgk kwn2 ade blog
mase mule2 dulu,
post entah pape jek, haha :D
tp skrg da okay la,
xde merapu2 sgt
ohh ohhh,
blh x tunjuk ajar psl nuffnang dgn advertlets tu?
rse mcm nk buat,
tp, blurr la
hee
sya sndri pun da x sure sebab pe sya nak tlis blog sbnrnya.
pasal nuffnang/adverlets tuh, senang jek. pergi website dia http://www.nuffnang.com.my/
lepas tu sign up, letak maklumat yg dia nak kemudian copy paste kod html kat blog. camtu jek. setiap klik pd iklan di blog kita, nuffnang akan bayar 15-25sen. :)
misz_monique, huhu.. takper2.. yang penting kita minat untuk menulis. lama2 bila selalu menulis, skill penulisan kita bertambah baik. huhuhu. :)
blog?
tujuan awl adalah utk menulis isi hati haha~ (poyo)
sj suke2~sbb kdg2 ble free sy suke usha2 post lme pstu glak sorg2 sbb x caye penah post entry2 cmtu heh~
lme da kamu stat blogging eh?
http://yokongsi.blogspot.com/
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu…. Wow entry yang menarik
Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…
Pada suatu perkenalan yang baru
yang tidak disangka-sangka
satu jalinan persahabatan
di antara kita
dek keluhuran
ketulusan hatimu
sifat memahamimu
dalam mengeratkan hubungan
dalam jalinan persahabatan
sesungguhnya
kunci sebuah persahabatan
adalah pengertian dan kepercayaan
Salam ziarah salam kunjungan persahabatan dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
Salam dari kami sorry agak lama tak menyinggah blog ko.... seperti biasa kami agak sibuk sikit... sorry ye....
aku setuju pendapat ko ni ayisy pasal aku pun pada mulanya hanya untuk promosi sekarang ni alhamdulillah promosi dah berjalan lancar cuma kena tingkatkan kualiti dan lebihkan mutu persembahan... bina keyakinan pelanggan... insya Allah kita semua boleh berjaya
nazz@purple, bila kita meluahkan perasaan dgn cara menulis, sakit/sedih di hati tuh akan berkurangan. huhu.
farid fernandez, orait bro :)
afzainizam, takper2. thanks. :) aku rasa melalui blog kita boleh belajar mengenai selok belok ilmu perniagaan. cara menarik pelanggan, tingkatkan kualiti dan masalah dlm perniagaan. blog juga boleh digunakan sebagai medium utk promosi bisnes kita. :) huhu
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
pada ayisy... thanks... sekali lagi aku bersetuju cakap ko....
jadi aku selalu mengunjungi blog ko pasal kat blog ko ni banyak yang aku tak tahu jadi tahu.... banyak yang blog ko ajarkan pada aku.... so thankslah dan hope teruskan mengajar dan memberikan tunjuk ajar pada kami....
aku suka blog ko pasal jam..... setiap kali entry jam aku akan bacanya....
pasal Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian... itu yang blog ko ajarkan pada aku... jadi entry jam ko membuatkan aku terus merenung jauh.... berfikir aku akan berubah....
jam tu salah satu minat aku. aku banyak belajar drp blog2 peminat jam. huhu... aku pun tak tahu kenapa aku boleh minat sgt dgn jam. padahal fungsinya hampir sama jek. aku anggap jam tu sbg satu seni. lg2 kalau jam tu 100% hand made. huhu.. kalau nak baca pasal jam tangan dgn lebih detail dan pengalaman org2 yg minat jam, boleh baca di http://duniajam.blogspot.com atau http://detikduabelas.blogspot.com.
:)
hahaha
pejuang kesenian extreme, kadang2 rasa boring menulis blog sbb takder idea. lepas tu semangat tu dtg balik. huhu.. tp kalau dah boring nak tulis blog, semangat tgok blog msh ada lg. hahaha.